Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Kami Meneruskan Perjuangan


          Penubuhan Hamas, akronim bagi 'Harakatul Muqawamatul Islamiyyah' sebagai sayap kanan Ikhwanul Muslimin di Palestin, Ulama' terkenal, As Syahid Sheikh Ahmad Yasin dianggap sebagai pengasas gerakan Islami ini. Hamas meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan dan menoloak perjuangan kebangsaan sempit yang dilaungkan oleh pemimpin pemimpin Arab

Hamas menyambut ulang tahun ke 23 penubuhan. Ia didahului oleh perjuangan pengasasnya as Syahid Sheikh Ahmad Yasin, Dr Abdul Aziz ar Ranteesi dan mereka yang telah syahid seperti Dr. Nizar Rayyan, Dr Ibrahim al Muqadamah, Sheikh Solah Syahadah, Jamal Mansur, Jamal Salim, Yahya Ayyasy dan lain lain


Pemimpin Utama Hamas, Ismail Haniyya mengegerkan pentas dengan ucapannya yang penuh bersemangat sempena sambutan ulangtahun ini. Antaranya: 

1. Penentangan terhadap Zionis adalah berterusan bagi membebaskan bumi Palestin.
 
2. Hak kembali ke Palestin dan membebaskan seluruh bumi Palestin, memerdekakan Palestin dari Zionis, ibunegaranya al-Quds.

3. Pembebasan al-Quds tetap diperjuangkan tanpa tawar-menawar.

4. Kesatuan bangsa Arab, elak perpecahan, menyeru gerakan Fatah mendahulukan kepentingan nasional dari kepentingan parti, elak campurtangan luar memecahkan kesatuan.

5. Perunding Oslo digesa menghentikan rundingan yang merugikan. Tiada jalan melainkan penentangan dan perjuangan jihad.

6. Penyelarasan aspek keselamatan di antara pihak keselamatan Palestin dan Israel adalah senjata beracun membahayakan keselamatan Palestin. HAMAS menyeru Mahmoud Abbas menghentikan penyelarasan keselamatan yang menguntungkan musuh.

7. Menyeru Liga Arab menghentikan segala bentuk kepentingan politik di bawah rundingan bersama Zionis, bantuan Amerika kepada Zionis dalam isu pendudukan haram di bumi Palestin yang berterusan.

8. Menyeru negara arab bergerak segera mengangkat sekatan dari penduduk Gaza berdasarkan ketetapan Liga Arab dan menjalankan tugas agama dan bangsa. HAMAS puji misi damai menghantar bantuan dari laut dan darat.

9. Isu tahanan Palestin adalah isu penting. Tahanan Israel Jilad Shalit tidak akan temui jalan melainkan tukaran besar dengan tahanan Palestin. Netanyahu bertanggungjawab dengan kebuntuan apa yg berlaku.

10. HAMAS bersama perjuangan rakyat 1948 yang sedang menerima tekanan dan penindasan, pembersihan etnik , diskriminasi ras yang dinafikan hak di Tebing Barat.

Gaza Menangis dan Terus Menangis!

Nama semenanjung Gaza atau Ghazzah diambil sempena bandar Gaza yang terletak hampir ke utara wilayah itu. Gaza merupakan bandar kedua terbesar di Palestin selepas Baitul Maqdis(Tebing Barat). Keluasan hanya 360km persegi dengan panjangnya 41km dan lebar antara 6-12km. Namun, ia menampung seramai 1.5 juta orang penduduk. 400 000 daripada mereka tinggal di Bandar Gaza.

Bayangkan, kepadatan penduduk Gaza ialah 25 ribu orang bagi setiap kilometer. Kepadatan ini adalah lebih tinggi (55 ribu) bagi kawasan kem pelarian. Maka tidak hairanlah kem pelarian selalu menjadi sasaran tentera Zionis laknatullah. Dalam kelompok masyarakat inilah lahirnya pemimpin umat Islam yang hebat antaranya Assyahid Sheikh Ahmad Yasin, Assyahid Dr. Abdul Aziz ar Ranteesi, Assyahid Dr. Nizar Rayyan dan ramai lagi. Kesemuanya menemui kesyahidan menerusi peluru Zionis. Walaubagaimanapun, Palestin tidak pernah ketandusan pemimpin yang hebat. Kematian tokoh2 mereka lebih membakar semangat mereka untuk melawan Zionis.

Semenanjung Gaza mempunyai 7 jalan keluar ke wilayah lain. Kesemuanya dikawal oleh tentera Zionis kecuali satu iaitu Rafah yang dikawal oleh Mesir. Walaupun pintu ini dikawal oleh Mesir yang sebangsa, seaqidah dan sama bahasa pertuturan dengan penduduk Gaza, mereka bersikap hampir sama dengan Israel. Mesir tidak benarkan penduduk gaza bergerak bebas keluar dan masuk ke Mesir untuk mendapatkan keperluan harian. Mesir memberi alasan bahawa pintu sempadan itu dijadikan laluan oleh pejuang Islam mendapatkan bekalan senjata dari luar.

Keadaan penduduk Gaza semakin tertekan selepas Israel mengadakan satu operasi ketenteraan yang paling kejam pada abad ini yang dinamakan 'operasi cast lead.' Segala kelengkapan canggih buatan Amerika seperti Jet Pejuang F-16, Helikopter Apache dan lain lain dipertontonkan oleh Israel. Rundingan damai terus dicanang oleh pelbagai negara, namun ia hanyalah kertas putih yang tidak mampu menghalang apa apa.

" Bukan roket yang sia-sia. Bukan amaliyya istisyhadiyyah yang sia-sia. Perkara sia-sia yang sebenarnya ialah 'rundingan damai'. Rundingan inilah yang menjadi punca melambatkan kemenangan dan pihak musuh berjaya mempergunakan rundingan damai ini untuk menunjukkan kepada dunia kononnya mereka golongan baik(Yahudi)" 
Khalid Masy'al - Ketua Biro Politik dan Jurucakap Hamas

Cuti Di UPSI

Bismillahirrahmannirrahim

Pertama dan selamanya, seinfiniti kesyukuran kepada Allah yang maha pemurah dan maha penyayang. Alhamdulillah, masih lagi di beri peluang dan ruang untuk menghirup oksigen serta berjalan diatas bumi ciptaan Allah swt. Disaat sahabat-sahabat seronok berada di kampung sempena cuti akhir semester, Allah telah memilih diri yang dhaif ini untuk turut serta mengutip butiran mutiara ilmu sempena Forum Maal Hijrah yang  berkisarkan Hijrah yang dipengerusikan oleh Ust Hasbi bersama Ahli panel Al Fadhil Ust Pahrol Muhammad Juoi dan Al Fadhil Ust Zahazan Bin Mohamed bertempat Auditorium UPSI.

           Hijrah atau bahasa modennya iaitu transformasi , transit dan sebagainya memberi erti yang banyak. Hijrah bukan sahaja merujuk kepada berpindah ke suatu tempat lain. Kedua dua ahli panel banyak mengupaskan Hijrah berdasarkan sirah Rasulullah s.a.w. Rasulullah adalah insan yang tiada tolok bandingnya. 3 tahun era Makkiyah dan 10 Tahun era Madaniyyah telah membawa kepada tertubuhnya sebuah Daulah Islamiyyah yang sangat hebat. Madinah tidak akan wujud jika tiada Hijrah yang berlaku dalam diri Rasulullah dan para Sahabat. Semasa Hijrah, Rasulullah merencana satu strategi yang sangat cantik untuk sampai ke Madinah. Begitu juga sahabat, Shuhaib ar Rumi meninggalkan hartanya yang banyak, Abdul Rahman Bin Auf meninggalkan segala empayar business di Makkah,Musaib Bin Umair seorang bangsawan di Mekah tetapi orang biasa di Madinah dan ramai lagi. Inilah Tarbiah yang Rasulullah tanam 3 tahun di Makkah. Mereka sanggup berhijrah walaupun tiada jaminan kesenangan dan kekayaan menunggu di Madinah. 

      Hijrah yang paling penting adalah Hijrah aqidah. Sahabat dahulu hebat kerana aqidah yang disemai oleh Rasulullah menjalar ke segenap urat. Ust Zahazan menceritakan kisah ketika Rasulullah dan Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur yang mana Orang Kafir sudah sampai ke pintu gua. Saidina Abu Bakar berasa sangat khuatir dan genting, tetapi Rasulullah menbacakan ayat quran "Jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita". Selepas mendengar ayat quran tersebut, hati Abu bakar serta mati menjadi tenang. Sebegitu hebat asuhan yang diberikan oleh Rasulullah. 13 tahun adalah tempoh yang sangat singkat, tetapi Tarbiah yang diterima oleh para sahabat bukan sahaja menjadikan pemimpin orang Arab, malah mereka bersedia untuk memimpin empayar.

          Hijrah perlulah berubah bermula dgn diri sendiri. Terdapat 3 langkah yg telah digariskan oleh ustaz Pahrol:
1) hijrah minda- dr jahil kpd y berilmu
minda ibarat bendahara dalam diri...

2) hijrah hati - andai baik hati baiklah seluruh anggota..
hati ibarat raja dalam diri.. kawallah hati..

3) hijrah nafsu- bukan utk dihapus tp utk di uruskan...
Wallahu'alam

Mengapa Perlu Boikot?

Nyanyian dan dentuman bunyi daripada kotak bunyi alat muzik sememangnya digilai oleh seluruh lapisan masyarakat. Fenomena ini bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi kita. Zaman nenek moyang kita dahulu pun sudah ada aktiviti yang berunsurkan muzik, tarian dan nyanyian. Namun, industri muzik yang sering menerima sambutan yang cukup memberangsangkan ini dimodenlisasikan seiring dengan zaman yang kian moden. Tambahan pula pengaruh industri muzik barat yang sering menjadi kegilaan remaja kini.  


Kemunculan rancangan realiti TV yang dikatakan mahu mencungkil bakat bakat yang terpendam menjadi kegilaan kini. Ia bukan sahaja menjadi kegilaan remaja malahan ibu ibu yang sedang menyusukan anak, ayah ayah baru balik dari bekerja dan tidak kurang juga mereka yang sudah tergolong dalam usia emas. Ia menyebabkan remaja kini berqudwahkan(contoh ikutan) artis artis yang tidak mampu memberi contoh ikutan terbaik kepada kita. Hidup yang mewah dan glamour serta sentiasa menjadi tumpuan lense kamera dan pena akhbar menjadi idaman kepada hampir setiap remaja. Biarpun hidup di sulami dengan skandal, kontrovesi, polemik dan sebagainya, ia boleh dilupakan asalkan artis itu terkenal dan menjadi idola kepada mereka.

Sebenarnya, apa masalah sebenarnya dengan aktiviti nyanyian ni? sehinggakan ada pihak yang menentang konsert. Contoh Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia(ISIUKM) dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) membantah sekeras kerasnya konsert Adam Lambert di Bukit Jalil pada 14 Okt ini. 

Teruk sangatkah konsert ni sampai ada yang menolak? mungkin cara pembawaannya kurang sesuai dengan budaya islamik di Malaysia. Tapi, kenapa kerajaan kelantan yang dinaungi ulama' boleh menjalankan konsert. Mungkin pihak penganjur yang mahu menganjurkan konsert perlu belajar daripada kelantan cara yang paling sesuai pembawaan konsert agar ia selari dengan ajaran Islam yang syumul.


10.10.10


Kehadiran tarikh 10.10.2010 yang dianggap unit sering dijadikan tarikh keramat untuk menyambut perkara yang baik. Pada tarikh keramat ini juga menyaksikan Angkasawan pertama negara iaitu Dr. Sheikh Muszaphar dan pelakon terkenal Aqasha mendirikan rumah tangga bersama pasangan masing-masing.

Namun, tragedi kemalangan telah menjadi berita yang hangat di dada2 akhbar. Nahas yang berlaku itu membabitkan dua buah bas, tiga buah kereta dan sebuah van di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau. Kemalangan pada pukul 6.50 petang itu berlaku apabila sebuah bas Ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan dan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.
 
Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain. Ia kemudian bertembung dengan bas yang ketika itu membawa 36 peserta yang menghadiri Perhimpunan Raksasa ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di Bukit Jalil.

Turut terkorban dalam nahas itu ialah seorang sahabat sepenuntut di UPSI iaitu Allahyarham Norazmi Bin Abdul Karim. Mangsa merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda pendidikan Seni di UPSI. 

Tazkiah kepada seluruh keluarga 12 mangsa yang terkorban dalam nahas itu. Mudah-mudahan roh mereka ditempatkan bersama orang yang beriman.

Al Fatihah

AHLAN WASAHLAN YAA RAMADHAN


Ramadhan bulan atau bulan Tarbiyah menjenguk lagi. Kedatangannya memang dinanti oleh orang yang betul merindui dan cinta kepadanya. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Ada juga mukmin yang memulakan sambutan puasa dengan berpuasa sunat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 

"Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang telah membiasakan diri berpuasa sunat, maka ia dibolehkan berpuasa." - HR Tujuh Ahli Hadith

Ada juga juga yang menganggap bulan puasa adalah bulan untuk berehat daripada meneruskan komitmen kepada tugas masing-masing.. Ada juga yang buat alasan penat kerana seharian berpuasa. Alangkah bodoh dan jahilnya manusia yang berfikiran sebegitu. Adakah mereka lupa sejarah telah membuktikan bulan Ramadhan adalah bulan kekuatan umat Islam dimana peristiwa 'Badar al Kubra' yang berlaku pada 17 Ramadhan 2 H dimana Tentera Islam yang dipimpin Rasulullah s.a.w hanya seramai 313 orang dengan kelengkapan 2 ekor kuda dan 70 unta manakala tentera musyirikin sekitar 1000 orang dengan kelengkapan yang cukup dengan 3oo kuda dan 700 unta dan itu adalah perang pertama bagi sejarah Islam.

Selain itu, banyak lagi peristiwa berlaku dalam bulan Ramadhan dimana umat Islam memperolehi kemenangan. Ia membuktikan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan untuk umat Islam mencari kekuatan. Tetapi, umat Islam kini semakin lemah terutama bila tiba bulan Ramadhan. Oleh itu, kita perlu muhasabah diri agar Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya. Jangan persiakan peluang yang Allah kurniakan kepada kita, sesungguhnya kita yang masih hidup hari sangat beruntung kerana sempat lagi berjumpa dan menghirup kemanisan Tarbiah Ramadhan. 

Ahlan Wasahlan Ramadhan Al Mubarak 1341 

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada                                      
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua...

Jahatnya Manusia Yang Bertopengkan Islam

Di masa peperangan antara orang Islam dengan orang-orang kafir Kristian yang dikenali dengan perang Salib dan telah berlangsung sekian lama. Kemenangan dan kekalahan silih berganti pada kedua belah pihak. Umat Islam berjuang dengan habis-habisan menentang musuhnya. Segala kekuatan dikerahkannya. Kerana pada waktu itulah kesempatan yang paling baik untuk memperolehi syahid di medan perang sebagaimana yang diperolehi para sahabat Rasulullah dalam perjuangan menentang orang kafir yang cuba melenyapkan Islam.

Raja-raja dari semua kerajaan Islam memberikan sokongan padu kepada setiap panglima perang yang tampil memimpin para pahlawan Islam menentang kaum kafir Kristian yang datang dari Eropah. Salah seorang raja yang banyak jasanya dalam perang Salib ini adalah Sultan Nuruddin Zangki (Zenggi), keturunan bangsa Kurdi dan berkedudukan di Mosul. Baginda yang diputerakan tahun 1118 Masihi dan wafat 1174 Masihi, adalah seorang raja yang terkenal taqwa, wara’ dan adil. Kerana keadilannya pula hingga digelari Malikul Adil (Raja yang adil). Pada waktu malam baginda bangun untuk solat tahajjud dan berdoa agar rakyatnya hidup bahagia dalam keredhaan Allah dan terselamat di akhirat nanti. Pada sebelah siang beliau banyak berpuasa dan selepas solat, wiridnya sentiasa panjang.

Seluruh kekuatan yang dimilikinya adalah untuk menentang serangan tentera Salib agar tidak dapat menjajah negara Islam. Beliaulah yang membentangkan jalan kepada Shalahuddin Al-Ayyubi, panglima perang Salib di pihak Islam yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin dari cengkaman kaum Salib. Baginda sentiasa tenang dan gembira melayan semua rakyat dan menteri-menterinya, sekalipun negara dalam keadaan darurat perang, kerana beliau sudah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW pada suatu malam. Dalam mimpi itu Sultan Nuruddin melihat Rasulullah dalam keadaan gembira, menandakan perjuangan kaum Muslimin yang dipimpinnya dalam berjihad akan berhasil.
Selanjutnya, suatu hari Malikul Adil kelihatan tidak seperti biasanya, kali ini baginda nampak sangat risau, seolah-olah ada yang tidak kena pada dirinya. Menteri-menterinya menyedari hal ini, namun mereka tidak berani bertanya. Kerisauan dan kegelisahan tersebut berpunca daripada mimpinya beberapa malam yang lalu. Mimpi itu sangat mengerikan dan sukar ditafsirkan. Dalam mimpi itu, baginda memakai baju yang cantik gemerlapan dan berada di hadapan Rasulullah. Rasulullah memegang tangan Nuruddin dan menunjuk kepada dua orang lelaki yang berada di hadapannya dan bersabda: “Kenalilah aku. Bebaskan aku dari dua orang itu!” Nuruddin terbangun, namun wajah Rasulullah dan dua orang lelaki itu kelihatan jelas di hadapannya seperti bukan mimpi. Wajah kedua lelaki itu kelihatan kemerah-merahan. Tidak seorang pun yang diberitahu tentang mimpi itu, dan beliau yakin bahawa yang datang itu benar-benar Rasulullah SAW. Kerana beliau sendiri telah bersabda: “Siapa yang melihat aku dalam mimpi, samalah ertinya dengan melihat aku di waktu bangun, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai aku.” Keyakinan Raja Nuruddin akan kesahihan mimpinya itu dikuatkan lagi oleh mimpinya yang dahulu sehubungan dengan peperangan. “Ketika itu Rasulullah kelihatan sangat gembira sekali. Tapi mengapa kali ini baginda kelihatan amat sedih? Dan siapakah gerangan dua lelaki yang ditunjuk oleh Rasulullah itu?” Nuruddin tidak habis-habis merenung dan berfikir: “Ah, ini tentu ada yang tidak mengena pada keperibadian Baginda yang mulia atau akan ada sesuatu yang mengancam maruah umat Islam,” kata Nuruddin dalam hatinya.

Dekat seminggu lamanya Raja adil itu memikirkan dengan risau. Tiba-tiba mimpi itu berulang lagi, peristiwa seperti mimpi yang pertama dan Rasulullah memanggil-manggil Nuruddin lagi: “Kenalilah aku dan bebaskan aku dari dua orang itu!” Baginda terkejut dan bangun kemudian langsung berwudhu’, terus bersolat tahajjud dan berzikir sebanyak-banyaknya di malam sunyi itu. Kerana terlalu lama berzikir, baginda tertidur dalam duduk dan wajah Rasulullah menjelma lagi. Dalam masa yang tidak seberapa lama, sudah tiga kali beliau berjumpa Rasulullah dalam keadaan muram. “Perkara ini benar-benar serius agaknya dan tidak boleh ku simpan seorang sahaja,” kata Nuruddin pada dirinya sendiri. Apabila baginda tergerak hatinya untuk memanggil orang kepercayaannya, baginda teringat akan sabda Rasulullah: “Bahawa apabila seseorang bermimpi buruk, hendaklah jangan diceritakan kepada sesiapa pun. Insya Allah tidak akan terjadi apa-apa.” Nuruddin berfikir sekejap. Sanggupkah dia menyimpan mimpi itu seorang diri? Tidak, mimpi itu sudah tiga kali datang, dan yang datang adalah manusia termulia.
Selepas solat Subuh di pagi hari Raja Nuruddin memanggil seorang menteri kepercayaannya, Jamaluddin Al-Mushly. Lelaki itu sangat wara’, taqwa dan amanah seperti Rajanya juga. Oleh kerana itu, dialah satu-satunya orang yang dipanggil oleh Nuruddin sehubungan dengan mimpinya. Kerana Nuruddin yakin, bahawa walau bagaimanapun Jamaluddin tidak akan membocorkan rahsia negara dan raja. Hari masih terlalu pagi, suasana masih gelap, di sana sini kedengaran kokok ayam silih berganti dan waktu kerja pun masih lama lagi akan bermula. Namun menteri Jamaluddin Al-Mushly sudah berangkat ke istana negara kerana menjunjung titah baginda.
“Engkau adalah orang yang paling ku percaya untuk menyimpan rahsia negara selama ini. Oleh kerana itu aku tidak merasa ragu lagi menceritakan mimpiku padamu,” kata Raja kepada Jamaluddin dan menceritakan mimpi yang dialaminya. Jamaluddin mendengarkan dengan serius. Ia sendiri turut merasa gerun mendengarkan cerita Rajanya. Kemudian Jamaluddin berkata: “Ini memang betul-betul mimpi yang benar wahai tuanku, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai Rasulullah.” “Betul itu. Aku pun ingat demikian,” kata Nuruddin menyokong pendapat Jamaluddin. Nuruddin bertanya: “Jadi, agak-agak apakah pendapatmu tentang mimpiku itu.” Jamaluddin menjawab: “Menurut pendapat hamba, ada rancangan jahat dari orang tertentu yang ditujukan kepada Rasulullah, dan Rasulullah tidak menyenanginya. Tuanku diberi tugas untuk menggagalkan rancangan jahat tersebut.”
Nuruddin seolah-olah dikeluarkan dari kebuntuannya setelah mendengar tafsiran daripada Jamaluddin. Baginda percaya bahawa pendapat menterinya itu benar belaka. Berkata Nuruddin: “Pendapatmu betul, sekarang ke mana dan bagaimana kita mesti mencari dua lelaki yang ditunjuk oleh Rasulullah itu?” Jamaluddin mengajukan usul: “Bagaimana kalau sekiranya baginda raja yang pergi ke Madinah Al-Munawwarah terlebih dahulu. Di sanalah tuanku dapat berdoa di makam Rasulullah yang mulia, memohon petunjuk kepada Allah di sisi kubur kekasihNya. Mudah-mudahan, di sana tersingkap rahsia mimpi paduka itu.”
Semua persediaan dan perbekalan segera dipersiapkan. Maka pada hari yang telah ditetapkan, beribu-ribu rakyat ibu kota berpusu-pusu di hadapan istana negara untuk mengucapkan selamat jalan kepada Raja yang mereka hormati. Berangkatlah Raja yang adil bersama beberapa pegawai tinggi negara menuju Madinah.
Di setiap kampung yang dilaluinya, baginda disambut mesra oleh rakyatnya. Baginda merasa puas dapat berjumpa dengan berbagai rakyatnya. Rakyat pun berasa gembira melihat Raja yang berjiwa rakyat dan tidak putus-putusnya tersenyum kepada semua rakyat. Namun, di sebalik senyuman raja yang dilepaskan kepada rakyatnya, ada perasaan risau dan ngeri yang menghantui baginda secara berterusan. Yakni wajah kedua lelaki yang dilihat dalam mimpinya selalu membayangi kemana sahaja baginda pergi. Tidak sesaat pun wajah itu hilang dari pandangan baginda. Baginda juga dapat menggambarkan dengan jelas tentang perwatakan kedua lelaki itu baik dari bentuk wajahnya, matanya, susunan giginya, mulutnya, janggutnya bahkan kesemua seluruh tubuh kedua mereka itu. Kalau, kedua lelaki itu melintas di hadapan baginda maka sudah pasti, baginda akan menangkapnya. Disebabkan baginda sentiasa asyik memikirkan tentang kedua lelaki itu, kadang-kadang baginda terpisah dari rombongannya. Baginda tidak putus asa untuk mencari kedua lelaki itu, baginda pergi secara persendirian mengembara antara bukit-bukit.
Para pengawal tidak berani menegur apa-apa sebaliknya mereka hanya memerhatikan Raja mereka dari jauh. Hanya menteri Jamaluddin sahaja yang sesekali mengingatkannya apabila beliau terpisah jauh dari rombongan. Setelah beberapa hari perjalanan, rombongan baginda sampai di sempadan Madinah. Jamaluddin memberitahu baginda: “Tuanku, sekejap lagi kita akan memasuki ke kota Rasulullah SAW, oleh itu bersiap sedialah tuanku.” Berkata Raja: “Apakah cara yang harus aku lakukan untuk memasuki kota yang mulia itu?” Berkata Jamaluddin: “Pertama hendaklah tuanku mandi dan bersuci, kemudian masuklah ke masjid Quba’ dan bersolat tahiyyatul masjid, ini adalah untuk menghormati masjid yang dibina dengan tangan Rasulullah SAW sendiri.” Kemudian Raja dan rombongannya mengikut arahan Jamaluddin, setelah selesai mengerjakan solat di masjid Quba’, rombongan diraja menuju ke taman Raudhah. Di taman yang mulia inilah jenazah yang teramat mulia Rasulullah SAW bersemadi.
Perasaan mereka yang berada di hadapan tempat jenazah baginda Rasulullah SAW disemadikan adalah amat berlainan sekali, mereka berasa seolah-olah berada di satu alam yang lain. Lalu Raja mengangkat tangannya tinggi-tinggi dan memohon kepada Allah SWT supaya rahsia di sebalik mimpinya itu di perlihatkan kepadanya sebelum kedua manusia jahat melaksanakan niat jahat mereka. Degupan hati Raja yang begitu khusyuk dalam doanya menyebabkan air mata mengalir tanpa disedarinya. Memang di sinilah salah satu tempat diperkenankan doa. Wajah Rasulullah SAW semakin jelas di mata Raja seolah-olah Rasulullah SAW menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Raja. Baginda terdengar suara dekat telinganya yang berbunyi: “Kenalilah aku, dan bebaskanlah aku dari kedua lelaki ini.”
Setelah baginda raja berdoa dengan penuh khusyuk di taman Raudhah, kemudian datang petunjuk dari Allah seolah-olah beliau dapat menyingkap tafsir mimpinya itu di kota mulia tempat bersemayamnya Rasulullah SAW. Oleh kerana Raja Nuruddin ingin segera mengetahui makna mimpinya yang menakutkan itu, lalu beliau memanggil gabenor Madinah dengan berkata: “Saya mahu kamu kumpulkan kesemua penduduk Madinah tanpa ada sesiapa pun yang dikecualikan, saya ingin bersalaman dengan mereka.” Berkata gabenor Madinah: “Baik tuanku, segala titah raja akan dijalankan.” Gabenor Madinah pun segera menyampaikan pesanan raja kepada penduduk Madinah dan penduduk yang berhampiran dengan kota Madinah.
Berkata gabenor Madinah kepada penduduk kota Madinah dan sekitarnya: “Atas perintah Raja Nuruddin, semua rakyat Madinah dan kawasan yang berhampiran denganya, sama ada lelaki atau wanita, tua atau muda dari berbagai jenis agama dikehendaki hadir di dewan orang ramai, kerana baginda Raja Nuruddin hendak bertemu dengan semua penduduk di sini.” Setelah berita disebarkan maka orang ramai bersama seisi keluarga segera pergi ke dewan orang ramai dengan perasaan gembira, tidak seorang pun yang tertinggal. Mereka yang tua dan uzur diusung sehingga banyak sekali usungan yang kelihatan dalam perjalanan menuju ke dewan orang ramai. Apabila seluruh penduduk kota Madinah telah berkumpul, gabenor Madinah pun melapurkan kepada Raja: “Tuanku, semua rakyat telah berkumpul dan mereka sedang menunggu kehadiran tuanku.” Berkata Raja Nuruddin: “Apakah kamu yakin bahawa semua rakyat telah datang untuk bersalaman dengan saya?” Berkata gabenor Madinah. “Insya Allah.” Setelah Raja mendengar penjelasan dari gabenor, Madinah, maka Raja pun segera pergi ke tempat orang ramai yang sedang menunggunya. Wajah kedua lelaki yang datang dalam mimpinya semakin mencabar di hadapannya.
Setelah baginda Raja sampai di tempat dewan orang ramai, maka baginda pun memandang kepada rakyat sebagai penghormatan. Mata Raja Nuruddin sentiasa mencari-cari wajah yang menjadi buruannya, tetapi tidak juga kelihatan. Raja Nuruddin semakin risau, beliau duduk sekejap dan berbincang dengan pegawai-pegawai dari Madinah. Berkata Raja, Nuruddin: “Apakah masih ada rakyat yang melepaskan peluang untuk bertemu dengan saya? Cuba siasat sekali lagi.” Kemudian para pegawai dari kota Madinah berbincang sesama mereka, mereka cuba mengingati wajah-wajah yang tidak hadir. Tiba-tiba seorang pegawai berkata dengan serius dan bersemangat: “Betul tuanku, hamba ingat masih ada dua orang kenamaan di Madinah yang tidak hadir di sini, mungkin kedua mereka tidak mendengar berita tentang ketibaan baginda tuanku ke sini.”
Raja Nuruddin berkata: “Di mana mereka berada, dan siapakah mereka itu?” Denyutan jantung Raja Nuruddin semakin cepat, tetapi beliau menahan perasaannya. Orang yang mengenali kedua lelaki itu berkata: “Mereka berdua adalah ahli tasawwuf dan ahli hikmah, sangat wara’ dan sangat banyak ibadahnya, sesiapa sahaja yang pergi kepada mereka akan menerima fatwa-fatwa yang menyejukkan dan menerima sedekah. Dan kedua mereka juga adalah dermawan dan telah banyak sekali membantu fakir miskin.” Raja Nuruddin sangat tertarik dengan huraian pegawainya dan beliau berkata: “Saya ingin sangat untuk bertemu dengan kedua mereka, jemputlah mereka sekarang juga.”
Tidak berapa lama kemudian kedua mereka itu pun datang ke dewan orang ramai setelah diundang. Kedua mereka berjalan dengan tunduk dan tawadhu’, sementara mulut mereka tidak berhenti-henti berzikir kepada Allah SWT. Apabila kedua mereka berdiri di hadapan Raja Nuruddin, Raja Nuruddin terperanjat kerana kedua mereka itulah yang muncul dalam mimpinya. Dalam hati Raja Nuruddin berkata: “Demi Allah orang inilah yang datang dalam mimpiku.” Walaupun kedua mereka itu berada di hadapan beliau, beliau belum pasti sama ada beliau bermimpi atau tidak, lalu beliau menggosok kedua biji mata beliau dan dibukanya mata beliau terang-terang. Ternyata kali ini beliau tidak mimpi, beliau kini berada betul-betul di hadapan orang yang menjadi buruan beliau. Raja Nuruddin memandang mereka dari semua segi, dari segi bentuk muka mereka, susunan gigi, mata dan lain-lain. Akhirnya beliau meyakini dengan seratus peratus bahawa memang sah kedua lelaki itulah yang muncul dalam mimpinya. Kalau ikutkan hati Raja Nuruddin hendak ditanya sahaja: “Siapakah kamu berdua ini.” Raja Nuruddin bertambah hairan melihat kedua mereka, ini adalah kerana kedua mereka itu begitu khusyuk dan tawadhu’, gerak-geri mereka tidak sedikit pun mencurigakan.
Segi rambut pula ikut sunnah, serban pula ikut cara Rasulullah. Sewaktu bersalaman menunjukkan adab seorang alim dan ahli tasawwuf, tutur katanya pula penuh hikmah dan selalu berasaskan Al-Quran dan Al-Hadith. “Tetapi mengapa Rasulullah minta dibebaskan dari dua orang itu? Apakah dosa yang telah diperbuat oeh keduanya? Begitulah pertanyaan yang keluar dari hati Raja Nuruddin. Beliau hairan dan tidak tahu apa yang hendak dibuat, namun demikian tidak seorang pun yang dapat membaca perasaan Raja Nuruddin. Raja Nuruddin serba salah kerana orang ramai mengenali kedua mereka sebagai orang yang alim dan menunjukkan sikap yang penuh tasawwuf, baginda Raja juga menghormati kealiman dan ketasawwufan mereka. Oleh kerana Raja Nuruddin tidak dapat membuat apa-apa keputusan maka majlis pada hari itu bersurai setelah baginda Raja bersalam dengan semua rakyatnya seperti yang dijanjikan. Setelah majlis perhimpunan yang pertama selesai, orang ramai pun bersurai dan mereka merasa puas hati kerana dapat bersalam dengan Raja mereka. Gebenor Madinah merasa sangat gembira kerana majlis itu mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Satu-satunya orang yang tidak puas hati ialah Raja Nuruddin, kerana teka-teki yang menghantuinya belum terjawab.
Selepas menunaikan solat Raja Nuruddin beristighfar dan berzikir banyak-banyak, kemudian beliau berdoa dengan doa yang amat panjang, dalam doa tersebut beliau meminta petunjuk yang lebih jelas dari Allah SWT. Ketika Raja Nuruddin duduk bersendirian, lalu datang menterinya Jamaluddin dengan berkata: “Wahai tuanku, sudahkah tuanku jumpa dengan dua lelaki yang tuanku cari itu?” Berkata raja Nuruddin: “Ya, sudah.” Jamaluddin bertanya: “Yang mana satu tuanku?” Berkata Raja Nuruddin: “Jemputan yang terakhir sekali, saya pasti itulah orang yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW dalam mimpiku.” Jamaluddin diam sambil mengangguk-anggukka n kepalanya, pertanda dia sedang memikirkan sesuatu. Berkata Raja Nuruddin: “Tapi yang peliknya saya tidak dapat sesuatu yang mencurigakan pada diri mereka itu, keadaan keduanya memang seperti yang diceritakan oleh orang. Akhlaknya, gerak-gerinya dan tutur katanya semuanya menggambarkan keperibadian Rasulullah SAW. Inilah yang membuat saya rasa pelik sangat, entah dosa apa yang telah mereka lakukan?”
Setelah Jamaluddin mendengar kata-kata Rajanya maka dia pun berkata: “Tuanku, ketahuilah bahawa seseorang yang pada zahirnya menunjukkan baik, segalanya mengikut cara Rasulullah SAW belum tentu hatinya baik. Boleh jadi ia hanya berpura-pura supaya orang ramai tidak mencurigainya, padahal dia adalah musuh yang jahat.”
Berkata Raja Nuruddin: “Betul katamu itu, kerana memang ramai orang-orang kafir berpura-pura Islam, sedangkan tujuannya untuk menghancurkan Islam dari dalam. Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang ucapannya tentang kehidupan dunia, sangat menarik perhatianmu, dan di persaksikannya Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia sebenarnya adalah musuh yang jahat.”
Raja Nuruddin memang tahu tentang tipu helah orang-orang kafir yang sentiasa hendak merosakkan Islam dengan berbagai cara. Berkata Raja Nuruddin lagi: “Apakah yang harus kita lakukan?” Berkata Jamaluddin: “Tuanku mestilah mengadakan perisikan ke rumah orang itu secara sulit.” Raja Nuruddin dan menterinya Jamaluddin mengadakan perbincangan secara rahsia tentang cara yang terbaik untuk mendapatkan maklumat tentang pergerakan kedua lelaki yang disyaki. Setelah sekian lama mereka berbincang akhirnya mereka mendapat satu cadangan yang baik, yakni orang ramai dijemput untuk menghadiri rumah terbuka atas arahan Raja Nuruddin.
Kedua orang yang disyaki juga diundang sebagai tetamu kehormat. Rahsia ini tetap menjadi rahsia antara Raja dengan menterinya. Gabenor Madinah diberikan tugas untuk menjayakan majlis tersebut. Setelah saat yang dinantikan telah tiba, maka ramailah orang yang datang menghadiri majlis tersebut. Kedua lelaki yang disyaki juga awal-awal lagi telah berangkat menuju ke majlis diraja. Apabila Raja Nuruddin dan Jamaluddin melihat kedua lelaki alim itu telah keluar dari rumah mereka, kemudian Raja Nuruddin, Jamaluddin dan beberapa pengawal pergi ke rumah orang alim itu. Kesemua bahagian dalam rumah itu di periksa oleh Raja Nuruddin, malangnya tidak satu pun benda yang mencurigakan. Sebaliknya dalam rumah tersebut terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang digantung dan juga hadith nabi. Dalam almari orang alim itu dipenuhi dengan kitab-kitab agama feqah dan juga tasawwuf, keadaan rumah itu menggambarkan seolah-olah pewaris Nabi SAW. Hati kecil Raja Nuruddin masih bertanya: “Apalagi yang harus aku syaki? Kenapa Baginda Rasulullah SAW minta pertolongan dariku supaya dibebaskan dari kedua lelaki ini?”
Setelah merasa puas dengan selidikan di rumah tersebut Raja Nuruddin mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut, tetapi apabila baginda Raja hendak melangkah keluar dari rumah tersebut, datang ilham yang membuat beliau teringin benar untuk melihat sebuah permaidani yang sangat indah terbentang di sudut rumah. Raja Nuruddin merasa sangat kagum dengan keindahan dan kehalusan permaidani yang di anggap cukup mahal itu.
Raja Nuruddin tidak puas dengan melihat sahaja kecantikan permaidani tersebut, tetapi beliau membelek-belek permaidani tersebut. Sewaktu membelek permaidani itu Raja Nuruddin terlihat di bawah permaidani itu terdapat papan dan beliau berkata: “Eh, ada papan.” Raja Nuruddin mulai curiga tentang papan itu, lalu baginda mengangkat papan itu perlahan-lahan, ternyata di bawah papan itu mempunyai sebuah terowong yang mempunyai tangga. Raja Nuruddin meneliti arah perginya terowong tersebut, akhinya beliau terkejut dan berkata: “Maasya Allah, terowong ini menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.” Kemudian Raja Nuruddin mengeluarkan arahan: “Tangkap kedua orang itu.” Dengan terbongkarnya rahsia itu maka yakinlah Raja Nuruddin akan makna mimpinya itu, kedua lelaki yang menyamar sebagai alim itu adalah musuh yang hendak mencuri jasad Rasulullah SAW. Dengan terbongkarnya rahsia kedua orang itu, maka orang ramai pun datang untuk menyaksikan peristiwa di rumah orang alim itu.
Beberapa orang telah turun ke dalam terowong yang sangat jauh itu dan akhirnya mereka mendapati bahawa terowong yang digali oleh kedua orang itu sudah hampir benar dekat pada jasad Rasulullah SAW. Setelah mendapat kepastian dari orang yang masuk ke dalam terowong itu, orang ramai tidak tahan sabar lagi. Lalu kedua-dua mereka dipukul dengan teruk sekali, kemudian kedua mereka dibawa ke pengadilan. Dalam mahkamah keduanya berterus terang dengan berkata bahawa kedua-dua mereka telah tinggal di Madinah lebih dari setahun sebagai agen Yahudi. Orang-orang Yahudi memberi perbelanjaan yang cukup banyak pada keduanya untuk tujuan mencuri jasad Rasulullah dari kuburnya, tujuannya ialah apabila jasad Rasulullah berada di tangan Yahudi mereka dengan mudah dapat merendahkan martabat Kekasih Allah dan seterusnya menghina umat Islam. Umat Islam di Madinah rasa tertipu oleh kedua orang Yahudi itu, akhirnya kedua orang Yahudi itu dijatuhi hukuman mati.
Raja Nuruddin sujud syukur kepada Allah SWT kerana tugas yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepadanya telah berjaya diselesaikan dengan berkat hidayah dan pertolongan- Nya. Untuk mengelakkan supaya kejadian seperti itu tidak berulang lagi, Raja Nuruddin memerintahkan supaya ke empat penjuru sekeliling kubur Rasulullah dipagar dengan kongkrit sampai ke bawah tanah. Sebelum Raja Nuruddin berlepas dari Madinah sekali lagi beliau bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW, kali ini Rasulullah merangkul dan memeluk leher beliau. Apabila telah tiba masanya Raja Nuruddin hendak meninggalkan kota Madinah, beliau memberi taklimat terakhir kepada penduduk Madinah akan kejahatan dan dendam orang Yahudi terhadap Islam, dendam orang Yahudi terhadap Islam akan berterusan. Raja Nuruddin pun kembali ke Mosul dengan diiringi doa dan air mata oleh sekalian rakyat yang mencintainya.

ALEXANDER ATAU ISKANDAR

Diambil kira dari sumber awal yang menyatakan bahwa Zulkarnain (tanpa Iskandar) adalah Alexander the Great dalam khasanah literatur Islam adalah Ibn Hisyam. Ibn Hiyam adalah salah satu ahli sejarah Islam awal yang menulis sejarah kehidupan Rasulullah. Sebagai bahan dasar penulisan sejarah Rasulullah tersebut beliau banyak mengambil bahan dari sejarah Rasulullah yang ditulis oleh Ibn Ishaq (yang sekarang diyakini/diperkirakan tidak ada lagi).

Kembali kpd permasalahan utama, dalam karyanya Ibn Hisyam memberikan menimbulkan persoalan tentang siapakah Zulkarnain dengan menghubungkaitkan 
dia dengan Alexander dari Yunani, dengan tafsiran bahwa "2 tanduknya" adalah rentangan kekuasaannya yang terbentang dari Yunani ke Persia (dahulu kekuasaan kerajaan Persia sampai ke India), atau dari barat sampai ke timur. Kemungkinan besar sejak saat itulah dihubungkaitkan bahwa Zulkarnain adalah Alexander (atau Iskandar menurut bahasa Arab dan Eskandar menurut bahasa Persia)

Cyrus the Great (590 — 529 sblm Masehi) adalah pemerintah dan penguasa kerajaan Persia Kuno. Kerajaannya terbentang dari Asia Barat (Lebanon, Israel) hingga Pakistan, dari Timur Tengah hingga Armenia. Kekuasaannya meliputi Timur Barat Utara Selatan. Kerajaan Persia terkenal dengan logo domba dengan 2 tanduk yang melingkar. Al Maududi mengenai tembok besi untuk menghalang Yajuj dan Majuj berpendapat bahwa Yajuj dan Majuj adalah bangsa barbar yang tinggal di daerah Asia Tengah (seperti Mongol, Tartar, Hun, Scythian) dan, menurut Maududi, Cyrus telah membangun dinding untuk membatasi bangsa yang lebih beradap dari bangsa2 barbar tersebut. Selain itu Cyrus terkenal sebagai raja yang adil dan bijaksana. Bahkan dikabarkan dia melepaskan Bani Israel karena Bani Israel adalah kaum monoteistik dan memerintahkan pembangunan Kuil Sulaiman sebagai tempat penyembahan kepada Tuhan.


Penelitian lanjut beliau, yg boleh diringkaskan(kerana terlalu panjang), Zulkarnain tidak lain adalah Akhnaton (Amnihotib IV), Raja Mesir yang berkuasa antara tahun 1370 s.d. 1352 SM (Dinasti XVIII). Akhnaton sendiri adalah anak dari Amnihotib III yang saat ini kita kenal dengan Fir'aun, raja Mesir yang mengaku dirinya sebagai Tuhan dan ingin membunuh nabi Musa. Banyak fakta yang ditampilkan oleh penulis yang mengarahkan Zulkarnain sebagai anak Firaun. Zulkarnain inilah yang diyakini sebagai orang yang membela Nabi Musa ketika Firaun ingin membunuhnya yang disebutkan dalam Al-Quran sebagai "laki-laki yang beriman".
 

Q.S. 40:27:
Dan berkata Fir`aun (kepada pembesar-pembesarnya): "Biarkanlah aku membunuh Musa dan hendaklah ia memohon kepada Tuhannya, karena sesungguhnya aku khawatir dia akan menukar agamamu atau menimbulkan kerusakan di muka bumi".

Q.S. 40:27
Dan Musa berkata: "Sesungguhnya aku berlindung kepada Tuhanku dan Tuhanmu dari setiap orang yang menyombongkan diri yang tidak beriman kepada hari berhisab".

Al-Mu`min:028
Dan seorang laki-laki yang beriman di antara keluarga (pengikut-pengikut) Fir`aun yang menyembunyikan imannya berkata: "Apakah kamu akan membunuh seorang laki-laki karena dia menyatakan: "Tuhanku ialah Allah padahal dia telah datang kepadamu dengan membawa keterangan-keterangan dari Tuhanmu. Dan jika ia seorang pendusta maka dialah yang menanggung (dosa) dustanya itu; dan jika ia seorang yang benar niscaya sebagian (bencana) yang diancamkannya kepadamu akan menimpamu". Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang melampaui batas lagi pendusta.

Siapakah lelaki beriman itu? Menurut penulis, dia tidak lain adalah Zulkarnain. Bersama isteri dan keenam putrinya beliau mengajarkan tauhid dan dia adalah satu-satunya raja Mesir dalam sejarah yang beriman kepada satu Tuhan, Tuhannya Matahari, yang pada saat itu Matahari dianggap sebagai Tuhan oleh masyarakat Mesir. Dan sangat mungkin anak Firaun ini beriman, karena beliau hidup semasa dengan Nabi Musa yang ketika kecil nabi Musa dirawat oleh istrinya Firaun. Pergaulannya dengan nabi Musa yang mungkin menyebabkan Akhnaton beriman kepada Allah.

Akhnaton menjadi raja setelah ayahnya Firaun tewas di laut merah ketika mengejar nabi Musa.

Dari sekian banyak raja Mesir, hanya Raja Zulkarnain (Akhnaton) dan keluarganya yang tidak ditemukan muminya meskipun piramid yang akan digunakan untuk makam Raja Akhnaton berhasil ditemukan namun para ahli sejarah tidak berhasil menemukan muminya.

Pertanyaannya, mengapa tidak ada makam Raja Akhnaton? Salah satu jawaban yang mungkin adalah Raja Akhnaton atau Zulkarnain tidak meninggal di Mesir, tetapi di luar Mesir. Perjalanan Zulkarnain ke luar Mesir berdasarkan perintah Allah yang tercatat dalam kisah Zulkarnain di Al-Quran Q.S. Al-Kahfi: 83-99.

Zulkarnain diperintahkan untuk menuju tempat terbenam matahari (Bagian barat bumi), tempat terbit matahari (bagian timur bumi), dan juga menuju tempat "baina as-saddain (di antara dua bukit). Berdasarkan bukti, fakta, dan argumentasi yang diberikan oleh penulis, penulis meyakini bahwa yang dimaksud tempat terbenam matahari adalah kepulauan Maladewa, kemudian beliau menyusuri khatulistiwa menuju tempat terbitnya matahari. Kepulauan Kiribati dinyatakan oleh penulis sebagai tempat terbitnya matahari. Di tempat ini terbit dan terbenamnya matahari selalu sama sepanjang tahun, yaitu terbit selalu jam 06.30 dan terbenam selalu jam 18.30, dengan kata lain siang hari selalu 12 jam, dan malam hari selalu 12 jam. Setelah itu beliau diperintahkan oleh untuk berbelok arah menuju tempat yang terletak di antara dua bukit. Berdasarkan penelitian beliau, lokasi itu tidak lain adalah China.

Cerita Zulkarnain juga terkait dengan Ya'juj dan Ma'juj. Dalam kaidah bahasa Arab, kata Ya'juj dan Ma'juj ini adalah kata yang aneh karena tidak boleh ditashrif. Ternyata Allah ingin membuktikan sebuah sejarah dengan menggunakan kata aslinya. Ya'juj dan Ma'juj ternyata berasal dari bahasa China:
Ya = Asia
Jou atau Zhou = Benua, tempat tinggal
Ma = kuda

Di dalam Surat AL-Kahfi disebutkan bahwa Ya'juj (Penduduk Benua Asia) dan Ma'juj (Penduduk Benua Kuda) adalah perusak di muka bumi.

Pemahaman tentang Ya'juj dan Ma'juj ini juga seiring dengan hadits nabi:
"Kalian mengatakan, kalian tidak punya musuh. Kalian tetap akan melawan musuh kalian sehingga keluar Ya'juj dan Ma'juj yang bermuka lebar, bermata sipit, bersosok (atau berkulit kuning), akan turun dari setiap perbukitan, seakan wajah mereka rata bagai permukaan palu." (Hadits riwayat Imam Ahmad)

Hadits di atas menerangkan sebagian sifat-sifat fizikal Ya'juj dan Ma'juj yang mendiami Asia Timur, Asia Utara, Asia Tengah, dan benua kuda (Bangsa Mongol. Orang Barat menyebutnya Horse People).

Di dalam hadits lain Rasulullah saw bersabda:
"Tiada tuhan selain Allah. Celaka orang-orang Arab akibat kejahatan yang kian dekat. Tembok pemisah (perlindungan dari) Ya'juj dan Ma'juj terlah terbuka, seperti ini," beliau sambil melingkarkan ibu jari dan telunjuknya. Zainab berkata, "Kataku, Wahai Rasulullah, apakah kita akan binasa sedang di tengah-tengah kita terdapat orang-orang shaleh?" Beliau menjawab, "Ya, jika kejahatan merajalela." HR. Bukhori.

Perlu dicatat, penulis menganggap bahwa Tembok China yang kita ketahui saat ini adalah tembok yang dibangun oleh Zulkarnain atas permintaan rakyat China untuk melindungi mereka dari bangsa Ya'juj dan Ma'juj.


Ketika sebahagian tembok pemisah yang dibangunkan oleh Zulkarnain di Vina telah terbuka, yakni antara 615-632 M. Pada tahun itu, China telah menjadi negara superpower di Asia bahagian Utara yang dapat menghancurkan kuasa Empayar Turki Uthmaniah bahagian Timur dan menguasai Mongolia pendalaman, Rodesia dan daerah di Asia Tenggara dengan kekuatan tentera yang sangat dahsyat di bawah pimpinan Kaisar..

SUARA SEBENAR MAVI MARMARA


MENYINGKAP PENGALAMAN SEBENAR SALAH SEORANG SUKARELAWAN MISI LIFELINE 4 GAZA 'FREEDOM FLOTILLA' YANG BERADA DIATAS KAPAL MAVI MARMARA KETIKA DISERANG OLEH KOMANDO ZIONIS.. 

JOM RAMAI-RAMAI KITA MENDENGAR CERITANYA....

Sebaik-baik Pemuda & Pemimpin


Pemuda-pemuda kini umpama kijang-kijang yang terhincut-hincut jika dibandingkan dengan dahulunya adalah anak-anak singa. Lihat sahaja pada pemuda berumur 17 tahun yang sudah ke medan perang, Zaid bin Harithah iaitu anak angkat kesayangan Rasulullah s.a.w  14 ratus tahun lalu.

Dalam mengimbas kembali jihad mukminin yang tiada henti, tidak lengkaplah tanpa menyebut tentang pembebasan Constantinople oleh Khalifah Uthmaniyah yang ketujuh pada tahun 857H.

Sabda Rasulullah s.a.w ketika menggali Parit Khandaq; “Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” [Hadis riwayat Imam Ahmad]

As-Syahid Abu Ayyub Al-Ansari, sahabat besar Rasulullah SAW telah dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople, dan apabila ditanya mengapa beliau mewasiatkan sebegitu, beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople nanti.”  Sungguh, rijal itu benar-benar bakal mengotakan impian menawan Kota Constantinople dengan mengimamkan hampir 150,000 orang tenteranya.

Baginda telah menerima asuhan dari kecil sehingga baginda yakin bahawa bagindalah raja yang disebut dalam hadis Rasulullah. Dengan sentuhan tarbiah menyeluruh oleh ayahanda baginda Sultan Murad II dan guru-gurunya termasuk Syeikh Amad Shamsuddin yang mengajar ilmu agama dan berkaitan dunia pemerintahan. Baginda juga menguasai dan fasih berbahasa  Turki, Arab, Latin, Greek, Serbia (bahasa ibu Baginda), Parsi dan Hebrew.

Baginda dilatih supaya mahir memanah, menunggang kuda dan menyusun taktik perang. Kepintaran baginda dalam mengatur strategi dan mencipta peralatan termoden diperakui oleh sejarawan barat setelah melihat kehebatan Sultan Muhammad di medan perang.

Peperangan terhadap Kota Constantinople berlaku disebabkan Raja Rom yang memerintah pada waktu itu enggan menyerahkan kota tersebut. Maka tentera Uthmaniyah dengan diketuai oleh baginda Sultan Muhammad mula menyerang kubu dari segenap penjuru. Baginda sebelum itu menyampaikan khutbah melarang gereja, tempat-tempat ibadah lain diroboh dan tidak mengapa-apakan paderi, orang kurang upaya dan yang sudah tua serta mereka yang tidak membunuh.

Apabila sebuah rantai besar dibina menghalang kapal-kapal merentasi Selat Bosphorus, baginda mendapat akal untuk melancarkan kapal perang melalui jalan darat dan gunung sejauh hampir enam batu. Alangkah terkejut Raja Byzantine keesokan harinya, bukan sahaja Teluk El Qarn El Zahabi (The Golden Horn) dipenuhi kapal-kapal muslimin bahkan armada bantuan dari Ketua Paderi Rom kesemuanya musnah terbakar. Rentetan daripada itu kubu pertahanan menipis sehingga akhirnya dengan izin Allah pihak tentera Uthmaniyah berjaya menawan Kota Constantinople pada 28 Mei 1453 bersamaan 857H.

Baginda dengan tawaduk penuh kesyukuran atas kejayaan membebaskan Kota Constantinople. Setelah itu Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) dan memerintahkan agar separuh Gereja besar St. Sophies diubahsuai menjadi masjid yang terkenal Aya Sofiya. Gelaran ‘Al-Fatih’ amat sesuai kerana Baginda telah menang membuka Constantinople. Sebuah pembukaan agung yang ditunggu sejak 800 ratus tahun sebelumnya.

Sejak baligh Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud. Inilah hasil didikan Syeikh Amad Shamsuddin. Inilah dia sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadisnya itu.

Masha Allah. Satu contoh rijal hebat pernah tercatat dalam sejarah dunia. Hanya pada usia 21 tahun mampu merealisasikan cita-cita tingginya, juga cita-cita seluruh umat sejak berzaman sebelum itu. Cerita Sultan Muhammad Al Fatih mengajar muslimin beberapa tips kejayaan antaranya ‘al-akhzu bil asbab‘(mengambil sebab) dengan usaha gigih dan strategi bijak serta persiapan dan peralatan tercanggih. Membina meriam besar yang mampu membedil kubu sejauh satu batu dan menara bergerak tiga tingkat, diperbuat daripada kayu, tingginya melebihi dinding kubu dan memuatkan ratusan tentera merupakan seni peperangan yang amat hebat.

Sebagai raja yang mengimamkan ribuan muslimin, baginda sentiasa tenang, sabar, peka dan prihatin terhadap tentera bawahannya. Baginda sentiasa merujuk kepada guru-gurunya baik dalam urusan agama atau permasalahan negara. Baginda juga sentiasa menghembus semangat kepada para tenteranya dengan kemenangan yang telah Allah janjikan.

Maka junjunglah tinggi Islam dalam hidup
“Ayuh kita sama-sama perbaharui tekad untuk melatih qiadah menanggung bebanan supaya yang terlantik nanti adalah mereka yang berwibawa dan berkelayakan; bermula daripada sof pertama, kemudian diikuti oleh sof kedua dan seterusnya. Sebagai persediaan ia adalah tiga barisan pelapis untuk qiadah. Sesungguhnya mempersiapkan kanak-kanak mumayyiz dengan hukum syarak khusus membolehkan dia dijadikan imam dalam solat, sekalipun dia belum mukallaf, menjadi bukti yang menunjukkan bahawa mempersiapkan kepimpinan dengan ibadat merupakan objektif yang mesti diberikan tumpuan di dalam perlaksanaan. Berkata Imam Al-Banna rahimahullah: “Jadilah kalian hamba yang tekun beribadat sebelum dilantik sebagai ketua, nescaya ibadat kamu itu akan menjadikan kamu pemimpin yang terbaik” [Dipetik dari Perutusan Dr. Mohd Badee Mursyidul Am ke-8]

Ya Allah, Kepada  Engkau sahaja kami berharap supaya dikurnia kekuatan, keberanian, kelebihan, kesungguhan dan keyakinan utuh sebagaimana dilimpahkan terhadap hambaMu Muhammad Al Fatih seterusnya mengembalikan kegemilangan ummah ini semula. Amin.

Zionis, Mavi Marmava & Piala Dunia

Serangan brutal Israel ke rombongan kapal "Freedom Flotilla" akhir Mei lalu telah menbangkitkan kemarahan umat Islam daripada seluruh dunia.. Banyak negara melakukan demostrasi mengutuk serangan Komando Israel keatas kapal bantuan kemanusiaan Mavi Marmava yang mengakibatkan 9 sukarelawan ditembak mati.. Namun, ia tidak mematahkan semangat sukarelawan antarabangsa untuk terus menghulurkan bantuan kepada masyarakat Gaza.

Ketua Free Palestine Movement, Yasser Qashlaq mengumumkan rancangan keberangkatan "Freedom Flotilla 2", Khamis (10/6). Rombongan kedua akan melibatkan sekitar 50 kapal, salah satu kapal, kata Qashlaq, diuruskan oleh organisasi Journalist Without Borders yang akan berangkat dalam waktu seminggu ini dari pelabuhan Lebanon menuju Jalur Gaza. Dalam kapal itu, turut serta sejumlah wartawan, aktivis perdamaian antarabangsa dan anggota Free Palestine Movement.

Pada tanggal 11 Jun 2010, semua mata kini sudah terarah ke Afrika Selatan dimana Kejohanan Piala Dunia 2010 sedang berlangsung. Gema sorakan GOAL!!! telah menjadi satu dan menggantikan AllahuAkbar. Kini pasukan mana yang akan menang Piala Dunia menjadi tajuk utama bualan bukan lagi Mavi Marmara. Jualan Coke, Nike, Adidas semakin meningkat kerana ia adalah penaja utama. Mana Kesedaran kita?!!

Duhai Bakal CIkgu UPSI

Bismillahirrahmanirrahim...

           Pada penghujung sem sesi 2009, bakal-bakal guru Sains & Matematik produk keluaran UPSI dikejutkan isu masalah 'posting' yang berkemungkinan akan ditangguh sehingga 2 tahun.. Kemudian, pada pertengahan semester sesi 2010, UPSI sekali lagi heboh dengan kenyataan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa Isu posting akan diberi keutamaan kepada Lepasan IPGM dan pemegang biasiswa KPM.. Selepas isu ini reda, satu lagi masalah 'posting' dibangkitkan.. Ketika Mahasiswa UPSI sedang bertarung di medan peperiksaan akhir, pelajar semester 2 Fakulti Sains & Teknologi heboh dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Fakulti bahawa semua Minor Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik ditutup kepada semua pelajar FST.. Pihak Fakulti memberi alternatif untuk mengantikan minor tersebut dengan minor daripada Fakulti lain seperti Seni Visual, PJ, Sejarah, Kemahiran Hidup & Tesl.. Alasan daripada pihak kementerian adalah masalah lambakan guru Sains & Matematik disekolah.. Pihak kementerian sepatutnya anggaran dahulu kuota guru yang diperlukan oleh sekolah sebelum menerima pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP).. Akhirnya, bakal bakal guru juga yang terpaksa menerima akibat daripada semua itu.. Kalau yang dapat biasiswa masih boleh bersabar, tp yang meminjam daripada PTPTN terpaksa menanggung hutang yang semakin beranak pinak..

          Hal ini telah menimbulkan rasa terkilan dalam diri pelajar FST semester 2.. Ditengah kekalutan menelaah buku untuk memasuki dewan peperiksaan, isu sebegini dibangkitkan. Kenapa mereka tidak diberi tahu awal-awal sewaktu proses menambah Minor masih berjalan dahulu.. Minor alternatif yang ditawarkan kepada Pelajar FST pula langsung tidak berkaitan dengan apa yang dipelajari sebelum ini, tambahan pula pelajar lepasan Matrikulasi.. Hal ini menyebabkan ramai pelajar kebingungan untuk memilih Minor yang sesuai.. Kalau tersilap pilih, kemungkinan CGPA akan jatuh.. Berdasarkan tinjauan awal yang buat, ramai diantara mereka berminat untuk mengambil Minor Kemahiran Hidup yang lebih rapat dengan Sains.. Soalnya, mampukan FSKPM menerima pelajar2 FST.. Ini menyebabkan mereka mengalami masalah untuk memilih Minor yang sesuai..

         Mengimbau sejarah yang lalu, mereka yang memulakan sesi persekolahan tingkatan satu pada sesi 2003 telah dijadikan bahan ujikaji pihak kementerian.. Bermula dengan pengenalan PPSMI pada awl tahun 2003.. Selepas itu, bagi yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan berhadapan dengan isu masalah posting dan lambakan guru dipasaran.. Kemudian menjelang tahun 2013, guru-guru sains diarahkan untuk mengajar Sains & Matematik di dalam Bahasa Melayu kerana PPSMI akan dimansuhkan.. Tahun 2013 adalah tahun dimana pelajar yang memulakan tingkatan satu semasa tahun 2003 tamat belajar di  universiti untuk peringkat Ijazah kelas pertama.. Adakah ia satu kebetulan yang dirancang dengan rapi? Mengapa bakal bakal Cikgu Produk UPSI disusahkan sampai macam tu sekali?

Wallahualam Bissawab...

Kem Remaja Islam 2010(KERIS '10)

This Aprill...
Something Big is Coming...
In your way..
We ARE back!


  

Come & Join Us
For Detail..
VISIT
http://sahabat-arrashidin.blogpspot.com
HURRY UP!
RESERVE FOR YOUR FUTURE...

Awas! Masjidil Aqsa dalam Bahaya


TerKini, Masjidil Aqsa yang merupakan masjid suci ketiga umat Islam semakin dahsyat dirosakkan oleh Tentera Zionis laknatullah. Awas! Masjidil Aqsa dalam bahaya!  kerajaan Israel pimpinan Netanhanyu mengeluarkan arahan untuk menyerang dan meruntuhkan AL-Aqsa. Kesungguhan demontrasi tadi membuktikan keseriusan arahan tersebut, walaupun masih tiada berita rasmi lagi. Penjajah Israel telah menutup pintu-pintu Masjidil Aqsa kecuali beberapa pintu dan telah menutup 2 buah sekolah. Sekolah pertama ialah Madrasah Al-Aqsa At-Thanawiah (sekolah menengah) untuk pelajar perempuan yg yg terletak di dalam masjid, berdekatan dengan Bab As-Silsila. Pelajar-pelajar perempuan telah dihalau keluar. Sekolah yg kedua pula ialah Madrasah At-Thanawiah As-Syar'iyah yg juga terletak di dalam masjid, berdekatan Bab Al-Asbat dan Bab Al-Hittah.
 
Pemerintah Israel dan kumpulan-kumpulan ekstrimis Yahudi telah mengisytiharkan bahawa mereka sedang bersiap untuk membuka Kuil Al-Kharab, kuil terbesar Yahudi di bandar itu yg terletak tidak lebih dari 10 meter dari Masjidil Aqsa, dalam 2 hari sahaja lagi. Syeikh Ikrimah Sobri, Ketua Majlis Tertinggi menegaskan bahawa penjajah Israel berusaha untuk melemahkan kewujudan Islam di Masjidil Aqsa melalui cara menutup sudut-sudut Islam di situ (seperti sekolah) dan menghalang orang Islam yg berusia kurang dari 50 tahun untuk memasuki masjid.

Sekarang hak umat Islam sedunia sedang diperkotak katikkan.. Kiblat pertama umat Islam sedang dicerobohi.. Kemana perginya golongan yang petah berkata-kata yang pandai mengeluarkan hujah2 yang boleh mengeluarkan pelbagai fatwa? Kenapa tiada yang berani menentang apa Yahudi tengah lakukan sekarang.. Takkan kita semua nk tgk sahaja Masjidil Aqsa, tempat Nabi Muhammad saw diangkat ke langit dihancurkan macam tu.. Pelik betul umat Islam zaman sekarang.. Benda yang remeh dan masalahnya hanya melibatkan perselisihan khilaf ulama' , ramai yang pandai berhujah mengeluarkan pendapat masing2. Malah ada yang salah menyalah antara satu sama lain.. Yang lagi teruk, ada sanggup yang mengkafirkan ulama'. Nauzubillah min zalik

Wahai pemuda agama.. Bangkitlah bersatulah semula.. Kenapa kita perlu berpecah dan saling berbalah tentang perkara yang tidak boleh meningkatkan keimanan kita.. Saya tertarik dengan kata2 Tan Sri Dato' Dr Mufti Perak "Politik sebenarnya tidak memberi apa2 makna, ia hanya membawa kepada perpecahan umat, Mengapa kita tidak boleh bersatu dengan mewujudkan satu gagasan politik yang jitu". Tidak dinafikan bahawa Zaman Rasulullah saw mmg sudah wujud sistem politik Islam.. Tetapi, sebenarnya kita gagal mengamalkan politik yang diajar oleh Rasulullah.. Sesetengah dari kita terlalu fanatik kepada perjuangan.. X salah nk perjuangkan Islam, tp mengapa kita perlu tanam sikap yang fanatik tu..
Wallahualam
Related Posts with Thumbnails