Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Duhai Bakal CIkgu UPSI

Bismillahirrahmanirrahim...

           Pada penghujung sem sesi 2009, bakal-bakal guru Sains & Matematik produk keluaran UPSI dikejutkan isu masalah 'posting' yang berkemungkinan akan ditangguh sehingga 2 tahun.. Kemudian, pada pertengahan semester sesi 2010, UPSI sekali lagi heboh dengan kenyataan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa Isu posting akan diberi keutamaan kepada Lepasan IPGM dan pemegang biasiswa KPM.. Selepas isu ini reda, satu lagi masalah 'posting' dibangkitkan.. Ketika Mahasiswa UPSI sedang bertarung di medan peperiksaan akhir, pelajar semester 2 Fakulti Sains & Teknologi heboh dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Fakulti bahawa semua Minor Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik ditutup kepada semua pelajar FST.. Pihak Fakulti memberi alternatif untuk mengantikan minor tersebut dengan minor daripada Fakulti lain seperti Seni Visual, PJ, Sejarah, Kemahiran Hidup & Tesl.. Alasan daripada pihak kementerian adalah masalah lambakan guru Sains & Matematik disekolah.. Pihak kementerian sepatutnya anggaran dahulu kuota guru yang diperlukan oleh sekolah sebelum menerima pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP).. Akhirnya, bakal bakal guru juga yang terpaksa menerima akibat daripada semua itu.. Kalau yang dapat biasiswa masih boleh bersabar, tp yang meminjam daripada PTPTN terpaksa menanggung hutang yang semakin beranak pinak..

          Hal ini telah menimbulkan rasa terkilan dalam diri pelajar FST semester 2.. Ditengah kekalutan menelaah buku untuk memasuki dewan peperiksaan, isu sebegini dibangkitkan. Kenapa mereka tidak diberi tahu awal-awal sewaktu proses menambah Minor masih berjalan dahulu.. Minor alternatif yang ditawarkan kepada Pelajar FST pula langsung tidak berkaitan dengan apa yang dipelajari sebelum ini, tambahan pula pelajar lepasan Matrikulasi.. Hal ini menyebabkan ramai pelajar kebingungan untuk memilih Minor yang sesuai.. Kalau tersilap pilih, kemungkinan CGPA akan jatuh.. Berdasarkan tinjauan awal yang buat, ramai diantara mereka berminat untuk mengambil Minor Kemahiran Hidup yang lebih rapat dengan Sains.. Soalnya, mampukan FSKPM menerima pelajar2 FST.. Ini menyebabkan mereka mengalami masalah untuk memilih Minor yang sesuai..

         Mengimbau sejarah yang lalu, mereka yang memulakan sesi persekolahan tingkatan satu pada sesi 2003 telah dijadikan bahan ujikaji pihak kementerian.. Bermula dengan pengenalan PPSMI pada awl tahun 2003.. Selepas itu, bagi yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan berhadapan dengan isu masalah posting dan lambakan guru dipasaran.. Kemudian menjelang tahun 2013, guru-guru sains diarahkan untuk mengajar Sains & Matematik di dalam Bahasa Melayu kerana PPSMI akan dimansuhkan.. Tahun 2013 adalah tahun dimana pelajar yang memulakan tingkatan satu semasa tahun 2003 tamat belajar di  universiti untuk peringkat Ijazah kelas pertama.. Adakah ia satu kebetulan yang dirancang dengan rapi? Mengapa bakal bakal Cikgu Produk UPSI disusahkan sampai macam tu sekali?

Wallahualam Bissawab...

Related Posts with Thumbnails