Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Halangan & Ujian, Tanda Kasih Sayang Allah

Setiap masalah pasti ada jalan penyelasaiannya..

Sebagai langkah pertama cuba fahami dan hayatilah pesanan Nabi Muhammad SAW yang berbunyi, "sebaik-baik ibadah ialah sabar menunggu jalan keluar". Ini bermakna tidak ada satu ujian pun yang akan kekal.

Mana mungkin ada malam yang tidak ada siang, pagi tanpa digantikan dengan petang, mana mungkin banjir berpanjangan dan tidak akan terjadi kemarau berpanjangan. Jika ini kenyataan yang terjadi bermakna Allah tidak pernah tidak adil pada makhluknya. Bagi memperhatikan lagi cinta Allah pada makhluk-Nya dan membuktikan lagi kehebatan Allah Yang Maha Adil maka dibekalkan makhluk-Nya dengan pesanan melalui surah Hud :81 yang berbunyi,   "Bukankah Subuh itu sudah tiba."


Subuh bermakna betapa pun panjangnya malam pekat pasti akan bertemu dengan waktu tamatnya. Oleh iu betapa pun berat dan panjangnya penderitaan yang ditanggung oleh hamba Allah, Dia telah menjelaskan pasti Allah menemukan saat penyembuhan untuk keluar daripada permasalahan itu. Subuh bermakna cahaya fajar bagi orang yang ditimpa kesedihan itu telah menyerlah. Maka pandai-pandailah merasai sapaan dan sentuhan suria pagi, tunggulah panasnya bebola mentari pagi sebagai tanda bahawa kemenangan telah datang dari Yang Maha Berkuasa.
 
Oleh itu, laluilah kehidupan dengan keyakinan,dan rasailah sentuhan Allah tidak pernah putus kepada kita hamba-Nya. Ini dipastikan dalam janji Allah bahawa Allah tidak pernah mengantuk, tidak pernah penat, berhenti mengurus langit dan bumi serta seluruh isinya. Anggaplah suatu permasalahan itu sebagai seperti seutas tali. Jika tali itu sudah sangat tegang, maka ia akan segera putus. Ertinya jika persoalan itu sudah kritis atau matang, maka tunggu kerana ia pasti akan berhenti dan ditemukan dengan jalan keluar.


Allah akan pastikan setiap kesedihan dan kegembiraan itu menemui penghujungnya. Ini ditegaskan lagi oleh Allah,

"Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan kemudahan dalam urusannya (QS Ath-Thalaq:4).
Ini janji Allah yang sangat pasti, maka bangunkan keyakinan dan panjatkan doa dan kesedihan kepada-Nya, pasti kita akan berasa bahawa kesedihan tidak berpanjangan kerana Allah tidak membenarkan keadaan itu terjadi selagi kita hambanya tidak berputus asa dari rahmat Allah. Sebab itu Allah menjanjikan,

"Maka, sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan." (QS Al: Insyirah:5-6)

Dengan syarat kita yakin sepenuhnya bahawa apa yang kita lakukan kerana Allah dan mahu mendapat reda Allah, bukan kerana manusia.

Duhai Pejuang Agama

KENAPA AKU DIUJI?  
kenapa aku diuji sebegini rupa... apakah dosa yang telah aku lakukan... adakah engkau tidak meredhai apa yang telah aku kerjakan keatas jalan Mu Ya Allah? Apakah fitnah yang telah aku bawa keatas agama Mu? Adakah engkau sengaja mahu menguji ketaatanku kepada mu....
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami
telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah
menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg
benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?      "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?  
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST?    
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?  
 "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45 
  APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? 
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan
memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111 
 
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?  
 "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku
bertawakkal."  
-Surah At-Taubah ayat 129
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!  
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada   berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12 
Setiap perjuangan mesti diselangi dengan halangan dan dugaan. Begitulah kehidupan seorang pejuang, selalu berhadapan dengan dugaan sehingga mereka hanya bergantung kepada Allah sahaja.. Kalau perjuangan ini mudah, ramai yang berebut-rebut mahu buat kerja agama dan perjuangkan Islam. Tapi, dunia hari ini tidak begitu, serangan2 halus yang didalangi oleh musuh2 Islam telah melemahkan generasi muda kini. Wahai pemuda sekalian, bangkitlah dari lembah kesesatan duaniawi, muhasabahlah diri, selepas takbir eiduladha bergema, seekor demi seekor lembu disembelih untuk dikorbankan, lembu2 yang bodoh pun sanggup dikorbankan semata-mata hanya ingin menyedarkan diri kita bahawa perjuangan sememangnya memerlukan pergorbanan bukan sahaja harta, malah jiwa dan raga.. Aku tertarik dengan kata2 As-Syahid Sheikh Hasan Al-Bana;
"Setiap perjuangan mesti ada halangan dan dugaan yang memerlukan pengorbanan, sekiranya perjuangan itu mudah, mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan perjuangan itu.."  
Ayuh bersatu, kukuhkan perjuangan ini dengan keterikatan hati antara kita, wujudkan kesatuan ummah. Itulah jalan terbaik dalam sesebuah perjuangan.
...bangkitlah wahai pemuda...

10 Hari Pertama Zulhijjah

Dalam beberapa hari sahaja lagi, kita akan menyambut kedatangan Eiduladha 1430H. kita belajar dalam sirah nabawiyah, pergorbanan umat islam dahulu sangat besar sehingga sanggup berhijrah meninggalkan apa sahaja termasuk keluarga dan harta semata mata kerana nak kembang islam. Kelebihan 10 hari pertama Zulhijjah tidak banyak dibicarakan sepertima mana 10 hari terkhir Ramadhan, sedangkan kelebihan dan kemulian 10 hari Zulhijjah dan Hari Arafah telah digambarkan dalam Al-Quran dan Hadith. Mari kita fahami akan kelebihan bulan Zulhijjah dan berusaha untuk beramal dalam 10 hari pertama ini, supaya kita mendapat balasan syurga daripada Allah


Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:

hadith-11
"Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini - iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).”

 

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).



al-buruj1

“Yang menyaksikan ialah hari arafah dan yang disaksikan ialah hari kiamat ” 
(Hadith riwayat Ahmad dan Baihaqi)
 

Didalam hadith lain pula, Sabda Baginda SAW lagi
 

hadith-31


“Tidak ada hari yang lebih banyak dibebaskan oleh Allah akan hambaNya daripada neraka lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim) 


JENIS AMALAN YANG DIANJURKAN PADANYA  
1.  Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya :
Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : 
“Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”.

2.  Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya - terutamanya pada hari ‘Arafah - . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi :
“Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.


Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata: Rasulullah SAW bersabda :
“Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih).

Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.

3.  Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud : 


“(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”,

Hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya :
Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah Radhia Allah ‘anhum kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]“. Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
 “(Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni’matNya menghidayat kamu)”.



4.  Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Abu Harairah Radhia Allah ‘anhu, Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : 
 “Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi).


5.  Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, mebaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikatogerikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6.  Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.

7.  Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihis Solatu was Salam setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘Alaihis Solatu was Salam tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8.  Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhia Allah ‘anha bahawa Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya” 
 

dan di dalam riwayat lain :
“Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”. 
 
Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala, maksudnya :
“(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”.


Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9.  Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini; ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan, janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan ma’siat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan-amalan kebaikan yang telah dikerjakannya sebelum itu.
 
10.  Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.

Insya Allah, moga perkara yang ana listkan kat atas mampu kita amalkan sempena kedatangan bulan barakah ini. Untuk berhijrah tidak semesti perlu pergi ke tempat yang tiada orang kenal kita. Maksud hijrah adalah berpindah dari yang tidak baik kepada yang lebih baik. Justeru itu, ana pesan pada diri ana sendiri agar mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah swt dan diharap sahabat/biah dapat ambil manfaat bersama..
barakallahuminkum....

Tidak Berwirid & Berdoa Selepas Solat Fardu

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah pernah ditanya berhubung dengan mereka yang membantah imam kerana tidak berdoa selepas solat, beliau menjawab: “Tidak pernah Nabi s.a.w berdoa bersama makmum selepas solat lima waktu seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang selepas solat Subuh dan Asar. Tidak pernah pernah diriwayat hal itu oleh seseorang pun. Tiada seorang pun dari kalangan imam empat yang menyatakan baiknya perkara itu. Sesiapa yang memetik daripada al-Imam al-Syafie bahawa dia menyukainya adalah salah. Ungkapannya yang ada dalam kitab-kitabnya menafikan hal itu. Demikian al-Imam Ahmad dan selainnya tidak pernah menyukai hal ini” .

Jika kita merujuk kepada Kitab al-Umm karya agung al-Syafii, ternyata apa yang sebut oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah ini benar. Ini kerana al-Imam al-Syafii ketika mengulas hadith Ibn ‘Abbas: “Sesungguhnya mengangkat suara dengan zikir setelah orang ramai selesai solat fardu berlaku pada zaman Nabi s.a.w”.( Ibn Taimiyyah, Al-Fatawa al-Kubra, 1/215, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.)

Beliau berkata: “Pendapatku untuk imam dan makmum hendaklah mereka berzikir selepas selesai solat. Hendaklah mereka mensenyapkan zikir, kecuali jika imam mahu dipelajari daripadanya (bacaan-bacaan zikir-pen), maka ketika itu dijelaskan zikir. Sehingga apabila didapati telah dipelajari daripadanya. Maka selepas itu hendaklah dia perlahankan”. Adapun mengenai hadith Ibn ‘Abbas di atas al-Imam al-Syafi’e menjelaskan seperti berikut: Aku berpendapat baginda menjelaskan suara (zikir) hanya seketika. Untuk orang ramai mempelajarinya daripada baginda. Ini kerana kebanyakan riwayat yang telah kami tulis bersama ini, atau selainnya tidak menyebut selepas salam tahlil dan takbir. Kadang-kala riwayat menyebut baginda berzikir selepas solat seperti yang aku nyatakan, kadang-kala disebut baginda pergi tanpa zikir. Ummu Salamah pula menyebut duduk baginda (selepas solat) tetapi tidak menyebut baginda zikir secara terang. Aku berpendapat baginda tidak duduk melainkan untuk berzikir secara tidak terang. Jika seseorang berkata: Seperti apa? . Aku katakan: Seperti baginda pernah bersolat di atas mimbar, yang mana baginda berdiri dan rukuk di atasnya, kemudian baginda undur ke belakang untuk sujud di atas tanah. Kebanyakan umur baginda, baginda tidak solat di atasnya. Tetapi aku berpendapat baginda mahu agar sesiapa yang jauh yang tidak melihat baginda mengetahui bagaimana berdiri (dalam solat), rukuk dan bangun (dari rukuk). Baginda ingin mengajar mereka keluasan dalam itu semua. Aku suka sekiranya imam berzikir nama Allah di tempat duduknya sedikit dengan kadar yang seketika selepas kaum wanita pergi. Ini seperti apa yang Umm Salamah katakan. Kemudian imam boleh bangun. Jika dia bangun sebelum itu, atau duduk lebih lama dari itu, tidak mengapa. Makmum pula boleh pergi setelah imam selesai memberi salam, sebelum imam bangun. Jika dia lewatkan sehingga imam pergi, atau bersama imam, itu lebih aku sukai untuknya). (Al-Syafi’i,Mausu‘ah al-Imam al-Syafi’i: Al-Umm, 1/353 Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi.)

Adab Dalam Khilaf Ulamak 1

PENGERTIAN AL-FIQH Perkataan fiqh adalah dari segi bahasa Arab yang memberi erti faham atau kefahaman, iaitu kefahaman seseorang secara mutlak atau mendalam yang dapat memahami tujuan perkataan yang diucapkan dan perbuatan yang dilakukan2. Dalilnya firman Allah s.w.t , antaranya:

” واحلل عقدة من لسانى يفقهواقولي “
Ertinya: “Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengertikan perkataanku”.
(Surah Taha: 27)


” يا شعيب ما نفقه كثيرا مما تقول “
Ertinya: “Wahai Syuaib! Kami tidak faham kebanyakan dari apa yang engkau katakan itu”.
(Surah Hud: 91)

Daripada perkataan fiqh dari segi istilah telah melalui beberapa tahap perubahan secara perlahan-lahan. Pada awal istilah fiqh dimaksudkan
“Semua hukum-hukum agama yang dibawa oleh Syariat Islam, sama ada hukum-hukum ini berkaitan dengan aqidah, akhlak, ibadat dan muamalat”.
2 Dr. Wahbah al-Zuhaili, (1986) Damsyik, Dar al-Fikr “Usul al-Fiqh al-Islami”, jld : 1, hal : 8

Masyarakat Islam sekarang berpecah kepada beberapa mazhad aqidah selepas kewafatan Rasulullah SAW. Selepas itu berlaku beberapa siri perang saudara dimana ramai para Hafiz syahid di medan perang. Peristiwa itu merupakan titik hitam bagi umat islam kerana sejak itu, umat islam sudah tidak bersatu di tambahan pula terlalu taksub dengan mazhad masing2.


Mazhab-mazhab ini walaupun banyak bukanlah bermakna ianya mengecilkan Islam dalam aliran tertentu dan bukan juga suatu proses mewujudkan Syari’at baru. Namun begitu ia merupakan manhaj atau metod untuk memahami Syari’at, cara-cara menafsir nas-nas dan mengambil hukum dari sumber-sumbernya.

Mazhab-mazhab yang berkembang pada waktu itu ada yang masih berdiri teguh dan mempunyai pengikut yang ramai hingga kini dan ada di antaranya sudah lenyap ditelan zaman tanpa pengikut dan tidak diketahui adanya katakata atau fatwa mereka, melainkan apa yang disebut dalam kitab-kitab “al-Khilaf” (perbandingan Mazhab) dan kitab-kitab mazhab yang masih kekal.6

Bolehlah kita bahagikan mazhab-mazhab ini kepada tiga bahagian:

• Mazhab yang tidak berkembang lama

• Mazhab Syi’ah dan Khawarij

• Mazhab fiqh yang paling masyhur bagi imam-imam Ahli Sunnahwa al-Jama’ah

MAZHAB YANG TIDAK BERKEMBANG
Para mujtahid pada zaman ini sebenarnya cukup ramai, terdiri daripada tabi’in atau tabi’i al-tabi’in atau mereka yang berikutnya, tetapi kebanyakan mereka ini tidak ada orang yang mengumpul dan menyebarkan mazhab mereka di kalangan orang Islam dan mamfatwakannya. Akhirnya mazhab ini makin lama makin mengecil. hampir pupus dan hilang fiqhnya, kecuali pandangan mereka yang ditemui bertaburan di dalam kebanyakan kitab tafsir bil ma’thur, syarah-syarah hadith dan kitab-kitab fiqh mazhab yang kekal.

Di antara tokoh-tokoh mujtahid ini ialah seperti ‘Ata’ bin Abi Rabah, Sa’id bin al-Musayyib, Ibrahim al- Nakha’iy, Sufyan al-Thauri. al-Imamal-Auza’iy, Ibn Jarir al-Tabari, Daud
al-Zahiri dan lain-lain lagi.

Terdapat beberapa mazhab lain yang masih hidup, kekal, berkembang dan diberi perhatian. Namun begitu ijtihad pendokong-pendokongnya telah terkeluar dari lingkungan Ahli Sunnah wa al-Jama’ah dari segi Usul (prinsip) dan Furu’. Mazhab yang terpenting sekali ialah Syi’ah dan Khawarij, kemudian yang paling masyhur sekali ialah:

• Mazhab al-Ibadiyyah dari golongan al-Khawarij
• Mazhab al-Imamiyyah dari Syi’ah
• Mazhab al-Zaydiyyah dari Syi’ah juga tetapi ia lebih dikenali sebagai mazhab yang sedehana dan lebih hampir kepada Ahli al-Sunnah wa al-Jama’ah

MAZHAB-MAZHAB FIQH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMA’AH
Mazhab fiqh yang termasyhur dari kalangan imam Ahli al-Sunnah waal-Jama’ah yang masih terus menerus memberi khidmat dan mempunyai pengikut setia yang ramai mengembang, menyebar, mengajar seterusnya dipelajari ialah empat mazhab yang terkenal seperti berikut:

1. Imam Abu Hanifah (80-150H)
2. Imam Malik bin Anas (93-179H)
3. Imam al-Syafi’i (150-204H)
4. Imam Ahmad bin Hanbal (164-241H)

Bencana alam pengajaran buat yang mahu berfikir

Bersilih ganti bencana alam menimpa beberapa negara baru2 ini. Kita sangat bernasib naik kerana terlepas daripada menerimanya. Mungkin Allah masih menyayangi kita atau Allah tidak mahu menguji kita lagi agar kita terus leka dibuai keseronokan duniawi.


Yang terbaru, para Sainstis menyatakan bahawa gempa bumi besar  baru2 ini berlaku disebabkan geseran plat Indo-Australia dan plat tektonik Erusia yang bergerak menghala satu sama lain pada kadar sehingga enam sentimeter setiap tahun.

Walau apapun teori (kadang-kadangnya silap) yang dikemukakan oleh ahli saintis terhadap fenomena yang berlaku namun yang jelasnya bagi aqidah kita, semua yang berlaku berada di bawah kekuasaan dan pengetahuan Allah. Semua telah ditentukan, bumi bergoncang, angin bertiup bahkan bilakah berlaku gempa bumi, di wilayah mana, kekuatan berapa, berapa mangsa yang meninggal, berapa yang terselamat dan tercedera.

“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuz).” (al-Ana’am: 59)

Pengajaran & Iktibar

Segala peristiwa ini harus dijadikan iktibar buat kita, jangan butakan mata serta hati dengan tak ambil kisah apatah lagi ianya berlaku di tempat orang lain. Mu’min yang peka mesti mengambil i’tibar dan pengajaran ke atas semua yang berlaku, mudah-mudahan ianya memberi manfaat untuk dirinya sendiri dan juga kepada masyarakat secara umumnya.
 
1. Apabila sesuatu kadar yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t akan berlaku, ianya akan berlaku tanpa ada kuasa lain yang akan menahannya. Dengan 'Kun Fayakun' maka bergoncanglah bumi, air sungai melimpah serta bangunan jatuh menyembah bumi.

2. Supaya manusia tahu tentang hakikat dirinya sendiri, jangan tertipu dengan kehebatan ilmu yang dimiliki sehingga ada yang sombong seolah-olah boleh menguasai undang-undang alam. Dengan berlakunya beberapa siri bencana alam sepatutnya para saintis berfikir bahawa ada kuasa yang mengatasi semua ilmu manusia bahkan apa yang mereka ada hanyalah sedikit sahaja. Manusia sebenarnya makhluk lemah yang tidak dapat melakukan semua benda untuk menyelamatkan dirinya sendiri. Betullah seperti apa yang dikatakan oleh Saidina Ali: “Malang sekali nasib anak Adam, ia disakiti oleh serangan mikro, dibunuh oleh angin panas yang datang dari Afrika dan dilemahkan oleh peluhnya sendiri." “Manusia dijadikan bersifat lemah.” (an-Nisa’: 28)

3. Manusia sepatutnya lebih arif tentang nilai dunia yang menjadi rebutan. Ianya seolah lalat yang mengerumuni sampah sarap yang tidak berguna langsung. Dunia yang menjadi rebutan akan hilang dalam sekelip mata sahaja, manusia berada di dalam istana impiannya tetapi tidak mengetahui bahawa sekejap lagi istana tersebut akan dihanyutkan di dalam banjir besar yang akan datang. Manusia menjangkakan akan terselamat tetapi sebenarnya maut lebih hampir dari tengkoknya.

4. Mengingatkan tentang kedahsyatan hari Qiamat, kalaulah gegaran 5-9 skala Richter hanya beberapa saat, apa kata kalau 10-20 skala Richter dalam beberapa minit. “Maka jadilah gunung-gunung seperti kapas yang berterbangan ditiup angin.” Saat yang sangat genting dan menakutkan sekali sehingga Allah menggambarkan apabila tibanya waktu itu ibu-ibu akan meninggalkan anak yang sedang menyusu, bayi-bayi di dalam kandungan akan keguguran, mungkin tertanya oleh kita hari apakah itu? Itulah hari penghabisan dunia bila ianya berlaku maka kekuatannya berkali-kali ganda.

Bencana dan maksiat


Secara umumnya ramai di kalangan manusia yang tidak beriman menganggapkan setiap bencana alam yang melanda dunia adalah semata-mata fenomena alam, tiada kaitan secara langsung atau tidak langsung terhadap tindakan dan amalan manusia. Balasan terhadap amalan dunia hanya akan diterima di akhirat bukannya di dunia.

Sebenarnya ini adalah satu sangkaan yang salah dan bertentangan dengan nas al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Allah s.w.t telah menjelaskan di dalam al Quran bagaimana sebuah kampung akan dilanda musibah hanya disebabkan amalan maksiat yang dilakukan oleh penduduk kampung tersebut.

“Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduk)nya mengingkari nikmat-nikmat Allah; kerana itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat.” (an-Nahl: 112)

Allah telah memberi segala kesenangan dan kemewahan kepada manusia tetapi apakah balasan manusia terhadap tuhannya? Mereka semakin ganas gara-gara mengikut hawa nafsu. Lalu apakah balasan dari Allah? Lebih baik merampas kembali pemberian dengan mendatangkan bala seumpama kelaparan dan ketakutan.

Bala bukan sahaja melalui bencana alam seperti yang berlaku kepada kaum Nabi Lut a.s, bahkan ianya juga mungkin terjadi dengan ketakutan dan keresahan yang membelenggu masyarakat. Kebimbangan terhadap keselamatan nyawa, ahli keluarga, serta kehilangan harta benda sebenarnya itu adalah satu bala.

“Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit." (Taha: 124)

Menurut Syeikh Yusuf al-Qardhawi, akibat daripada manusia meninggalkan syariah yang diturunkan oleh Allah bahkan menentangnya maka Allah telah menurunkan bala ketakutan yang menyelubungi kehidupan manusia hari ini. Semuanya berpunca dari maksiat yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia sendiri.

Golongan salafussoleh yang terdahulu apabila datangnya musibah, kepayahan dan kesusahan mereka akan beristighfar memohon ampun kerana bimbang kelalaiannya yang menyebabkan turunnya musibah dari Allah s.w.t. Allah telah menceritakan tentang doa Nabi Adam ketika diperintahkan turun ke bumi.

“Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami, jika sekiranya Kamu tidak mengampuni kami maka termasuklah kami di kalangan orang-orang yang rugi.”

Oleh itu saya menyeru kepada diri saya sendiri dan juga kepada sahabat-sahabat supaya sentiasa muhasabah diri tentang kelalaian yang telah dilakukan. Hisablah diri masing-masing terhadap tanggungjawab kita kepada Allah, adakah kita telah laksanakan sebaik-baik pelaksanaan tanggungjawab hamba terhadap penciptanya? Tanggungjawab dakwah adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab sebagai da'i untuk menyelamatkan umat dari kehancuran dan kebinasaan? Kalau belum lagi kita bimbang kelalaian itulah penyebab kepada bencana yang melanda umat sekarang ini.

Mungkin dia sahabat sebenarmu

Kawan, sahabat, rakan, geng,teman, dan bermacam istilah diberikan untuk orang yang boleh berkongsi jiwa dan rasa. Begitu jugalah yang dapat memberikan 'sesuatu' pada diri sendiri. Samada berbentuk input rohani, jasmani, atau juga input buah fikiran.


Kawan amat kuat pengaruhnya pada diri individu. Tambahan pula yang baharu hendak kenal dunia, yang baharu hendak bertatih dalam alam yang selama ini 'asing' bagi dirinya. Dan begitulah siapa sahaja yang berada di sekeliling berpotensi untuk menjadi seorang kawan. Samada beliau boleh diharap atau diri sendiri yang tinggal berharap.

Cuba tanya sendiri - dalam beberapa waktu ini, masih ada atau tidak hubungan hati dengan mereka yang dipanggil kawan, teman, sahabat dan yang sewaktu dengannya itu? Atau sebenarnya perlahan-lahan ingatan terhadap mereka semakin menghilang di telan waktu? Dan jangan terkejut terkadang tiba-tiba menerima sms dari kawan yang dahulu tidak kunjung berita. Cuma kali ini tujuan menyapa adalah untuk membawa 'bisnes punya cerita'. - Sekiranya ini pernah menimpa juga - sabarkanlah dulu jiwa. Semoga ALlah menenangkan hati kita setenang-tenangnya dengan kawan seperti ini.

Untuk mencari kawan memang mudah (ini bagi yang peramah), atau sukar (bagi yang masih 'berat mulut', mungkin juga malu kerana jarang berhubungan dengan manusia) adalah dari diri sendiri juga datangnya. Malahan tentu guru di sekolah pernah berceloteh panjang bercerita tentang bagaimana cara mencari seorang kawan atau teman. Atau ibu dan ayah pernah menasihati 'cari kawan yang macam nih', jangan berkawan dengan orang yang macam itu'. Selagi nasihat dijadikan bekalan insya ALlah selamatlah diri dalam menyelusuri kehidupan. Tetapi jika perkataan yang baik itu hanya lepas di pelipis telinga, takut bahaya sedang menanti di hadapan sana.

RasuluLLah pernah bersabda yang bererti :
"Seseorang itu akan mengikuti agama sahabatnya, oleh kerana itu, setiap orang dari kamu sekalian hendaknya memperhatikan siapa yang ia jadikan sebagai teman
(Hadith riwayat At Tirmidzi, Abu Daud dan Ahmad)


Teman yang berbau wangi atau berbau besi
Telah disebutkan oleh Habib AbduLlah bin Alwi al Haddad :

Sabda RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam yang bererti :
"Permisalan teman duduk yang baik adalah seperti penjual haruman misk (wangian yang paling mahal dan harum). Boleh jadi dia memberimu, atau engkau membeli wangiannya atau engkau mencium keharuman wangiannya. Sedangkan misalan teman duduk yang buruk adalah seperti tukang besi. Boleh jadi dia membakar pakaianmu, atau engkau akan mencium aroma busuk darinya "

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim dengan matan sedikit berbeza)
Barangsiapa yang ingin mengetahui bagaimana pengaruh pergaulan dengan temannya tersebut apakah ia dapat menguatkan iman, kesedaran beragama dan amalnya, ataupun sebaliknya. Maka hendaklah bandingkan keadaannya setelah bergaul dengan orang itu dengan keadaan sebelum ia bergaul dengannya.

Jika setelah bergaul dengannya ternyata sendi iman, akhlak, niat-niat baik untuk beramal semakin kuat dan kukuh. Sedangkan keburukan dan kejahatannya semakin kecil, maka pergaulan dan persahabatannya itu bermanfaat bagi agama dan hatinya. Jika pergaulan itu diteruskan, maka Insya aLlah ia akan memperolehi manfaat yang sangat besar dan kebaikan yang sangat banyak.

Jika setelah bergaul dengannya ternyata sendi-sendi keagamaannya menjadi semakin lemah dan menurun, sedangkan kejahatan dan keburukannya semakin banyak. Maka pergaulan tersebut telah membahayakan agama dan hatinya secara nyata. Sekiranya pergaulan tersebut dilanjutkan, maka akan membawa keburukan dan bahaya besar baginya. Semoga ALlah melindungi kita darinya.

Timbanglah semua pergaulan dengan apa yang telah kami sebutkan di atas. Dan perlu diketahui, ketentuan di atas berlaku sesuai dengan mana yang lebih kuat.

Ertinya, selama kebaikan lebih kuat, maka diharapkan pergaulan tersebut mampu menarik orang-orang jahat untuk menjadi baik. Dan selama keburukan lebih kuat, maka dikhuatiri orang baik yang bergaul dengan penderhaka tersebut akan mengikutinya dan menjadi buruk.

Permasalahan ini sangat pelik, orang-orang yang memiliki mata hati yang jernih akan memahaminya. Diperlukan waktu yang banyak untuk membahaskannya secara terperinci.

Tunggulah juga, di waktu dalam kesusahan, di waktu datangnya ujian, di waktu datang kesedihan. Akan dikenal siapa kawan dan siapa lawan. Biarpun mungkin satu hari nanti bila terjadi 'kekecohan' dengan kawan. Berikan sedikit ruang di dalam hati untuk memaafkan. Masa terlalu sempit untuk berlama-lama dalam bermusuhan.

Pesanan Datuk Dr. Harun Din Al-Hafiz

Pada 18 dan 19 April 2009 ada Program Bersama Ustaz di TV 9 bersama Datuk Dr Amran Bin Kasimin ...sangat menarik dan mengupas tajuk Sihir.

Cuba renungkan pesanan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz.. 


 1) Seperti yang kita ketahui... Negara kite  nie banyak tugu.... Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya..

    Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram...? ciri-cirinya menyerupai berhala... dan melawatnya juga adalah haram...
    Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenakan kepada sesiapa yang melawat
tugu kebangsaan!
    Tetapi   sayang2... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang... Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu... Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja...tiada tindakan undang2 yang boleh diambil...
    

Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik...Beliau berkata... " bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarah pun dosa syirik, maka Allah tidak akan mengampunkan orang   itu..."
    
Dan kata beliau lagi... walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik...

2) Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa

syirik ini ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan... '  Menurut kamus dewan... indera bermaksud nama tuhan hindu
manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam... maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam... Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik...



3) Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara...Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa mana2 undang2 akan terbatal dan tidak
boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh  Allah.

    Kata beliau seterusnya.. ..

Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...

1.
Mempertahankan perlembagaan serta   undang2 ciptaan manusia dan

 
membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.

2.
Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.

3.
Mereka yang berdiam diri daripada kebenaran.


4.  Mereka yang mengatakan hukum HUDUD zalim

JIKA HUKUM HUDUD ITU ZALIM, BERMAKNA ALLAH ZALIM...





Kenangan...

Alhamdulillah...

Sedar tak sedar, dah satu semester ana menjalani kehidupan yang penuh mencabar di Universiti Pertarbiyahan Syuhada' Islam(UPSI).. Ana amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan lagi nikmat iman, nikmat islam, nikmat kehidupan, nikmat kelapangan dsb. Ana berasa sgt2 bersyukur kerana Allah telah mencampakkan kedalam diri yang hina ini rasa kebimbangan akan keadaan umat islam sekarang. Sekarang baru ana sedar bahawa tugas sebagai daie bukan terletak pada individu atau pertubuhan tertentu. Sebenarnya setiap manusia yang dilahirkan diberi tugas yang berat iaitu tabilgh(menyampaikan) agama Allah swt.
  
Ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada malaikat: " sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang(manusia) khalifah diatas muka bumi"... (2:30)

Coretan ini sebenarnya ana ingin tujukan khas buat mujahid2 KHAR yang akan meninggalkan UPSI untuk meneruskan perjuangan sebagai pendidik. Walaupun tempoh perkenalan kita singkat, ana rasa ia sanagat bermakna. Sebenarnya ana tidak mengenali dengan rapat mereka, tetapi Allah mungkin telah mengikat hati 2 kami 'Pertama kali jumpa terus ngam'. Akan tetapi, ana rasa sangat bertuah kerana dapat mengenali pejuang2 fikrah sekalian..









Kenangan yang paling ana x leh lupe dapat nasihat live daripada Abg Zul.. Setiap kali dia datang solat kat surau KHAR, pasti aku akan bersembang dengan dia selepas solat. Banyak nasihat dan kata2 semangat yang Abg Zul bagi kat ana. Mungkin ia boleh jadikan dorongan untuk aku menguatkan lagi usaha untuk mengembangkan syiar dakwah di KHAR khususnya. Sememangnya tugas untuk menyampaikan agama ni sangat sukar. Banyak perkara yang perlu dikorbankan. Tetapi, akhi zul pesan kat ana,

Allah berfirman:
"Wahai org2 beriman, jika kamu menolong jalan(agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan  meneguhkan kedudukanmu" (muhammad:7)

Ana harap kata2 semangat ini akan terus menjadi bahan api untuk membakar semangat untuk ana menahan segala ujian yang menimpa. Aku teringat kata2 akhi Hafiz Fazli(Naqib Usrah RPA), "orang yang buat kerja agama ni banyak sangat ujiannya sampai akhirnya kita berasa tidak mampu lagi untuk bangun. Tapi, ingat balik ayat diatas td. Jika enta x lakukan kerja ni, nk harapkan sapa lagi buat keje nie. Xkan nk suruh yang sdg sibuk bercouple buat keje nie..." kata2 tu cukup untuk aku menerebos minda ku dan menaikkan semangatku untuk melakukan kerja dakwah. Dengan nasihat2 itulah aku memulakan sesuatu yang boleh dianggap baru di surau KHAR untuk sem nie iaitu kempen pakai serban.. Selalunya jemaah tabilgh jew yang pakai. Alhamdulillah, nampak macam ada sambutan. Nak ikut sunnah tak semestinya kita kene betul2 perfect. cukup klau kita jaga akhlak dan jemaah kat surau....

Ehhh... da jauh ana melaluk nie??? anyway ana amat amat menyanjungi insan2 yang didalam dirinya sentiasa ada api perjuangan dan perasaan risau akan keadaan umat islam sekarang. Ana harap ana mampu mempersiapkan diri bagi menyambung perjuangan yang mereka tinggalkan.. Akhir sekali, ana ucapkan selamat maju jaya buat mujahid2 sekalian.. semoga rahmat Allah sentiasa bersama dan teruskan perjuangan agama tidak kira dimana antum semua dicampakkan.....Insya Allah




Kematian itu Pasti Menjelma

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakkan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan "sakaratul maut"

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud :"hendaklah kamu mendamkan diri ketika azan, jika tidak allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. " 

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar berdiam diri,jangan berkata apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama islam kita wajib menghormati azan kerana banyak fadilatnya. Saya sedih sangat melihat sahabat2 yang tidak pandai untuk menghormati azan. Bila saya cakap tentang azab orang yang sengaja buat2 tidak dengar azan, masing2 buat tidak endah. Mungkin manusia tidak berasa takut kerana ia merupakan khayalan dan belum pernah seorang manusiapun merasai kepedihan AZAB ALLAH... Akan tetapi, manusia sangat patuh kepada hukum dunia. Bila Lagu kebangsaan dinyanyikan, kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri, Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri??? Adakah kita tidak diajar tentang hal itu???


Bayangkan ketika kita diambang sakaratul maut, kita tidak mampu untuk mengucapkan kalimah shahadah yang mana siapa yg dapat mengucap kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan izinnya menjanjikan syurga untuk mereka. Kemudian Allah kelukan lidah kita untuk menyebut 'ALLAH" semasa ajal hampir tiba. Ketika itulah saitan akan mengerumuni kita dan cuba menggoda Kaum Adam supaya berada jauh dari nur iman.

Bertaubatlah wahai sahabat/biah yang ku kasihi selagi pintu taubat masih terbuka. Sedarlah dari lena duniawi yang tiada penghujung. Jangan terus menjadikan dosa2 sebagai kebangaanmu.. Ingatlah, ia adalah sampah nafsu yang mengotori jiwa2 yang suci. Sucikanlah kotoran2 duniawi. Ingatlah kehidupan abadi yang semakin hampir....

SUCIKANLAH DIRI DENGAN 4 PERKARA
-wajah dengan linangan air mata keinsafan
-lidah basah dengan zikrullah kepada pencipta
-hatimu takut dan gementar dng kehebatah rabbmu
-dosa dng taubat kepada dzat yg memilikimu.. ...

Ayyuha Al-Syabab


Sedarlah Remaja Islam.. Satu generasi yang sangat ditakuti oleh golongan kafir ialah generasi Rabbani di kalangan umat Islam. Apa generasi Rabbani ini? Generasi Rabbani ialah GENERASI YANG MEMPELAJARI AL-QURAN DAN MENGAJARKANNYA. Firman Allah dalam surah Ali Imran,surah 3 ayat 79: 

Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.

Generasi inilah yg menjadikan umat Islam hebat suatu masa dahulu. Generasi para sahabat dan para tabiin dan tabi’ tabiin.. kini kemana menghilang generasi ini?

Mengapa generasi ini hilang? adakah ia semua adalah angkara kafir laknatullah.. mereka telah menjauhkan umat islam sekarang dengan menanamkan penyakit yg telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. yang akan menjangkiti umat akhir zaman.. iaitu cintakan dunia dan takutkan mati. Mereka telah menanamkan penyakit ini dgn menggunakan teknologi-teknologi terkini dan pelbagai alat hiburan. Tv, radio, internet dan media massa adalah antara alat-alat yg digunakan. Mereka memang ingin melenyapkan generasi ini sebagaimana firman Allah dalam surah ke-41 ayat ke-26:

Dan org2 yg kafir berkata. "Janganlah kamu mendengar dgn sungguh2 akan Al Qur'an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka).

Mungkin kerana ini menyebabkan umat islam sekarang umpama buih dilautan. Kalau dulu Islam sangat disanjungi, dihormati dan digeruni.. Tetapi kini umat islam disembelih sesuka hati. Malah umat islam dituduh sebagai pengganas. Dulu para sahabat cintakan akhirat, sanggup mati demi agama untuk syahid mendapatkan syurga. Inilah yang menyebabkan mereka hebat. Mereka hanya takut kepada Allah, terbalik dengan Umat islam sekarang.

Umat islam sekarang terlalu cintakan dunia. Hidup mereka hanya untuk dunia. Takut untuk mati kerana takut kehilangan dunia yang kononnya indah pada pandangan mata mereka. Kerana itu, mereka takut untuk menegakkan kebenaran, takut untuk mengamalkan sunnah,  takut untuk mengamalkan islam yang sebenar. Mereka takut, jika mereka melakukan semua ini, mereka akan kehilangan harta, pangkat, pekerjaan dan juga rezeki. Para ustaz dan ustazah takut utk bersuara kerana takut dipecat, orang takut mengamalkan sunnah kerana takut digelar pengganas. Secara ringkasnya, mereka takut kepada manusia! Bukan Allah, pencipta manusia!

Sedarlah umat islam..agama kita sekarang diperlekeh orang..mereka menghina nabi..membunuh rakyat palestin,iraq dan banyak lagi umat islam di serata dunia. Mereka disiksa dan dibunuh dengan kejam. Tetapi kita di sini hidup dengan aman tanpa sebarang tekanan. Bebas mengamalkan agama islam tercinta ini. Tetapi benarkah Islam di Malaysia ini selamat? Jika rakyat palestin dan iraq berjihad dan syahid, insya-Allah mereka akan masuk syurga. Tetapi bayangkan jika kiamat tiba-tiba berlaku, apakah umat islam di Malaysia akan terselamat dan masuk syurga seperti mereka? Fikirkanlah…

Sekarang maksiat berleluasa. Sana-sini terdapat lelaki perempuan yang berkepit, berjalan-jalan di kompleks membeli-belah laksana suami isteri bahkan lebih dari itu. Yang berzina juga tidak kurangnya. Kelahiran anak luar nikah semakin membimbangkan. Pengalaman seorang rakan saya yg mendengar kawan di kelas tuisyennya berbual. Rakan saya ini telah mendengar mereka berbual mengenai kehebatan mereka yang telah berzina dengan ramai gadis-gadis sebaya mereka. Mereka ini,s udahlah tidak berasa malu malah boleh berbangga dengan apa yang mereka lakukan itu! Pulak tu, kalau ada anak zina dilahirkan, mereka ada yang membuangnya dalam mangkuk tandas, tong sampah dan ada yang menggugurkannya. Apa hendak jadi dengan umat islam sekarang? Ini adalah salah satu tanda-tanda kiamat sudah hampir. Tidakkah kita sedar?

Kebanyakkan Umat Islam rata-ratanya bukan tidak tahu tentang pahala dan dosa. Mereka tahu tetapi buat-buat tak tahu kerana ingin melakukan apa yang disukai oleh hawa nafsu mereka. Allah berfirman dalam surah Aj-jasiah,surah ke 45 ayat ke 23,


”Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan ilmu yang mereka ada. Dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya. Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah membiarkannya sesat? Megapa Kamu tidak mengambil pengajaran?”

Lihat..ayat Allah jelas,mereka bukan tidak berilmu,tetapi sengaja menuruti hawa nafsu. Lalu Allah sendiri MENYESATKAN mereka! Nauzubillah!

Sedarlah saudara-saudara seaqidahku!! umat islam kini semakin parah dan sangat teruk. Ramai yang dah tidak mampu membezakan yang halal dengan haram. Inilah masa untuk kita menjalankan tugas sebagai seorang muslim untuk mengingatkan mereka. Ini adalah untuk melepaskan kita daripada tanggungjawab kita kepada Allah. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-A’raf,surah ke-7 ayat ke-164.

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mrk berkata. "Mengapa kamu menasehati kaum yg Allah akan membinasakan mrk atau mengazab mrk dgn azab yg amat keras?" Mrk menjawab. "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kpd Tuhanmu, & supaya mrk bertakwa".

Jadi, menjadi tugas kitalah untuk mengubah, membina masyarakat, dan akhirnya melahirkan semula generasi rabbani. Saya tertarik dengan kata2 Imam Hassan Al-Hudhaibi "Tegakkanlah daulah islam di dadamu, nescaya ia akan tertegak di negaramu”.

Maksudnya.. kalau kita nak kembalikan kegemilangan islam, pertamanya, tegakkan islam dalam diri kita dahulu. Kalau setiap orang telah tertegak islam di dadanya, sudah terbinalah negara islam. Bukan susah pun. Apa yang kita kena buat, sedarkan kawan2, adik2, abang2 dan kakak2 kita. Macam mana nk buat? Ceritalah apa yang kita paham mengenai keadaan masyarakat sekarang. Smoga dengan itu mereka tersedar dan ingin mengubah diri.

Sedarlah wahai umat Islam!! Sedarlah Remaja Islam!! Kalau bukan kita yang akan mengembalikan Islam, siapa lagi!!?? Mulakan dengan diri kita! Ya, diri kita! Para sahabat dahulu telah membuktikan mereka mampu menegakkan islam. Mereka juga remaja. Mengapa tidak kita?
SEDARLAH PEMUDA PEMUDI AGAMA!!!

Layakkah Aku Menjadi Seorang Daie?


Seorang da’ie harus memahami bahawa jalan dakwah tidak pernah sunyi daripada ujian dan dugaan. Al-Quran telah berulang-ulang kali memberikan peringatan dan perangsang;

“Maka bersabarlah kamu seperti orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul- rasul telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka...” (Al-Ahqaf: 35)

“Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).”
(Luqman: 17)


Seorang da’ie itu harus mempunyai ketabahan hati agar mampu berhadapan dengan bermacam dugaan dan cubaan. Tambahan lagi, dugaan dan cubaan itu datangnya daripada sumber yang pelbagai.

Cabaran Luaran

Renungilah firman Allah S.W.T. tentang ancaman cubaan dari luar;
“Dan sesungguhnya mereka hampir memalingkan kamu dari apa yang telah Kami wahyukan kepadamu, agar kamu membuat yang lain secara bohong terhadap Kami; dan kalau sudah begitu tentulah mereka mengambil kamu jadi sahabat yang setia.” (Al-Israa’: 73)

Jika tiada kemantapan ilmu dan keteguhan iman di dada, pasti kita terpaling sedikit. Dan biarpun kita terpaling hanya sedikit, tetapi balasannya cukup besar.

“Dan kalau Kami tidak memperkuat (hati)mu, nescaya kamu hampir-hampir condong sedikit kepada mereka. Kalau terjadi demikian, benar-benarlah Kami akan rasakan kepadamu (siksaan) berlipat ganda di dunia ini dan begitu (pula siksaan) berlipat ganda sesudah mati, dan kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun terhadap Kami.” (Al-Israa’: 74-75)


Renungilah kisah penawaran kafir Quraisy kepada Rasulullah s.a.w.;
Kaum Quraisy tidak akan menghalangi pekerjaan Rasul. Islam boleh hidup terus. Malah mereka akan bersedia turut bersama-sama beribadah secara Islam pula, asal orang-orang Islam mahu turut pula, memuja dewa-dewa yang mereka puja. Boleh berganti-ganti setahun ke mari, setahun ke sana.

“Dan apabila ada unsur-unsur kebaikan yang engkau bawa, maka kami akan bersama-sama dengan engkau menjalankannya; dan kami akan ambil bahagian kami daripadanya. Dan jika ada unsur-unsur kebaikan yang ada pada kami, bersama-sama pulalah engkau menjalankannya; dan engkau ambillah bahagianmu daripadanya.”


Rasulullah s.a.w. menjawab:
“Berlindung aku dengan Allah, jangan sampai aku mensyirikkan Allah dengan dengan lainnya.”

Kaum Quraisy pun mengurangkan isi tawaran mereka:
“Kalau begitu, engkau terimalah sebahagian sahaja dari tuhan-tuhan kami, kami akan akui kebenaranmu; dan kami sembah Tuhanmu.”

Dengan cepat dan tegas Rasulullah s.a.w. memberikan jawapan dengan firman Allah S.W.T.
“Katakanlah: Hai orang-orang yang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku.” (Al-Kaafiruun: 1-6)

Dan cubaan itu akan terus datang dalam pelbagai bentuk. Kadang kala berupa siksaan dan penderitaan. Inilah hakikat yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan terus berlaku.

Bertanya Sa’ad bin Abi Waqqas: “Di antara manusia, siapakah yang mendapat seberat-berat ujian, ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Para Nabi, kemudian orang-orang yang sama seperti mereka; lalu orang-orang yang sama dengan mereka itu pula.”

Cabaran Dalaman

Seorang da’ie itu, disebabkan oleh jiwa perjuangan dan idealisme murninya, adalah seorang yang tidak biasa dengan soal-soal mencari nafkah, seorang yang tidak dapat masuk ke dalam sistem kepegawaian yang biasa, seorang yang tidak boleh melalui birokrasi mencengkam, seorang yang tidak boleh terikat dengan apa-apa kepentingan kerana lidahnya lancar menuturkan kata-kata yang kadang-kala tajam dan pedas. Lalu timbul masalah bila masyarakat masih kurang memahami dan masih rendah taraf ekonominya; siapa yang akan membiayai kerja-kerja dakwah? Siapa yang akan membiayai kehidupan para pendakwah?
Apatah lagi bila sudah berkeluarga, cabarannya semakin meningkat. Adakah hendak diutamakan kehidupan pasangan dan anak-anak? Ataupun perjuangan yang harganya adalah kehidupan sederhana dan kadang-kala melarat? Kerana itulah Rasulullah s.a.w. mengingatkan kepada isteri-isterinya:
“...Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut’ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi sesiapa yang berbuat baik di antaramu pahala yang besar.” (Al-Ahzab: 28-29)

Sumber Kekuatan

Sumber kekuatan untuk berhadapan dengan segala macam dugaan dan cabaran tidak lain dan tidak bukan adalah daripada Allah S.W.T. Oleh sebab itu seorang da’ie perlu berusaha membina hubungan yang baik dengan Allah S.W.T.
“Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat). Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. Dan katakanlah: ‘Ya Yuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong.’(Al-Israa’: 78-80)

Wahai generasi Rabbani, usahlah kita gentar dan gusar untuk meneruskan perjuangan membenarkan kalimah 'Lailahaillah' didalam hati setiap manusia kerana janji Allah pasti bersama kita. Sepertimana yang janji yang dibisikkan oleh Allah SWT kepada kedua utusan-Nya, Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. tatkala mereka dalam kegusaran untuk berhadapan dengan Firaun yang zalim.

“...Janganlah kamu berdua khuatir, sesungguhnya Aku beserta kamu berdua, Aku maha mendengar dan maha melihat.” (Thaahaa: 46)
Related Posts with Thumbnails