Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Kiamat Sudah Dekat

Penghujung kehidupan Umat akhir zaman semakin hampir.. Ramai Ulama' mentafsirkan salah satu tanda2 kecil kiamat adalah bencana alam. Dunia dikejutkan dengan gempa bumi sekuat 7.0 pada skala Richter pada Selasa lalu yang berlaku Port Au Prince, Haiti. Pihak berkuasa Haiti menganggarkan angka mangsa terkorban ialah 200,000 orang. Di selatan ibu negara, pekerja terpaksa membakar lebih 2,000 mayat di dalam sebuah tong sampah kerana terlalu ramai. Subhanallah, adakah kita sanggup lakukan perkara yang sama kepada saudara2 kita sekiranya negara kita mengalami bencana alam sebegitu?



Pada Jumaat lepas, berlaku gerhana matahari diantara jam 3.00-5.00 ptg. Fenomena itu merupakan peringatan buat kita semua. Sebagaimana pada peristiwa yang berlaku tahun lepas, dimana kejadian gempa bumi di Padang,Indonesia menyusuli selepas peristiwa gerhana matahari. Dan banyak lagi bencana alam berlaku di muka bumi ciptaan Allah ini..

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika berlaku gerhana maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari)

Semoga ia menjadi pengajaran buat kita yang masih bernyawa...

Kronologi Kejadian Kemalangan Maut


4.30 pagi – Arwah Faizol bersama 5 orang rakan ke KTM Tanjong Malim untuk menjemput rakan-rakan yang lain. Namun, arwah Faizol tiba agak lewat berbanding rakan-rakan yang lain dengan menaiki motosikal Kriss milik rakan sebilik di KUO.
5.00 pagi – Kemalangan melibatkan motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa. Motosikal mangsa bertembung dengan lori kiriman barangan ekspress yang datang dari arah Rawang untuk ke Pulau Pinang.
5.15 pagi – Ambulans dari Klinik Kesihatan Tanjong Malim tiba. Arwah Faizol disahkan meninggal dunia ditempat kejadian manakala arwah Fadhiri dibawa menaiki ambulans untuk ke klinik kesihatan Tanjong Malim.
5.20 pagi – Polis tiba untuk mengawal lalu lintas. Orang ramai telah mulai mengerumuni tempat kejadian.
5.45 pagi – Arwah Fadhiri dibawa ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Ahli keluarga kedua-dua mangsa dimaklumkan mengenai kejadian yang berlaku. Arwah masih dalam keadaan sedar dan hanya mampu menyebut, “Allah…Allah…Allah…”
6.15 pagi – Pegawai Penyiasat Polis Trafik IPD Slim River tiba di tempat kejadian untuk membuat siasatan.
6.30 pagi – Mayat arwah Faizol di bawa menaiki Land Rover PDRM ke Hospital Slim River untuk dibuat bedah siasat.
7.00 pagi – Pegawai Perubatan memaklumkan arwah Fadhiri perlu dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah segera kerana mengalami kecederaan dalaman yang serius.
7.15 pagi – Pegawai HEP dan Felo Kolej Ungku Omar (KUO) tiba di Hospital Slim River.
7.30 pagi – Arwah Fadhiri dibawa ke Hospital Teluk Intan.
9.00 pagi – Arwah Fadhiri sudah tidak sedarkan diri. Arwah sudah mula berhenti bernafas dan otaknya sudah tidak berfungsi dan hanya jantung sahaja yang masih berfungsi. Pegawai Perubatan hospital berusaha keras untuk menyelamatkannya.
10.30 pagi – Pegawai Perubatan memaklumkan kepada rakan-rakan yang hadir bahawa arwah sudah meninggal dunia. Di Hospital Slim, arwah Faizol menerima kunjungan dari segenap lapisan masyarakat. Ahli keluarga arwah Faizol tiba untuk pengesahan mayat. Persediaan untuk memandi dan mengkafankan arwah Faizol dilakukan.
11.00 pagi – Abang sulung arwah Fadhiri, saudara Khairul yang datang dari Kuala Lipis tiba di Hospital Teluk Intan dan dimaklumkan mengenai kematian arwah. Keluarganya yang lain masih berada di Grik.
1.30 petang – Ayah dan ibu arwah Fadhiri tiba di bilik mayat. Persediaan untuk memandi dan mengkafankan jenazah dilakukan. Di Surau Al-Falah, arwah Faizol tiba untuk disolatkan.

                        Arwah Fadhiri di Hospital Teluk Intan
2.30 petang – Arwah Faizol di bawa menaiki van jenazah Hospital Slim untuk dibawa ke Pasir Mas, Kelantan.
3.30 petang – Arwah Fadhiri disolatkan di surau Hospital Teluk Intan.
4.00 petang – Arwah Fadhiri dibawa menaiki van jenazah UPSI untuk dibawa ke Tanah Merah, Kelantan.
8.30 malam – Jenazah arwah Faizol tiba di kediamannya.
10.30 malam – Jenazah Fadhiri tiba di kediamannya manakala Jenazah Faizol telah selamat dikebumikan. Keluarga arwah Fadhiri masih menunggu seorang lagi abangnya yang dalam perjalanan dari Sarawak.
1.00 pagi – Arwah Fadhiri disolatkan. Hadirin yang datang untuk bersolat melimpahi hingga ke luar rumah.
1.30 pagi – Jenazah Fadhiri selamat dikebumikan.
Al-Fatihah…
Sumber daripada http//:upsikini.blogspot.com

Pemergian Insan Berjiwa Besar


                                                  Cikgu Faizol


                                                      Cikgu Fadhiri

Berita pemergian 2 insan berjiwa besar yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi 25 Muharram 1431 H(11.01.2010) merupakan satu kehilangan yang sangat besar bagi kita.. Allahyarham Fadhiri dan Faizol seorang yang sangat peramah, baik dan sangat tinggi nilai akhlaknya. Kedua-dua arwah merupakan pelajar UPSI yang menetap di Kolej Ungku Omar(KUO). Arwah Fadhiri merupakan pelajar jurusan Pendidikan Matematik dan sedang berpraktikal di sebuah sekolah di sekitar Tg Malim. Manakala Arwah Faizol pelajar jurusan Pendidikan Khas semester 7. Arwah Fadhiri berasal daripada Tanah Merah, Kelantan dan arwah Faisol berasal daripada Pasir Mas, Kelantan. Saya masih ingat kali pertama kami berjumpa di awal semester satu di surau assalikin, KUO. Walaupun baru pertama kali berjumpa, tetapi hati-hati kami seolah-olah telah diikat dengan jalinan ukhwah. 

Pemergian arwah Fadhiri dan Faizol memang tidak dapat di cari ganti. Marilah kita sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarham. Semoga roh2 arwah ditempatkan bersama roh orang2 beriman dan soleh.. Bekas2 perjuangan yang arwah tinggalkan tidak akan dipersiakan begitu sahaja.. Insya Allah

Persoalan Kalimah ALLAH




Keputusan yang diputuskan oleh mahkamah tinggi baru - baru ini yang membenarkan sebuah akhbar mingguan Kristian [ Herald ] menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka telah menimbulkan pelbagai reaksi positif dan negatif. Hari ini telah berlaku sedikit ketengangan dimana tiga gereja telah dilempar molotov cocktail oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk mencetuskan pergeseran antara agama Islam dan Kristian.
          Kelmarin(08.01.10), saya sempat mengikuti satu wacana kontemporari “Persoalan Kalimah Allah” yang membariskan Datuk Haji Nakhaie(mantan Yang Dipertua YADIM), Dr.Ibrahim Hashim(Dekan FSSK) dan En.Nizamuddin Alias(Pensyarah FSSK) sebagai ahli panel dan dipengerusikan oleh Prof. Datuk Dr.Zainal Kling.
          Dari sudut pandangan saya, hampir kesemua hujah yang dilontarkan oleh ahli panel menentang hal penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam. Menurut Datuk Nakhaie, adakah agama Kristian sudah terdesak untuk menggunakan kalimah Allah sedangkan meraka tidak pernah mengakui Allah itu ‘Lord’ dan ‘God’. Tambahan beliau lagi, mengapa orang Kristian mahu membangkitkan hal ini di Negara-negara Islam. Kenapa Ketua Paderi di Vatican City tidak mencetuskan hal ini?. Kesimpulan yang dibuat beliau, penggunaan Kalimah Allah oleh agama Kristian ada helah dan mempunyai kepentingan untuk agama itu.
          Menurut Dr Ibrahim Hashim pula, Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa manakala lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘konsep Trinity’ iaitu ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverend Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah. Konsep ketuhanan yang sedemikian adalah sangat bercanggah dengan Islam. Justeru Allah swt adalah Tuhan yang Esa . Tuhan yang Satu dan tiada Tuhan yang lain selain Allah yang layak disembah .
          Menggunakan kalimah Allah swt secara benar dan betul adalah tidak mengapa . Sebagaimana yang disebut di dalam al Quran, bagaimana golongan musyrikin apabila ditanya: “siapakah yang menjadikan langit dan bumi serta menundukkan matahari dan bulan nescaya mereka menjawab Allah, maka mengapa mereka masih boleh dipalingkan daripada kebenaran”. Dalil ini bagi menegaskan tidak mengapa penggunaan kalimah Allah swt dengan maksud yang benar dan bertepatan dengan konsep ketuhanan Allah swt. tanpa mereka berpaling dari kebenaran itu.
Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Wallahualam…

MaluNya Seorang Wanita


         Seorang isteri telah mengemukakan aduan kepada qadi Mu'tadid Ali ar-Rayy tentang 500 dinar (wang mas) kahwin yang belum dibayar oleh suaminya. Wanita tadi membawa beberapa orang saksi yang menyokong dakwaannya. Si suami tidak mengakui dakwaan si isteri. Qadi pun menyuruh saksi-saksi untuk mengemukakan penyaksian mereka untuk menyokong dakwaan si isteri. Para saksi berkata:
"Wanita ini hendaklah memperlihatkan wajahnya supaya kami dapat pastikan dia lah wanita yang kami maksudkan.

Si Qadi menerima permintaan para saksi dan menganggapnya itu hak saksi2. Wanita menolak untuk menunjukkan mukanya kerana malu. Si Qadi menyuruh wanita tadi untuk memperlihatkan wajahnya untuk meneruskan dakwaan tadi. Tiba2 si suami yang bersimpati dengan isterinya segera berkata:

"Tidak usah tunjukkan muka mu. Aku mengakui dakwaan mu itu."

Si isteri terkesan dengan sikap suaminya lalu berkata:
"Aku menjadikan Allah sebagai saksi dan juga kamu semua bahawa aku halalkan semua mas kahwinku dunia dan akhirat."

            Walaupun ditempat yang sepatutnya wanita tadi membuka purdahnya untuk mendapatkan haknya tetapi oleh kerana itu sifat malu yang tinggi menyebabkan dia sanggup mengorbankan 500 dinar (wang emas)....


Didalam al-Quran disebut kisah dua anak Nabi Syuaib as dengan Nabi Musa as. Firman Allah swt:
"Salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as berjalan untuk menemui Nabi Musa dengan penuh rasa malu" (25 : al-Qasas)
Dalam tafsir Sofwatut Tafasir menyatakan anak perempuan Nabi Syuaib as datang sambil menutup mukanya dengan pakaiannya. Anak Nabi Syuaib as ini datang berjumpa dengan Nabi Musa atas arahan ayahnya yang sudah uzur.
Wanita yang mempunyai urusan dengan lelaki hendaklah berjumpa dengan penuh rasa malu dan adab yang tinggi.

         Walaupun Islam menyanjung sifat malu pada wanita tetapi hendaklah sifat malu itu tidak menegah dari dia keluar menuntut ilmu. Kita lihat kesungguhan para wanita di zaman Nabi saw. Abu Sai'id al-Khudri berkata:
Seorang wanita berjumpa Rasulullah saw dan berkata "Wahai Rasulullah, orang2 lelaki beruntung kerana selalu mendapat tazkirah darimu. Kami minta satu hari untuk kamu khususkan kepada kami bagi menyampaikan ilmu yang telah engkau ajarkan." Lalu Nabi saw menjawab:

"Berhimpun pada hari sekian-sekian. Kami pun berhimpun pada hari yang telah ditetapkan Nabi dan Nabi saw mengajar mereka apa yang telah ajarkan pada Nabi saw." (Hr Bukhari dan Muslim - sahih)

            Oleh itu ditempat yang diperlukan, wanita perlu berani hadapan. Kita lihat zaman Nabi dan para sahabat bagaimana berani Nusaibah ra berjihad menentang musuh, Rafidah al-Aslami merawat orang lelaki yang cedera dalam peperangan, Asma' binti Abu bakar yang menghantar makanan pada Rasulullah dan ayahnya semasa peristiwa hijrah, Khaulah yang menegur Khalifah Umar Al-Khattab di khalayak ramai dan lain-lain. Jangan menggunakan alasan malu untuk menjauhkan dari kerja-kerja menegakkan Islam. Kerja-kerja ini adalah melibatkan lelaki dan perempuan seperti yang dinyatakan dalam ayat 71 surah at-Taubah.

Malu merupakan amanah yang paling berat untuk wanita jaga. Walaubagaimanapun, Islam tidak menegah wanita keluar melakukan aktiviti harian. Namun remaja2 islam sekarang sedang diserang dengan serangan pemikiran yang cukup hebat terutamanya serangan pemikiran melalui teknologi. Fenomena facebook, frienster, myspace, blog dsb menjadi kegilaan remaja sakarang. Malah ada yang  meletakkan gambar2 untuk tontonan umum!!! Ada juga ustazah2 terpengaruh meletak gambar2 di dalam facebook, frienster, blog dsb untuk tontonan umum. Memang hukum meletakkan gambar dekat frienster, blog tu adalah harus selagi ia menutup aurat. Sebagai wanita beriman yang kuat pegangannya dengan Islam dan sifat malunya yang tinggi hendaklah menjaga dari mendedahkan gambarnya tanpa sebab dan tujuan seperti diletakkan gambarnya di blog dan friendster. Terutama yang mempunyai paras rupa yang cantik amatlah dituntut untuk mengelakkan perkara ini. Ini kerana Islam melarang wanita melakukan perkara yang boleh mencairkan hati lelaki dan menimbulkan fitnah. Firman Allah swt:
"Janganlah para wanita itu menghentak kakinya dengan tujuan supaya orang lelaki mendengar bunyi gelang kakinya sehingga menarik perhatian orang lelaki." (Sebahagian ayat 30 : an-Nur)
Wallahualam…

Minggu Mesra Mahasiswa Sesi Ke-2

Alhamdulillah...
Semalan(04.01.10) berakhirlah sudah Minggu Mesra Mahasiswa untuk sesi kedua.. Slot terakhir untuk program ini adalah bersama Pengetua dan felo2 kolej kediaman.. Sebelum slot itu berakhir, para penghuni diberi peluang untuk mengajukan soalan kepada pihak pentadbiran kolej.. Saya tertarik dengan soalan yang diajukan oleh seorang sahabiah.. soalannya lebih kurang cmnie la, "Bagaimana pandangan pihak pentadbiran kolej tentang budaya couple dan mereka2 yang mengambil kesempatan berdating atas alasan study group".. Agak menarik soalan tu.. Namun jawapan dari pihak pentadbiran kolej agak mengecewakan.. Mereka hnya akan memberi denda dan teguran kepada pasangan yang dilihat berdua-dua.. Ada felo yang memberi nasihat kpd mahasiswa/wi agar menjauhi budaya couple.. ADAKAH IA CUKUP UNTUK MEMBANTERAS BUDAYA COUPLE?? Bagi saya, kesedaran dalam diri sebenarnya yang paling penting.. Kenapa semasa minggu 3M sedang berlangsung, x ada program motivasi mengenai couple ini?? x salah klau tunjukkan video2 mengenai implikasi daripada budaya couple ni..

Saya selalu bertanya pada diri, couple tu blh ke tak dlm Islam?.. blh ke tak ni?.. suatu hari, seorng sahabat saya membaca satu artikel dari IKIM ttg couple dlm Islam.. it answers my question clearly.. apa kata Islam ttg couple?. sebesar2 tajuk yg ditaip dlm article "percintaan : HARAM !!!!" dlm Islam tiada istilah bercouple.. kalau benar2 seorang lelaki itu mencintai seseorg wanita seikhlas hatinya, dia x blh bercouple.. bercouple dtg dari nafsu syaitan.. buat apa menuruti nafsu?.. Islam x prnh menafikan fitrah menusia.. Boleh ke x nk bercinta ni?.. Boleh, tetapi ada cara2nya,.. bila seorg lelaki itu suka kat seorg wanita tak kira lah member ke, tak pernah kenal ke,.. dia kena solat istikharah dahulu sblm memulakan langkah.. minta petunjuk Allah, benarkah si dia itu jodoh yg telah Allah tetapkan.. kemudian, andai dah dpt petunjuk benar si dia jodoh yg Allah tetapkan, kena approach parents dia.. bkn nyer approach perempuan tu.. lelaki ni kenalah minta izin kat parents nak kawan ngan perempuan ni dan niat dia berkawan kenalah nak memperisterikan perempuan ni, bukan sekadar main2 ek.. pastu, kalau perempuan tu kena buat solat istikharah minta petunjuk dari Allah betul tak lelaki ni jodoh dia.. kalau dah dpt petunjuk dari Allah dan parents kata ok, tak bermakna blh dating, keluar bersama2 dan sbgnya.. step seterusnya kena cpat2 tetapkan tarikh kahwin.. pastu kahwin la, and happy ever after.. Insya Allah.. so,.. sedar tak yg sebenarnya step2 di atas adlh step utk meminang ?.. Proses mengenal pasangan tersebut.. Islam x menghalang kita berkahwin dengan orang yg kita kenal.. kesimpulannya, dlm Islam tak der istilah couple.. kpd sahabat2 yang saya sayangi dan kasihi, marilah kita sama membanteras gejala2 bercouple ni sbb bermula dari couple, mcm2 blh terjadi.. Mula2 tegur jew.. Lepas tu ambik no fon.. kemudian mesej, bergayut berjam2.. bila yang merajuk, yg nie kne pujuk.. lps tu mula berani kluar2 makan.. lps boring kluar makan, prgi la bersiar2 kejap.. boleh membonceng motosikal si dia.. lps tu da mula berani kluar malam.. kemudian.. kemudian.. kemudian..? lu fikir la sndiri, sama ada pengakhirannya gembira atau tragis... Da ramai bayi2 x berdosa di buang macam sampah.. Insaf lah wahai pemuda pemudi islam sekalian...
Wallahualam Bissawab...

ISABELLA:Perdebatan Antara Kristian Dan Islam-Part 2 (Pertemuan Pertama)




             Pada pagi berikutnya, iaitu pagi Ahad, berita tentang pertemuan itu tersebar luas. Orang-orang Kristian dengan penuh hati-hati membuat persiapan teliti di dalam menghadapi orang ramai yang ingin ikut mendengar perbincangan tersebut. Hanya beberapa orang Islam sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam gereja. Ketika Umar Lahmi, Maaz dan beberapa orang cendekiawan Islam memasuki dewan gereja itu, kelihatan oleh mereka hampir kesemua paderi yang terkemuka di Cordova ada di dalamnya dan sedang sibuk mengerjakan sembahyang. Tidak lama kemudian, upacara sembahyang itu pun selesai. Para paderi itu lalu mengambil tempat duduk di suatu meja panjang yang sudah disediakan, berhadapan dengan Umar Lahmi, Maaz dan kawan-kawannya.
            Sesudah mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana telah manyahut pelawaan mereka, Micheal, guru Isabella membuka pertemuan. Dia dengan lebih dahulu memperkenalkan tiap-tiap orang paderi yang ada di meja persidangan itu. Salah seorang daripadanya bernama Paderi Peter yang terkenal sebagai seorang ahli pengkajian Arab dan kitab-kitab Islam. “Kami diberitahu, bahawa tuan-tuan mempunyai sedikit keraguan tentang agama Kristian dan juga telah berjanji, kalau penjelasan yang kami berikan boleh menyakinkan, maka tua-tuan akan meninggalkan Islam memeluk Kristian”. Kata Micheal.” Kami cukup yakin yang kepercayaan dan ajaran-ajaran itu tidak beralasan. Dalam pada itu, jika tuan dapat memuaskan hati kami dengan penjelasan-penjelasan tentang agama tuan, kami bersedia masuk agama Kristian”. Mendengar kata-kata Umar Lahmi itu, Micheal lalu berpaling kepada Peter, yang dianggap oleh para paderi di situ sebagai orang paling berkebolehan untuk bedebat dengan orang Islam. Peter, dengan nada suara orang yang menguasai keadaan, berkata: ” Saya diberitahu bahawa bantahan tuan-tuan yang terutama sekali ialah tentang mengapa Saint Paul telah mengatakan hukum-hukum agama itu satu kutukan”. “Baiklah”, ujar Peter, “sebutlah soalan-soalan tuan dengan jelas bersama-sama dengan pendirian tuan mengenainya”. “Mula-mula…” Umar Lahmi memulakan bicara, ” cuba beritahu saya apakah ”jangan mencuri, jangan membunuh, jangan menimbulkan kesukaran kepada tetangga dan lain-lainnya itu merupakan firman-firman Tuhan dan apakah ada kaitannya pula dengan hukum-hukum agama?” “Sudah tentu. Semuanya itu ada kaitannya dengan undang-undang agama.” Jawab Peter dengan cepat. “Apakah pula dikri Saint Paul tentang hukum-hukum agama?” tanya Umar Lahmi lagi. “Dikri bagaimana? Saya tidak faham,” jawab Peter. Mengangkat mukanya memandang Umar seperti kehairanan. “Tuan faham benar-benar perkara itu” kata Umar Lahmi dengan suara agak keras sedikit. “Cuma tuan mahu mengelak daripada menjawabnya. Katakan saja bahawa Saint Paul telah mengangap hukum-hukum agama itu sebagai satu kutukan”. “Saint Paul mengangap hukum-hukum agama itu sebagai kutukan, dari sudut bahawa inti hukum agama itu adalah bahagian daripada Jesus Kristus dan betapa bodohnya apabila intinya ditinggalkan sedangkan kulitnya dikelar-kelar”. “Begitulah pula yang saya maksudkan,” kata Umar. “Saint Paul yang mengangap Jesus sebagai jiwa dan hukum-hukum agama itu sebagai tubuh, telah mengatakan hukum-hukum agama itu sebagai satu kutukan dan apabila tuan juga berkata Firman Perjanjian Lama ada kaitannya dengan hukum-hukum agama, maka TIDAKKAH MENAHAN DIRI dari melakukan pembunuhan dan penzinaan juga adalah satu KUTUKAN.”
Mendengar hujah Umar Lahmi itu, Peter si paderi tua kelihatan agak resah sedikit, tetapi dia menjawab dengan satu dalihan, “Perkara ini sebenarnya merupakan satu perkara yang GHAIB, dan tuan tidak akan dapat memahaminya tanpa bantuan dari ”;Roh Kudus” dan tidak semestinya pula sesuatu masalah yang tidak dapat difahami itu merupakan perkara yang salah. Saint Paul telah memgangap hukum-hukum agama secara lahiriahnya satu kutukan dan tidak pula tertuju kepada semua bentuk hukum agama.” Memang betul Saint Paul mengatakan hukum-hukum agama pada lahiriahnya satu kutukan. Sekarang cuba terangkan kepada saya, jikalau TIDAK mencuri, TIDAK berzina, TIDAK menganggu keluarga dan lain-lain lagi itu adakah hukum-hukum agama yang lahiriah atau dalaman, rohaniah dan moral?” tanya Umar Lahmi. “Tuan hanya menumpukan soalan kepada topik yang sama,” kata Peter membantah. “cuba dengar, Apa yang dikatakan oleh Jesus Kristus adalah lebih baik daripada yang dikatakan oleh Saint Paul. Tuhan kami menyuruh kami mengikut Firman-firman Perjanjian Lama”. “Iaitu untuk memperoleh keselamatan maka perlu mengikut Perjanjian Lama * juga,” (*NOTA: lihat Injil, Matius Bab5:19 sampai Bab 10:25). Kata Umar Lahmi. “Kalau sudah begitu, megapa timbul atau mengapa perlunya perkara penebusan dosa dengan menyalibkan ”Putera Tuhan”? Iaitu, mengapa harus ada Penebusan Dosa ini apabila Perjanjina Lama perlu diikuti? Apakah perlu mengikuti Firman-firman Perjanjian Lama malah sesudah Kristus menebus dosa?” “Kami tidak tahu apa-apa,” jawab Peter denan suara perlahan. “Kecuali Tuhan kami telah mengarahkan kami mengikuti Perjanjian Lama. Tetapi keselamatan tidak dapat diperoleh hanya semata-mata mengikuti Perjanjina Lama tanpa ada penebusan dosa.” “Jadi , Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Yusof, Nabi Noh dan lain-lain nabi itu kehilanganlah keselamatan mereka, kerana jalan keselamatan mereka satu-satunya hanyalah dengan mengikuti hukum-hukum agama?” tanya Umar Lahmi, kemudian disambungnya, “Begitu juga dengan para pengikutnya, keselamatan mereka dicabut.” “Sebelum kedatangan Kristus, jalan keselamatan satu-satunya dengan mengikuti hukum-hukum agama, tetapi penebusan dosa oleh Jesus Kristus telah mengubahnya dan sekarang jalan yang ada hanyalah penebusan dosa,” Jawab Peter.
Umar Lahmi tersenyum mendengar jawapan Peter yang berbelit-belit itu. Dia memandang muka Isabella yang sedang tenggelam dalam satu fikiran yang membingungkan. Umar memandang kepada muka Peter, ditenung matanya. “mula-mula tuan menolak apa yang sudah dikatakan oleh Saint Paul iaitu hukum-hukum agama bukan satu kutukan, kemudian tuan menolak hukum-hukum agama sebagai dasar keselamatan. Dapatkah tuan mengemukakan kata-kata ”WALI” yang lain untuk membuktikan bahawa ucapan Saint Paul ”hukum-hukum agama itu satu kutukan” adalah tidak benar?” Tiba-tiba seorang paderi kurus yang bermuka cengkung dari sebelah kiri menyampuk dengan suara yang lantang. “Tuan-tuan! Percakapan tentang hal ini adalah perbuatan murtad dan kufur. Semua yang dibincangkan adalah berkaitan dengan perkara-perkara ghaib”. ” Jangan ikut rasa hati dalam perselisihan pendapat ini,” ujar paderi yang bertubuh gemuk dan berkepala bulat licin. Dia duduk di sebelah kanan Peter. Melihat keadaan mulai kacau itu, Micheal bangun dan berkata: “Saudara-saudara, kita berhimpun di sini untuk mencari kebenaran ………” Isabella yang duduk bersama-sama rakannya berbisik ” Cuba kalian lihat, di belakang orang-orang Islam mereka bercakap besar bahawa orang-orang Islam ini tidak akan dapat berhadapan dengan mereka. Tapi bila duduk berhadapan dengan mereka, tembelang mereka terdedah semuanya. Aku sangat menyesal bapaku tiada disini hari ini, kalau tidak dia tentu boleh tutup mulut orang-orang Islam itu…” Bersambung...

Related Posts with Thumbnails