Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Persoalan Kalimah ALLAH




Keputusan yang diputuskan oleh mahkamah tinggi baru - baru ini yang membenarkan sebuah akhbar mingguan Kristian [ Herald ] menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka telah menimbulkan pelbagai reaksi positif dan negatif. Hari ini telah berlaku sedikit ketengangan dimana tiga gereja telah dilempar molotov cocktail oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk mencetuskan pergeseran antara agama Islam dan Kristian.
          Kelmarin(08.01.10), saya sempat mengikuti satu wacana kontemporari “Persoalan Kalimah Allah” yang membariskan Datuk Haji Nakhaie(mantan Yang Dipertua YADIM), Dr.Ibrahim Hashim(Dekan FSSK) dan En.Nizamuddin Alias(Pensyarah FSSK) sebagai ahli panel dan dipengerusikan oleh Prof. Datuk Dr.Zainal Kling.
          Dari sudut pandangan saya, hampir kesemua hujah yang dilontarkan oleh ahli panel menentang hal penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam. Menurut Datuk Nakhaie, adakah agama Kristian sudah terdesak untuk menggunakan kalimah Allah sedangkan meraka tidak pernah mengakui Allah itu ‘Lord’ dan ‘God’. Tambahan beliau lagi, mengapa orang Kristian mahu membangkitkan hal ini di Negara-negara Islam. Kenapa Ketua Paderi di Vatican City tidak mencetuskan hal ini?. Kesimpulan yang dibuat beliau, penggunaan Kalimah Allah oleh agama Kristian ada helah dan mempunyai kepentingan untuk agama itu.
          Menurut Dr Ibrahim Hashim pula, Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa manakala lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘konsep Trinity’ iaitu ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverend Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah. Konsep ketuhanan yang sedemikian adalah sangat bercanggah dengan Islam. Justeru Allah swt adalah Tuhan yang Esa . Tuhan yang Satu dan tiada Tuhan yang lain selain Allah yang layak disembah .
          Menggunakan kalimah Allah swt secara benar dan betul adalah tidak mengapa . Sebagaimana yang disebut di dalam al Quran, bagaimana golongan musyrikin apabila ditanya: “siapakah yang menjadikan langit dan bumi serta menundukkan matahari dan bulan nescaya mereka menjawab Allah, maka mengapa mereka masih boleh dipalingkan daripada kebenaran”. Dalil ini bagi menegaskan tidak mengapa penggunaan kalimah Allah swt dengan maksud yang benar dan bertepatan dengan konsep ketuhanan Allah swt. tanpa mereka berpaling dari kebenaran itu.
Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Wallahualam…

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails