Ada di kalangan umat Islam yang mengatakan bahawa menyambut atau meraikan apa-apa hari kebesaran Islam, sambut Maal Hijrah, Maulid Nabi s.a.w, Israk Wal Mikraj atau apa-apa yang berkaitan adalah Bid’ah, setiap Bid’ah adalah sesat dan setiap yang sesat tempatnya adalah Neraka. Ini adalah tidak benar secara mutlak(Khilaf Ulama'). Apa yang diharamkan ialah sambutan yang disertai dan bercampur dengan maksiat dan mungkar seperti yang dianjurkan oleh beberapa buah negara, tetapi jika peluang ini kita jadikan sebagai untuk mempertingkatkan lagi ingatan kepada nabi s.a.w, menjejaki peribadi nabi s.a.w yang agung dan risalah kenabian yang kekal yang menjadi rahmat ke seluruh alam, maka di manakah Bid’ah dan sesatnya?
Sesungguhnya apabila kita mengingati perkara seperti ini, kita sebenarnya mengingati nikmat yang besar, mengingati nikmat adalah disyariatkan, dipuji dan dituntut. Allah s.w.t menggalakkan kita mengingati nikmatnya. Hendaklah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendalami ilmu pengetahuan terhadap Sunnah-sunnah beliau dan agama yang telah sempurna ini. Dengan ilmu tersebut, insyaAllah akan menjadi bekalan di dalam menegakkan syiar agama Islam yang sebenar sebagaimana yang diwariskan oleh Rasulullah SAW kepada kita. Dengan ilmu itu juga akan mengangkat darjat kita membezakan dengan kaum yang beragama tanpa ilmu. Sekaligus mampu membimbing kita sentiasa di atas jalan yang haq, mencintai Nabi sebagaimana yang selayaknya dan meninggalkan perbuatan mencintai Nabi dengan cara yang tidak selayaknya.
Hanya dengan
agama yang didirikan/ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang betul,
maka ia akan diberikan kejayaan dengan mendapat pertolongan Allah. Maka,
hendaklah kita menegakkan agama Allah ini dengan kebenaran dan tidak
menegakkannya dengan kepalsuan (bid'ah).
Wahai orang-orang
yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan
menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. Dan orang-orang yang kafir, maka
kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menyesatkan amal-amal mereka. Yang
demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada apa yang
diturunkan Allah (al-Quran) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala)
amal-amal mereka. (Surah Muhammad, 47: 7)
Wallahu'alam...

No comments:
Post a Comment