Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Jangan pandang rendah kepada seorang wanita



"Pergilah kamu menenun kain. Berikan pedangmu kepadaku"
Ummu Aiman R.'Anha 

Ketika perang Uhud sedang mengila, beberapa tentera Islam melarikan diri ke belakang. Suasana dalam medan perang ketika itu tidak terkawal, ditambah lagi dengan khabar angin Rasulullah s.a.w sudah syahid.

Melihat keadaan itu, Ummu Aiman R.'Anha terus melaungkan kata-kata tersebut. Berbekalkan keberanian yang luar biasa, beliau terus meluru ke medan tempur dan membantu tentera Islam yang tercedera dan memberikan mereka minum air.

Namun, Allah telah takdirkan Ummun Aiman untuk menjadi Bidadari Syurga apabila panah Hibban bin al-'Ariqah terus merenggut nyawanya. Kesyahidan pengasuh Nabi SAW itu adalah dihadapan baginda SAW sendiri. Ini membuatkan baginda amat bersedih. Lantas baginda SAW meminta Sa'ad bin Abi Waqas r.a untuk memanah musuh Allah itu. Saad Bin Abi Waqas berjaya membunuh Hibban dengan panahannya. Rasulullah SAW ketawa sehingga menampakkan gigi geraham kerana kematian Ummu Aiman rha akhirnya terbalas.

Wanita ialah seorang insan yang sangat hebat. Sumbangan wanita dalam Islam amat besar dan tiada nilai bandingannya. Ramai wanita di dunia yang telah dilahirkan sebagai pemimpin. Khawlah al Azwar rh. pernah mengejutkan Khalid al Walid dengan semangat keperwiraannya. Zinnirah rha sebagai contoh wanita yang tahan dengan penyiksaan sehingga buta mata beliau. Aisyah rha merupakan contoh wanita ilmuan yang menjadi ensiklopedia ummah ketika itu, Ummu Salamah rha berjaya menyelesaikan masalah politik Nabi SAW selepas perjanjian Hudaibiah dan ramai lagi.

Ini menunjukkan peranan wanita dalam kerja kerja Islam tidak boleh dipandang rendah. Mereka turut mempunyai kekuatan yang mana, kekuatan yang mereka miliki adalah tidak sama bentuknya dengan kekuatan kaum Adam. Pemimpin wanita yang cemerlang tidak kira dimana peringkat sekalipun, mesti mempunyai semangat untuk tinggi untuk membantu gerakan dakwah disemua peringkat. Ramai yang mengatakan, "tangan kanan menghayun buaian, tangan kiri mengoncangkan dunia". Islam menantikan kemunculan jelmaan serikandi-serikandi yang hebat seperti mereka yang diatas


Pemimpin yang memimpin



"Lakukan sekehendak hati kamu semua. Aku bersumpah, kalaulah kami (org2 Islam) sudah mencapai 300 org, kami akan tinggalkan semua  ini untuk kamu, atau kamu tinggalkan kepada kami"

Inilah kata2 Umar Al Khattab ra setelah beliau mengistiharkan memeluk Islam secara terbuka. Seorang pemimpin yang berwibawa harus menunjukkan kekuatan dihadapan pihak lawan (perang saraf). Pemimpin tidak boleh menunjukkan mereka lemah meskipun mereka sudah tidak berdaya. Ketika semua yang lain lemah, seorang pemimpin mesti bangkitkan semula semangat seraya memacu semula semangat juang umat Islam.

Contoh Sirah sahabat banyak mengajar kita mengenai kepimpinan yang berani. Antaranya, kisah Abu Bakar ra yang mengerakkan 11 pasukan tentera berlainan untuk bergerak ke 11 tempat berbeza dalam satu masa yang sama, tanpa rasa gentar dengan keselamatan kota Madina ketika itu. Amru Ibnul Jamuh ra meskipun tempang, namun semangatnya untuk meraih syahid mengalahkan orang yang sempurna anggota badan. Dakwah Rasulullah di Thoif hanya bersendirian. Begitu juga ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah. Hanya seorang yang ditugaskan merisik kekuatan tentera Ahzab. Banyak lagi sirah sahabat yang menunjukkan Islam perlukan pemimpin yang gagah berani untuk memimpin umat. Laungan cabaran dan ugutan hanya bertujuan untuk menakut nakutkan pemimpin yang betul berdiri dihadapan untuk memimpin.

Kami Meneruskan Perjuangan


          Penubuhan Hamas, akronim bagi 'Harakatul Muqawamatul Islamiyyah' sebagai sayap kanan Ikhwanul Muslimin di Palestin, Ulama' terkenal, As Syahid Sheikh Ahmad Yasin dianggap sebagai pengasas gerakan Islami ini. Hamas meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan dan menoloak perjuangan kebangsaan sempit yang dilaungkan oleh pemimpin pemimpin Arab

Hamas menyambut ulang tahun ke 23 penubuhan. Ia didahului oleh perjuangan pengasasnya as Syahid Sheikh Ahmad Yasin, Dr Abdul Aziz ar Ranteesi dan mereka yang telah syahid seperti Dr. Nizar Rayyan, Dr Ibrahim al Muqadamah, Sheikh Solah Syahadah, Jamal Mansur, Jamal Salim, Yahya Ayyasy dan lain lain


Pemimpin Utama Hamas, Ismail Haniyya mengegerkan pentas dengan ucapannya yang penuh bersemangat sempena sambutan ulangtahun ini. Antaranya: 

1. Penentangan terhadap Zionis adalah berterusan bagi membebaskan bumi Palestin.
 
2. Hak kembali ke Palestin dan membebaskan seluruh bumi Palestin, memerdekakan Palestin dari Zionis, ibunegaranya al-Quds.

3. Pembebasan al-Quds tetap diperjuangkan tanpa tawar-menawar.

4. Kesatuan bangsa Arab, elak perpecahan, menyeru gerakan Fatah mendahulukan kepentingan nasional dari kepentingan parti, elak campurtangan luar memecahkan kesatuan.

5. Perunding Oslo digesa menghentikan rundingan yang merugikan. Tiada jalan melainkan penentangan dan perjuangan jihad.

6. Penyelarasan aspek keselamatan di antara pihak keselamatan Palestin dan Israel adalah senjata beracun membahayakan keselamatan Palestin. HAMAS menyeru Mahmoud Abbas menghentikan penyelarasan keselamatan yang menguntungkan musuh.

7. Menyeru Liga Arab menghentikan segala bentuk kepentingan politik di bawah rundingan bersama Zionis, bantuan Amerika kepada Zionis dalam isu pendudukan haram di bumi Palestin yang berterusan.

8. Menyeru negara arab bergerak segera mengangkat sekatan dari penduduk Gaza berdasarkan ketetapan Liga Arab dan menjalankan tugas agama dan bangsa. HAMAS puji misi damai menghantar bantuan dari laut dan darat.

9. Isu tahanan Palestin adalah isu penting. Tahanan Israel Jilad Shalit tidak akan temui jalan melainkan tukaran besar dengan tahanan Palestin. Netanyahu bertanggungjawab dengan kebuntuan apa yg berlaku.

10. HAMAS bersama perjuangan rakyat 1948 yang sedang menerima tekanan dan penindasan, pembersihan etnik , diskriminasi ras yang dinafikan hak di Tebing Barat.

Gaza Menangis dan Terus Menangis!

Nama semenanjung Gaza atau Ghazzah diambil sempena bandar Gaza yang terletak hampir ke utara wilayah itu. Gaza merupakan bandar kedua terbesar di Palestin selepas Baitul Maqdis(Tebing Barat). Keluasan hanya 360km persegi dengan panjangnya 41km dan lebar antara 6-12km. Namun, ia menampung seramai 1.5 juta orang penduduk. 400 000 daripada mereka tinggal di Bandar Gaza.

Bayangkan, kepadatan penduduk Gaza ialah 25 ribu orang bagi setiap kilometer. Kepadatan ini adalah lebih tinggi (55 ribu) bagi kawasan kem pelarian. Maka tidak hairanlah kem pelarian selalu menjadi sasaran tentera Zionis laknatullah. Dalam kelompok masyarakat inilah lahirnya pemimpin umat Islam yang hebat antaranya Assyahid Sheikh Ahmad Yasin, Assyahid Dr. Abdul Aziz ar Ranteesi, Assyahid Dr. Nizar Rayyan dan ramai lagi. Kesemuanya menemui kesyahidan menerusi peluru Zionis. Walaubagaimanapun, Palestin tidak pernah ketandusan pemimpin yang hebat. Kematian tokoh2 mereka lebih membakar semangat mereka untuk melawan Zionis.

Semenanjung Gaza mempunyai 7 jalan keluar ke wilayah lain. Kesemuanya dikawal oleh tentera Zionis kecuali satu iaitu Rafah yang dikawal oleh Mesir. Walaupun pintu ini dikawal oleh Mesir yang sebangsa, seaqidah dan sama bahasa pertuturan dengan penduduk Gaza, mereka bersikap hampir sama dengan Israel. Mesir tidak benarkan penduduk gaza bergerak bebas keluar dan masuk ke Mesir untuk mendapatkan keperluan harian. Mesir memberi alasan bahawa pintu sempadan itu dijadikan laluan oleh pejuang Islam mendapatkan bekalan senjata dari luar.

Keadaan penduduk Gaza semakin tertekan selepas Israel mengadakan satu operasi ketenteraan yang paling kejam pada abad ini yang dinamakan 'operasi cast lead.' Segala kelengkapan canggih buatan Amerika seperti Jet Pejuang F-16, Helikopter Apache dan lain lain dipertontonkan oleh Israel. Rundingan damai terus dicanang oleh pelbagai negara, namun ia hanyalah kertas putih yang tidak mampu menghalang apa apa.

" Bukan roket yang sia-sia. Bukan amaliyya istisyhadiyyah yang sia-sia. Perkara sia-sia yang sebenarnya ialah 'rundingan damai'. Rundingan inilah yang menjadi punca melambatkan kemenangan dan pihak musuh berjaya mempergunakan rundingan damai ini untuk menunjukkan kepada dunia kononnya mereka golongan baik(Yahudi)" 
Khalid Masy'al - Ketua Biro Politik dan Jurucakap Hamas

Cuti Di UPSI

Bismillahirrahmannirrahim

Pertama dan selamanya, seinfiniti kesyukuran kepada Allah yang maha pemurah dan maha penyayang. Alhamdulillah, masih lagi di beri peluang dan ruang untuk menghirup oksigen serta berjalan diatas bumi ciptaan Allah swt. Disaat sahabat-sahabat seronok berada di kampung sempena cuti akhir semester, Allah telah memilih diri yang dhaif ini untuk turut serta mengutip butiran mutiara ilmu sempena Forum Maal Hijrah yang  berkisarkan Hijrah yang dipengerusikan oleh Ust Hasbi bersama Ahli panel Al Fadhil Ust Pahrol Muhammad Juoi dan Al Fadhil Ust Zahazan Bin Mohamed bertempat Auditorium UPSI.

           Hijrah atau bahasa modennya iaitu transformasi , transit dan sebagainya memberi erti yang banyak. Hijrah bukan sahaja merujuk kepada berpindah ke suatu tempat lain. Kedua dua ahli panel banyak mengupaskan Hijrah berdasarkan sirah Rasulullah s.a.w. Rasulullah adalah insan yang tiada tolok bandingnya. 3 tahun era Makkiyah dan 10 Tahun era Madaniyyah telah membawa kepada tertubuhnya sebuah Daulah Islamiyyah yang sangat hebat. Madinah tidak akan wujud jika tiada Hijrah yang berlaku dalam diri Rasulullah dan para Sahabat. Semasa Hijrah, Rasulullah merencana satu strategi yang sangat cantik untuk sampai ke Madinah. Begitu juga sahabat, Shuhaib ar Rumi meninggalkan hartanya yang banyak, Abdul Rahman Bin Auf meninggalkan segala empayar business di Makkah,Musaib Bin Umair seorang bangsawan di Mekah tetapi orang biasa di Madinah dan ramai lagi. Inilah Tarbiah yang Rasulullah tanam 3 tahun di Makkah. Mereka sanggup berhijrah walaupun tiada jaminan kesenangan dan kekayaan menunggu di Madinah. 

      Hijrah yang paling penting adalah Hijrah aqidah. Sahabat dahulu hebat kerana aqidah yang disemai oleh Rasulullah menjalar ke segenap urat. Ust Zahazan menceritakan kisah ketika Rasulullah dan Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur yang mana Orang Kafir sudah sampai ke pintu gua. Saidina Abu Bakar berasa sangat khuatir dan genting, tetapi Rasulullah menbacakan ayat quran "Jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita". Selepas mendengar ayat quran tersebut, hati Abu bakar serta mati menjadi tenang. Sebegitu hebat asuhan yang diberikan oleh Rasulullah. 13 tahun adalah tempoh yang sangat singkat, tetapi Tarbiah yang diterima oleh para sahabat bukan sahaja menjadikan pemimpin orang Arab, malah mereka bersedia untuk memimpin empayar.

          Hijrah perlulah berubah bermula dgn diri sendiri. Terdapat 3 langkah yg telah digariskan oleh ustaz Pahrol:
1) hijrah minda- dr jahil kpd y berilmu
minda ibarat bendahara dalam diri...

2) hijrah hati - andai baik hati baiklah seluruh anggota..
hati ibarat raja dalam diri.. kawallah hati..

3) hijrah nafsu- bukan utk dihapus tp utk di uruskan...
Wallahu'alam

Related Posts with Thumbnails