Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Halawatul Ukhwah


"Nikmat paling manis adalah apabila ALLAH TAALA mentarbiah kita dengan pelbagai ujian.. Namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan yang memberikan suntikan semangat perjuangan. Alirkan Halawatul Ukhuwah kesungguhan dalam perjuangan melalui RABITAH HATI.."

UKHUWAH........ Terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis pabila dihiasi dengan kasih sayang kejujuran dan keikhlasan... Ukhuwah... Tidak semua manusia menghargai sebuah ukhuwah tersebut... kekadang..kerana sebuah ukhuwah,air mata sering menitis kerananya.. Ukhuwah... ukhuwah itu terlalu bererti buatku YA ALLAH...... Rahmatilah dan redhailah ukhuwah kami...

Coretan ini kutujukan khas buat insan yang bergelar sahabat/biah.. coretan ini dari hati yang ingin mengerti..untuk harga sebuah ukhuwah yang sering tidak diambil peduli.. sahabat... ukhuwah persis untaian tasbih..ada awal dan akhirnya..dicantum kerana-NYA..diratib juga kerana-NYA.

Ukhuwah itu terlalu indahkah?? Titik pertemuan ukhuwah yang sebenarnya adalah semuanya kerana RABBUL IZZATI.. sahabat.. Demi ALLAH,saya menyayangi kamu semua.. bukankah mengasihi temannya lebih dari diri sendiri dan hanya kerana ILAHI INSYAALLAH akan beroleh halawatul iman juga... sahabat....

sabda Rasullulah S.A.w..
"umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim.."

Tidak rugikan andai kita bersahabat ukhuwah fillah kerana ALLAH.. Mengertikah kamu tentang erti menyayangi?? Erti menyayangi diri itu menyayanginya dari seksa ALLAH dengan meninggalkan maksiat serta bertaubat disamping taat dan ikhlas,manakala erti menyayangi orang lain pula adalah tidak menyakiti seorang muslim..

Ukhuwah merupakan kekuatan iman. Tiada ukhuwah tanpa iman dan tidak sempurna iman seseorang tanpa ukhuwah islamiyah sepertimana firman ALLAH S.W.T yang bermaksud.. "sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.."(AL-HUJARAT:10)

sahabat... Nilaian ukhuwah sangat tinggi menyebabkan ianya tidak dapat dibeli dengan harta ataupun diwarisi. Ianya merupakan roh yang ALLAH hidupkan ke dalam hati orang-orang yang dikehendaki-NYA supaya mereka bersatu..

sahabat, ukhuwah didirikan atas dasar nasihat menasihati kerana ALLAH DAN tidak lupa juga ukhuwah dalam keadaan susah dan senang........ Sahabat... ukhuwah merupakan pemberian RABBANI yang dianugerahkan ALLAH ke dalam hati hamba-hambaNYA yang ikhlas menerima dan beriman.

ukhuwah dapat diselami apabila kita:
"sekiranya berpisah,maka mintalah saudaranya untuk mendoakan dirinya semasa ghaib." (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)

"hendaklah memaniskan muka dan bersalaman setiap kali bertemu."

"memperbanyakkan ziarah saudaranya dari semasa ke semasa" "hendaklah ucapkan tahniah tatkala berjaya dalam apa jua keadaan"

"hendaklah memberi hadiah pada waktu-waktu tertentu"

"hendaklah prihatin keadaan saudaranya dan sentiasa menghulurkan bantuan apabila diperlukan" "memenuhi hak ukhuwah secara sempurna'


sahabat.... aku mengasihimu kerana ALLAH dan ku pinta kasihiku kerana ALLAH juga. ku garapkan coretan ini khas buat yang bergelar sahabat.. yang mengenaliku sebagai sahabat teman kawan dan rakan...... Moga indah ukhuwah kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH TAALA RABBUL IZZATI YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG…..

Ma'a taufiq wannajah fil imtihan

Salam Final Exam diucapkan kepada seluruh mahasiswa/i UPSI dan semua kenalan yang sedang berada dalam zon 'peperangan' pada disaat ini. Diucapkan semoga kalian semua berjaya dan dipermudahkan segala urusan dalam menjawab peperiksaan. Semoga kejayaan milik kita bersama. Insya Allah

Sekadar perkongsian. Diharap lirik lagu ini dapat memberi kita semangat dan inspirasi untuk terus berjaya.;)

Pahit getir hidup di bumi Allah
Terpaksa dihadapi demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Kejayaan takkan tiba dengan mudah

Kini kami, berusaha bersama dalam mengejar satu impian
Keazaman membara dijiwa, menanti saat tiba ujian
Tiba masa kita melangkah yakin
Bersemangat kearah matlamat sebenar yang nyata
Sedaya upaya
kamilah bakal pemimpin negara

Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

Prayer hard, Study smart and All The Best

Ikhlas dari
Ahmad Tarmimi Bin Ismail
Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah PMS 2009
Fakulti Sains & Teknologi
Pendidikan Fizik (AT12)
Semester 1

Tinta Blogger

Assalamualaikum WBT & Salam Perjuangan...

Sebaik-baik pekerjaan adalah kitabullah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad SAW, seburuk-buruk pekerjaan adalah sengaja meninggalkan perintah Allah, meninggalkan perintah Allah itu derhaka dan derhaka itu nerakalah tempatnya... Nau'zubillah min zalik.

Alhamdulillah, pertama sekali, seinfiniti kesyukuran dipanjatkan ke-hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia dan mardhotillah-Nya yang terus menerus dinikmati oleh seluruh benda yang bernyawa. Tidak cukup dengan itu, Allah tambahkan lagi dengan nikmat islam, iman, kehidupan, kesenangan, kegembiraan dan lain-lain kepada manusia. Allah sangat sayangkan umat akhir zaman dengan mengurniakan berbagai nikmat dan kesenangan. Jika diambil 7 lautan untuk dijadikan sebagai dakwat untuk menulis nikmat2 Allah, nescaya dakwat itu akan kering sebelum habis menulis nikmat Allah kurniakan kepada kita. Dan diambil 7 lautan lagi setara dengan yang pertama tadi, nescaya dakwat itu tidak cukup untuk menulis semua nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sejak keluar dari rahim ibu sehinggalah sekarang. Hari ini, berapa kali kita mengatakan kesyukuran kepada Allah SWT?? musahabahlah diri...

Kehidupan di kampus sememangnya sangat mencabar dan menguji sejauh mana keterikatan kita dengan Khaliq. Diri yang hina ini menyeru sahabat dan sahabiah sekalian agar mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT. Kerja2 kearah kebaikan memang banyak halangan berbanding kerja kearah maksiat
. Mereka membawakan dakwah Islamiyah, yang ingin meletakkan kefahaman yang betul kepada umat dipandang sebagai orang penyibuk bahkan mungkin sekali akan dilabel sebagai ‘terrorist’, pengganas, malah dilabel juga sebagai ‘extremist’. Wujudkah ekstremist dalam beragama? Andai mereka yang mahu menegakkan perintah Allah, mendukung kebenaran serta menjalankan perintah Allah itu digelar ekstrem, bukanlah patut kita gelarkan mereka yang sengaja mahu melanggar perintah Allah juga sebagai ekstremis? ‘Ekstrem’ dalam melakukan kemungkaran. Tidak layakkah begitu? lu fikir la sendiri...

Dalam kesibukan study week, ramai mula bersahabat dengan buku-buku. Sebelum ni, buku yang bersahabat dengan kita. Ana pun buzy study jugak, tapi bila da berjam-jam stdy, kejang jugak otak nie, maklum la da lama x masuk exam. Jadi, ana ambil sedikit masa untuk membina blog ni. Mula-mula ingat nk buat sem depan, tiba-tiba rasa nak buat sem ni pulak. Mungkin ia ilham daripada Allah SWT. Sebenar ana tidak minat sangat menulis, namun ana terpanggil juga untuk menjerumuskan diri dalam arena penulisan dan berkongsi segala ilmu yang tidak seberapa ini. Diharap blog ni dapat menjadi wadah untuk ana menperhebatkan lagi usaha-usaha untuk menyemai fikrah kedalam diri sahabat dan sahabiah sekalian terutamanya yang bakal2 menjadi warga pendidik kelak, moga2 kita dapat membina generasi 'qudwah' yang berpegang teguh pada al-Quran & as-Sunnah. Walaubagimanapun, diri yang dihina amat mengharapkan tunjuk ajar daripada alim dan cerdik pandai agar apa yang ana sampaikan benar dan bermanfaat. Semoga Allah terus berikan kekuatan dan idea2 yang bernas bagi memantapkan blog ini sekaligus ia dapat menambahkan lagi pembendaharan ilmu khususnya ilmu agama kepada kita. Insya Allah...
Barakallahuminkum.....

Related Posts with Thumbnails