

Cuti Di UPSI
Bismillahirrahmannirrahim
Pertama dan selamanya, seinfiniti kesyukuran kepada Allah yang maha pemurah dan maha penyayang. Alhamdulillah, masih lagi di beri peluang dan ruang untuk menghirup oksigen serta berjalan diatas bumi ciptaan Allah swt. Disaat sahabat-sahabat seronok berada di kampung sempena cuti akhir semester, Allah telah memilih diri yang dhaif ini untuk turut serta mengutip butiran mutiara ilmu sempena Forum Maal Hijrah yang berkisarkan Hijrah yang dipengerusikan oleh Ust Hasbi bersama Ahli panel Al Fadhil Ust Pahrol Muhammad Juoi dan Al Fadhil Ust Zahazan Bin Mohamed bertempat Auditorium UPSI.

Hijrah yang paling penting adalah Hijrah aqidah. Sahabat dahulu hebat kerana aqidah yang disemai oleh Rasulullah menjalar ke segenap urat. Ust Zahazan menceritakan kisah ketika Rasulullah dan Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur yang mana Orang Kafir sudah sampai ke pintu gua. Saidina Abu Bakar berasa sangat khuatir dan genting, tetapi Rasulullah menbacakan ayat quran "Jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita". Selepas mendengar ayat quran tersebut, hati Abu bakar serta mati menjadi tenang. Sebegitu hebat asuhan yang diberikan oleh Rasulullah. 13 tahun adalah tempoh yang sangat singkat, tetapi Tarbiah yang diterima oleh para sahabat bukan sahaja menjadikan pemimpin orang Arab, malah mereka bersedia untuk memimpin empayar.
Hijrah perlulah berubah bermula dgn diri sendiri. Terdapat 3 langkah yg telah digariskan oleh ustaz Pahrol:
1) hijrah minda- dr jahil kpd y berilmu
minda ibarat bendahara dalam diri...
2) hijrah hati - andai baik hati baiklah seluruh anggota..
hati ibarat raja dalam diri.. kawallah hati..
3) hijrah nafsu- bukan utk dihapus tp utk di uruskan...
Wallahu'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment