Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Gaza Menangis dan Terus Menangis!

Nama semenanjung Gaza atau Ghazzah diambil sempena bandar Gaza yang terletak hampir ke utara wilayah itu. Gaza merupakan bandar kedua terbesar di Palestin selepas Baitul Maqdis(Tebing Barat). Keluasan hanya 360km persegi dengan panjangnya 41km dan lebar antara 6-12km. Namun, ia menampung seramai 1.5 juta orang penduduk. 400 000 daripada mereka tinggal di Bandar Gaza.

Bayangkan, kepadatan penduduk Gaza ialah 25 ribu orang bagi setiap kilometer. Kepadatan ini adalah lebih tinggi (55 ribu) bagi kawasan kem pelarian. Maka tidak hairanlah kem pelarian selalu menjadi sasaran tentera Zionis laknatullah. Dalam kelompok masyarakat inilah lahirnya pemimpin umat Islam yang hebat antaranya Assyahid Sheikh Ahmad Yasin, Assyahid Dr. Abdul Aziz ar Ranteesi, Assyahid Dr. Nizar Rayyan dan ramai lagi. Kesemuanya menemui kesyahidan menerusi peluru Zionis. Walaubagaimanapun, Palestin tidak pernah ketandusan pemimpin yang hebat. Kematian tokoh2 mereka lebih membakar semangat mereka untuk melawan Zionis.

Semenanjung Gaza mempunyai 7 jalan keluar ke wilayah lain. Kesemuanya dikawal oleh tentera Zionis kecuali satu iaitu Rafah yang dikawal oleh Mesir. Walaupun pintu ini dikawal oleh Mesir yang sebangsa, seaqidah dan sama bahasa pertuturan dengan penduduk Gaza, mereka bersikap hampir sama dengan Israel. Mesir tidak benarkan penduduk gaza bergerak bebas keluar dan masuk ke Mesir untuk mendapatkan keperluan harian. Mesir memberi alasan bahawa pintu sempadan itu dijadikan laluan oleh pejuang Islam mendapatkan bekalan senjata dari luar.

Keadaan penduduk Gaza semakin tertekan selepas Israel mengadakan satu operasi ketenteraan yang paling kejam pada abad ini yang dinamakan 'operasi cast lead.' Segala kelengkapan canggih buatan Amerika seperti Jet Pejuang F-16, Helikopter Apache dan lain lain dipertontonkan oleh Israel. Rundingan damai terus dicanang oleh pelbagai negara, namun ia hanyalah kertas putih yang tidak mampu menghalang apa apa.

" Bukan roket yang sia-sia. Bukan amaliyya istisyhadiyyah yang sia-sia. Perkara sia-sia yang sebenarnya ialah 'rundingan damai'. Rundingan inilah yang menjadi punca melambatkan kemenangan dan pihak musuh berjaya mempergunakan rundingan damai ini untuk menunjukkan kepada dunia kononnya mereka golongan baik(Yahudi)" 
Khalid Masy'al - Ketua Biro Politik dan Jurucakap Hamas

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails