Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Sheikh Yusof Al-Qaradawi Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa

Sempena sambutan Maal Hijrah 1431H, Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah dipilih oleh pihak Kerajaan Malaysia sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa di Pusat Konvesyen Putrajaya. Bersama seorang teman, di hadapan televisyen, kami melihat upacara penganugerahan tersebut, sambil tak putus-putus memuji beliau. Dalam dunia Islam, beliau bukan calang-calang orang dan pandangannya sering mendapat perhatian dunia. Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Pengerusi Persatuan Ulama Sedunia, Prof. Dr Yusuf Al-Qaradawi. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1431 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Jumaat lepas.

Pemilihan Dr Yusuf Al-Qaradawi sememangnya amat bertepatan kerana sumbangan beliau yang begitu besar kepada Islam dan umat Islam sebagai tokoh ulama, pendakwah, pemikir, sarjana dan intelek kontemporari pada abad ini. Al-Qaradawi memainkan peranan penting dalam mengembangkan syiar dan dakwah Islam serta membangkitkan kesedaran ummah.

Selain sumbangan dalam bidang ilmu, Al-Qaradawi juga sering bertindak sebagai jurucakap bagi umat Islam di kala umat ini berdepan dengan cabaran daripada pelbagai penjuru dan terus tercari-cari arah sejak kejatuhan Khilafah pada tahun 1924. Antara seruan-seruan penting beliau ialah supaya umat Islam mengetepikan perbezaan masing-masing demi kesatuan Islam dan komited dalam mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa daripada ancaman penjajah Zionis Israel melalui apa sahaja cara yang termampu.

Al-Qaradawi dilahirkan di Mahallah Al-Kubra, Gharbiah, Mesir pada tahun 1926. Beliau menunjukkan ciri ulama apabila menghafal Al-Quran sejak kecil dan sering dipanggil menjadi imam serta menyampaikan syarahan agama di masjid kampungnya. Al-Qaradawi melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam Fiqh al-Zakat pada 1973.

HARI ASSYURA

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari as Syura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari as Syura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari as Syura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari as Syura. (Sahih Bukhari)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari as Syura (10 Muharram). Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)

Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`As Syura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.

Sejarah 10 Muharram

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh 10 Muharram :

- Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
- Diterima taubat Nabi Adam a.s.
- Dicipta Adam a.s.
- Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
- Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
- Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
- Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
- Selamat Nabi Musa dan pengikutnya.
- Firaun lemas.
- Dilahirkan Nabi Isa a.s.
- Diangkat Nabi Isa ke langit.
- Diangkat Nabi Idris ke langit.
- Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
- Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
- Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
- Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas buta.
- Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
- Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
- Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

ISABELLA: Perdebatan Antara Kristian Dan Islam - Part 1


           Di Bandar Cordova, negeri Sepanyol, terdapat sebuah taman yang amat terkenal kerana keindahan bunga-bungaan dan kesegaran tanam-tanaman di dalamnya. Kelihatan seorang gadis Kristian yang dikenali dalam sejarah sebagai Isabella sedang menikmati keindahan taman itu bersama rakan-rakannya. Dia adalah anak ketua paderi bandar Cordova dan baru berusia 17 tahun. Kecantikan wajahnya dan keanggunan perwatakannya sering digambarkan oleh pemuda-pemuda yang mengenalinya sebagai jelmaan bidadari dari syurga.

           Dalam masa dia bergurau senda dengan kawan-kawannya, terdengar olehnya suara dari sebalik rumpun bunga, orang bercakap tentang agama. Dia tersentak apabila orang di sebalik rumpun itu berkata , “…padahal paderi-paderi Kristian itu…..” Isabella dengan kawan-kawannya lantas dengan berhati-hati memasang telinga.


                  Pada waktu itu, kedua orang pemuda itu kerana terlalu asyik dengan perbincangan mengenai agama Kristian tidak sedar bahawa perbincangan mereka sedang didengar oleh beberapa orang gadis Kristian. Salah seorang pemuda itu berkata, ” Saint Paul telah menulis di dalam salah satu suratnya bahawa hukum-hukum agama adalah satu kutukan dan Jesus Kristus telah datang untuk menyelamatkan kita daripada kutukan tersebut. Apakah makna kata-katanya itu , Maaz sahabatku?” Terdengar ketawa kecil kawannya. ” Umar sahabatku, engkau mahu aku menerangkan kepadamu, padahal paderi-paderi Kristian itu sendiri…” Waktu itulah Isabella mendegar percakapan itu. Salah seorang kawan Isabella menyanpuk dengan nada sinis, ” Sejak orang-orang Islam datang ke mari, agama kita diancam bahaya”. “Diamlah! ” herdik Isabella, “Nanti mereka tahu kita ada di sini”. Sahabat Isabella terdiam sejurus mendengar kata-kata Isabella. Tiba-tiba terlintas idea dalam kepala Isabella, “Bagaimana kalau kita minta pengakuan bertulis daripada pemuda-pemuda Islam ini, bahawa mereka bersedia untuk bersemuka dengan paderi-paderi kita. Dengan surat itu pula, kita boleh mendesak cendekiawan Kristian untuk berhujah dengan orang-orang Islam ini dan memaksa mereka memeluk agama kita.”………….. Surat itu berbunyi : ” Maafkan saya. Saya telah mendengar dengan penuh perhatian perbincangan rahsia tuan-tuan itu dan oleh kerana kami juga berminat dalam masalah-masalah yang berkaitan dengan agama. Saya telah mendengar salah seorang daripada tuan ada mengatakan kepada temannya bahawa jika kami penganut Kristian dapat memberi penjelasan yang memuaskan tentang perhubungan antara hukum-hukum agama dengan kutukan, maka tuan bersedia memeluk agama kami. Tuan juga mahu mencabar kami (orang-orang Kristian) tentang hukum agama dan kutukan. Jadi, sebagai hamba Tuhan Jesus Kristus, kami dengan senang hati menyambut cabaran tuan dengan syarat tuan membuat pengakuan bertulis.” (hamba hina agama Kristian).

               Surat itu telah diserahkan oleh sahabat Isabella kepada Umar Lahmi. Agak terperanjat juga Umar kerana tiba-tiba sahaja anak gadis yang tidak dikenali menyerahkan surat itu. Kemudian surat itu dibalas oleh Umar … ” Kami mengucapkan terima kasih di atas susah payah nona dan kami bersetuju, jikalau sekiranya anggota gereja dapat memberi penjelasan kepada kami tentang dilema hukum-hukum agama dan kutukan dengan penjelasan yang memuaskan, saya dan kawan saya akan memeluk agama Kristian. Sila nyatakan tempat dan tarikh perbahasan …” (Hamba hina agama Islam) (Umar Lahmi) …………. Diringkaskan cerita, cadangan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dan tempat perbahasan telah ditetapkan di Gereja Cordova pada pagi Ahad......                 Bersambung...

Bila Berlaku Armageddon?

Assalamualaikum...

Bilderberg (atas arahan CFR) sudah bermesyuarat di Turki baru-baru ini bagi mengadakan suatu konspirasi rahsia bernama Perang Keatas Iran. Antara yang hadir adalah Henry Kissinger dan Condoleeza Rice. Dalam pertemuan tersebut, telah dibincangkan mengenai taktik False Flag yang perlu diadakan bagi menjayakan peperangan di antara US dengan Iran.

Di dalam perbincangan tersebut maka satu plot assassin bagi mematikan watak Barrack Obama supaya perang ke atas Iran dapat dilancarkan. Konspirasi senjata Iran diseludup kepada Hezbollah mesti dijalankan sebelum plot assasin ini berlaku. Sementara orang yang ditugaskan bagi membunuh Obama adalah seorang kaki mabuk yang mempunyai kes trafik yang banyak.

Group dari Iran yang bertanggungjawab untuk mengaku tentang pembunuhan Obama sudah disediakan.

Namun ini semua perancangan iblis. Namun ALLAH jua adalah Sebaik-Baik Perancang.

Ketika plot ini terjadi, sesuatu yang pelik akan berlaku. Bukan setakat US akan berperang dengan Iran , malah US juga akan berperang dengan Israel. Namun US akan tewas di dalam peperangan awal Armageddon ini. Setelah itu US akan berpasangan dengan Turki dan menewaskan Israel dan Iran. Setelah itu US pula menentang Turki dan menawan banyak negara-negara Islam.

Setelah itu barulah kemuncak Peperangan Armageddon pun bermula yang mana Imam Mahdi akan muncul sebagai penyelamat umat. Sekiranya anda menjumpai bendera-bendera hitam dari timur, maka sila ikut walaupun anda terpaksa merangkak di atas ais. Kerana di situlah terdapat Khalifah ALLAH.
Perjanijian Kem David yang ditandatangani pada tahun 1973. Secara rasminya mengesahkan kewujudan negara Israel oleh Liga Arab. Mengikut kitab lama yahudi, ALLAH hanya membenarkan negara Israel ditubuhkan selama 40 tahun sahaja. Maka 2012 adalah tahun yang ke 40 bagi pengesahan negara Israel oleh Liga Arab.


Jadi disebabkan ketakutan yahudi terhadap tulisan kitab lama mereka , maka mereka menamakan cerita khayalan di atas sebagai , "2012 - We Were Warned" .

Sebenarnya ianya sepatutnya berbunyi , "2012 - Jews Were Warned".

2012 - Jews Were Warned For The Coming Of Imam Mahdi And His Armies.
Since thousands of years Jews have invented calamities and evils in this world. 2012 is Jews turn to receive calamities and wrath from the Al-Mighty ALLAH. You will see the Promise of ALLAH in Jews own books will be fulfilled. Lost Tribe (of Ishaac) from the East will come and slaughter your heads down to earth. This will continue until everyone in this world shall open his mouth and says , "This is the truth of Armageddon. And I shall convert myself towards Islam ".

Selepas itu baru keluar dajjal si mata satu. Dan kemudian Nabi Isa a.s. diturunkan oleh ALLAH pada hari ke 40 munculnya sang dajjal tersebut. Bersedialah kita semua untuk menghadapi sejarah fenomena terbesar dunia. Tidak pernah terjadi dalam sejarah dunia yang sehebat ketika waktu kita ini . Marilah sama-sama kita bersihkan diri dengan luangkan masa dan korbankan sedikit wang Pada Jalan ALLAH. Walaupun anda terpaksa merangkak di atas timbunan sampah-sarap majlis kerajaan tempatan atau anda terpaksa berenang di dalam takungan najis IWK. Marilah keluar ke Jalan ALLAH . Marilah menuju ke bendera-bendera hitam di Ufuk Timur. ALLAH bersama-sama pemegang bendera-bendera hitam dari timur.

Pernahkah anda terfikir bahawa Nabi Muhammad s.a.w. lahir pada 12 Rabiul Awal atau 20 April di tahun Gajah. Jadi ALLAH telah tetapkan angka 20 April dan 12 Rabiul Awal sebagai angka yang memadamkan kegelapan dan kejahatan dunia. Begitu juga dengan kebangkitan Umat Islam di Akhir Zaman melalui perlantikan Imam Mahdi. Maka angka 20 dan 12 juga mungkin akan diguna oleh ALLAH S.W.T. bagi merealisasikan kebangkitan Cahaya Islam . Jadi mari kita sama-sama tunggu di tahun 2012. Insya ALLAH.
Wallahualam bissawab......

24 Tahun Memperingati Syuhada Memali

Jika Allah memuliakan dan mengangkat tinggi martabat para syuhada dengan segala pujian dan keistimewaan. Sewajarnya mereka yang memfitnah dan memburuk-burukkan para syuhada perlu dikutuk dan dicela serta dihadapkan dengan peringatan tentang azab Allah yang keras..

                   Sebagaimana hidupnya roh para syuhada disisi Allah, seperti itulah hidupnya roh perjuangan Islam. Alangkah hebatnya seekor kuda yang penuh gagah berlari dengan penuh yakin hingga memercikkan api dek pukulan kuku kakinya dan bersedia untuk menyerang pada awl-awl pagi. Kuda perang itu sentiasa taat dan patuh pada arahan tuannya. Tidak ingkar... tidak takut... pantang undur menyerah kalah... berani merempuh musuh2 tuannya. Inilah sifat-sifat seekor haiwan yang diibaratkan pahlawan di medan perang.



                 19 November 2009, genaplah 24 tahun peristiwa berdarah Memali. Sejarah pejuang-pejuang Allah di Memali akan sentiasa membara dalam ingatan dimana 14 orang syuhada gugur kerana mempertahankan Haq(kebenaran). Dibumi Memali itulah bangkitnya semangat untuk mendaulatkan Islam sebagai ad-din yang sempurna. Jika 10 pejuang dibunuh dijalan Allah, akan ada 1000 bahkan 10000 yang akan bangkit berjuang mempertahankan agama Allah. Dalam sejarah manusia, Allah tunjuk kepada kita perjuangan Nabi-nabi yang melalui pelbagai ujian begitu banyak, hanya kerana mereka menyeru kepada 2 perkara iaitu mengajak beriman kepada Allah dan menentang taghut. Kerja-kerja menegakkan agama memang sukar. Bukan sahaja nyawa kita diancam, malahan Nabi-nabi pilihan Allah sendiri dibunuh kerana menegakkan kalimah Allah.

                   Sejarah Memali ini akan tetap diigati, roh syuhada akan tetap mengalir dalam jiwa anak-anak muda. Jika ada yang cuba mengaitkan As-Syahid Ustaz Ibrahim dan sahabat-sahabatnya sebagai golongan sesat, hati kita yang mengalir didalamnya semangat jihad yang ditinggalkan generasi terdahulu, tidak akan membiarkan perkara ini berlalu pergi begitu sahaja. Memali terus akan menjadi peristiwa yang membangkitkan semangat jihad untuk berjuang.

                 Ayuh! bangunlah berjihadlah di jalan Allah, jadilah seperti kuda perang yang gagah berani. Tidak perlu kita lakukan seperti peristiwa Memali. Banyak jalan jihad yang boleh kita lalui. Semoga amal kita diberkati Allah...

Erti Pengorbanan

Bismillahirrahmanir rahim..

Hidup yang ada kebarangkalian dan pelbagai kemungkinan. . berlakunya sesuatu tak tentu bagaimana jadinya. di situlah perlunya untuk merancang dan meneliti di dalam setiap pergerakan. samada yang hampir pasti warnanya atau masih samar-samar. gunakan akal sebaiknya, jangan sesekali cuba untuk merosakkannya, membuatkannya menjadi lembab, dan mengurangkan daya kekuatannya dalam menghafal fakta.

situasi dan kondisi adalah faktor utama yang menjadi daya penarik terhadap perancangan, perlakuan dan tindakan.. tak dapat dinafikan seseorang akan berubah dalam satu tempoh yang singkat atau agak panjang jika ia masuk dalam cara hidup dan suasana yang baru. di sinilah yang dikata berlakunya kejutan budaya. yang dulunya labuh kini disingkat-singkatkan, yang dulunya pemalu menjadi sosial yang tak terkawal dan sebagainya.

di sinilah perlunya jati diri yang kuat.. bukan takut untuk berubah, tapi syariat yang dipertahankan. lain pula situasinya dalan "pilihanraya" . disebabkan gelombang yang melanda.. perempuan dah malu nak pakai tudung labuh, lelaki pulak malu nak pakai kain pelikat. bagi yang berilmu pula, malu untuk menjadi pemimpin dan kehadapan. maka tampillah pembaca meter TNB sebagai ketua menteri, pemegang sijil spm sebagai pegawai kepada mahasiswa yang lebih tinggi tahap pembelajarannya dan sebagainya.

pendidikan awal tentang agama dan jati diri yang kuat amatlah diperlukan.. berani hadapi apa jua rintangan. korbankan masa tenaga dan harta demi mencapai matlamat yang dituju. realisasikan semangat "qurban" di dalam diri kita. berani kerana kebenaran.. hayati kembali kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail a.s.

Apakah erti pengorbanan sebenarnya? Bila tiba Eiduladha, kambing, lembu atau unta terus menjadi mangsa.. raya qurban yg hanye setahun skali.. kongsilah kelebihan yg diberi dgn melakukan satu pengorbanan yg dgnnye kegembiraan dpt dirasa bersama.. banyak mane sgt pon daging apabila diagihkan, tp begitu besarnya kegembiraan bila ia dikongsi bersama mereka yg memerlukan. moga kegembiraan yg kite jelmakan mendapat balasan kegembiraan di akhirat kelak.

Wlaupun kemeriahan eiduladha tidak sama dengan kemeriahan eidulfitri, ia cukup memberi 

makna yg sangat mendalam apabila diteliti perkataan "qurban" itu sendiri. bg kita yg tak mampu melakukan ibadah qurban, alangkah bermaknanya bila kita dpt merealisasikan makna pengorbanan itu di dlm kehidupan. berkorban masa, tenaga, kasih dan sayang, hatta jiwa kita sendiri demi mendpt keredhaan Ilahi.

begitu kita menyelami makna sebuah pengorbanan. . pasti yg tak dpt dilupa ttg pengorbanan org lain terhadap diri kita. seorg ibu yg mengandungkan kita selama 9 bln, dan sggp bersabung nyawa ketika melahirkan kita. seorg ayah yg titisan peluhnya tak terkira kerna membesarkan kita, mengorbankan kegembiraan diri demi kegembiraan anak dan isteri. seorg guru yg ibarat lilin yg membakar, wlupon hadirnya seketika tp sinarnya dpt kita rasa sampai bile2. begitulah kita hidup atas pengorbanan org lain.

banyak lg yg bleh diperkatakan ttg pengorbanan terhadap diri kita.. yg utamanya adlh agama Islam yg kita anuti. besarnya pengorbanan mereka2 yg menyebarkan, mempertahankan dan memperjuangkan hingga sampai kpd kita hari nie. adakah kita bersama org2 yg mati hidupnya kerna Islam? atau bersama mereka2 yg xnak melihat tertegaknya syariat Allah di muka bumi nie? bersedialah utk berkorban demi agama, jgn skali2 mengorbankan agama demi kepentingan dunia..

Berkhidmat Kerana Allah...

Halangan & Ujian, Tanda Kasih Sayang Allah

Setiap masalah pasti ada jalan penyelasaiannya..

Sebagai langkah pertama cuba fahami dan hayatilah pesanan Nabi Muhammad SAW yang berbunyi, "sebaik-baik ibadah ialah sabar menunggu jalan keluar". Ini bermakna tidak ada satu ujian pun yang akan kekal.

Mana mungkin ada malam yang tidak ada siang, pagi tanpa digantikan dengan petang, mana mungkin banjir berpanjangan dan tidak akan terjadi kemarau berpanjangan. Jika ini kenyataan yang terjadi bermakna Allah tidak pernah tidak adil pada makhluknya. Bagi memperhatikan lagi cinta Allah pada makhluk-Nya dan membuktikan lagi kehebatan Allah Yang Maha Adil maka dibekalkan makhluk-Nya dengan pesanan melalui surah Hud :81 yang berbunyi,   "Bukankah Subuh itu sudah tiba."


Subuh bermakna betapa pun panjangnya malam pekat pasti akan bertemu dengan waktu tamatnya. Oleh iu betapa pun berat dan panjangnya penderitaan yang ditanggung oleh hamba Allah, Dia telah menjelaskan pasti Allah menemukan saat penyembuhan untuk keluar daripada permasalahan itu. Subuh bermakna cahaya fajar bagi orang yang ditimpa kesedihan itu telah menyerlah. Maka pandai-pandailah merasai sapaan dan sentuhan suria pagi, tunggulah panasnya bebola mentari pagi sebagai tanda bahawa kemenangan telah datang dari Yang Maha Berkuasa.
 
Oleh itu, laluilah kehidupan dengan keyakinan,dan rasailah sentuhan Allah tidak pernah putus kepada kita hamba-Nya. Ini dipastikan dalam janji Allah bahawa Allah tidak pernah mengantuk, tidak pernah penat, berhenti mengurus langit dan bumi serta seluruh isinya. Anggaplah suatu permasalahan itu sebagai seperti seutas tali. Jika tali itu sudah sangat tegang, maka ia akan segera putus. Ertinya jika persoalan itu sudah kritis atau matang, maka tunggu kerana ia pasti akan berhenti dan ditemukan dengan jalan keluar.


Allah akan pastikan setiap kesedihan dan kegembiraan itu menemui penghujungnya. Ini ditegaskan lagi oleh Allah,

"Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan kemudahan dalam urusannya (QS Ath-Thalaq:4).
Ini janji Allah yang sangat pasti, maka bangunkan keyakinan dan panjatkan doa dan kesedihan kepada-Nya, pasti kita akan berasa bahawa kesedihan tidak berpanjangan kerana Allah tidak membenarkan keadaan itu terjadi selagi kita hambanya tidak berputus asa dari rahmat Allah. Sebab itu Allah menjanjikan,

"Maka, sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan." (QS Al: Insyirah:5-6)

Dengan syarat kita yakin sepenuhnya bahawa apa yang kita lakukan kerana Allah dan mahu mendapat reda Allah, bukan kerana manusia.

Duhai Pejuang Agama

KENAPA AKU DIUJI?  
kenapa aku diuji sebegini rupa... apakah dosa yang telah aku lakukan... adakah engkau tidak meredhai apa yang telah aku kerjakan keatas jalan Mu Ya Allah? Apakah fitnah yang telah aku bawa keatas agama Mu? Adakah engkau sengaja mahu menguji ketaatanku kepada mu....
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami
telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah
menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg
benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?      "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?  
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST?    
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?  
 "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45 
  APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? 
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan
memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111 
 
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?  
 "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku
bertawakkal."  
-Surah At-Taubah ayat 129
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!  
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada   berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12 
Setiap perjuangan mesti diselangi dengan halangan dan dugaan. Begitulah kehidupan seorang pejuang, selalu berhadapan dengan dugaan sehingga mereka hanya bergantung kepada Allah sahaja.. Kalau perjuangan ini mudah, ramai yang berebut-rebut mahu buat kerja agama dan perjuangkan Islam. Tapi, dunia hari ini tidak begitu, serangan2 halus yang didalangi oleh musuh2 Islam telah melemahkan generasi muda kini. Wahai pemuda sekalian, bangkitlah dari lembah kesesatan duaniawi, muhasabahlah diri, selepas takbir eiduladha bergema, seekor demi seekor lembu disembelih untuk dikorbankan, lembu2 yang bodoh pun sanggup dikorbankan semata-mata hanya ingin menyedarkan diri kita bahawa perjuangan sememangnya memerlukan pergorbanan bukan sahaja harta, malah jiwa dan raga.. Aku tertarik dengan kata2 As-Syahid Sheikh Hasan Al-Bana;
"Setiap perjuangan mesti ada halangan dan dugaan yang memerlukan pengorbanan, sekiranya perjuangan itu mudah, mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan perjuangan itu.."  
Ayuh bersatu, kukuhkan perjuangan ini dengan keterikatan hati antara kita, wujudkan kesatuan ummah. Itulah jalan terbaik dalam sesebuah perjuangan.
...bangkitlah wahai pemuda...

10 Hari Pertama Zulhijjah

Dalam beberapa hari sahaja lagi, kita akan menyambut kedatangan Eiduladha 1430H. kita belajar dalam sirah nabawiyah, pergorbanan umat islam dahulu sangat besar sehingga sanggup berhijrah meninggalkan apa sahaja termasuk keluarga dan harta semata mata kerana nak kembang islam. Kelebihan 10 hari pertama Zulhijjah tidak banyak dibicarakan sepertima mana 10 hari terkhir Ramadhan, sedangkan kelebihan dan kemulian 10 hari Zulhijjah dan Hari Arafah telah digambarkan dalam Al-Quran dan Hadith. Mari kita fahami akan kelebihan bulan Zulhijjah dan berusaha untuk beramal dalam 10 hari pertama ini, supaya kita mendapat balasan syurga daripada Allah


Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:

hadith-11
"Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini - iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).”

 

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).



al-buruj1

“Yang menyaksikan ialah hari arafah dan yang disaksikan ialah hari kiamat ” 
(Hadith riwayat Ahmad dan Baihaqi)
 

Didalam hadith lain pula, Sabda Baginda SAW lagi
 

hadith-31


“Tidak ada hari yang lebih banyak dibebaskan oleh Allah akan hambaNya daripada neraka lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim) 


JENIS AMALAN YANG DIANJURKAN PADANYA  
1.  Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya :
Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : 
“Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”.

2.  Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya - terutamanya pada hari ‘Arafah - . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi :
“Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.


Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata: Rasulullah SAW bersabda :
“Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih).

Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.

3.  Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud : 


“(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”,

Hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya :
Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah Radhia Allah ‘anhum kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]“. Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
 “(Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni’matNya menghidayat kamu)”.



4.  Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Abu Harairah Radhia Allah ‘anhu, Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : 
 “Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi).


5.  Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, mebaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikatogerikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6.  Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.

7.  Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihis Solatu was Salam setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘Alaihis Solatu was Salam tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8.  Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhia Allah ‘anha bahawa Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya” 
 

dan di dalam riwayat lain :
“Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”. 
 
Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala, maksudnya :
“(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”.


Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9.  Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini; ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan, janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan ma’siat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan-amalan kebaikan yang telah dikerjakannya sebelum itu.
 
10.  Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.

Insya Allah, moga perkara yang ana listkan kat atas mampu kita amalkan sempena kedatangan bulan barakah ini. Untuk berhijrah tidak semesti perlu pergi ke tempat yang tiada orang kenal kita. Maksud hijrah adalah berpindah dari yang tidak baik kepada yang lebih baik. Justeru itu, ana pesan pada diri ana sendiri agar mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah swt dan diharap sahabat/biah dapat ambil manfaat bersama..
barakallahuminkum....

Tidak Berwirid & Berdoa Selepas Solat Fardu

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah pernah ditanya berhubung dengan mereka yang membantah imam kerana tidak berdoa selepas solat, beliau menjawab: “Tidak pernah Nabi s.a.w berdoa bersama makmum selepas solat lima waktu seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang selepas solat Subuh dan Asar. Tidak pernah pernah diriwayat hal itu oleh seseorang pun. Tiada seorang pun dari kalangan imam empat yang menyatakan baiknya perkara itu. Sesiapa yang memetik daripada al-Imam al-Syafie bahawa dia menyukainya adalah salah. Ungkapannya yang ada dalam kitab-kitabnya menafikan hal itu. Demikian al-Imam Ahmad dan selainnya tidak pernah menyukai hal ini” .

Jika kita merujuk kepada Kitab al-Umm karya agung al-Syafii, ternyata apa yang sebut oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah ini benar. Ini kerana al-Imam al-Syafii ketika mengulas hadith Ibn ‘Abbas: “Sesungguhnya mengangkat suara dengan zikir setelah orang ramai selesai solat fardu berlaku pada zaman Nabi s.a.w”.( Ibn Taimiyyah, Al-Fatawa al-Kubra, 1/215, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.)

Beliau berkata: “Pendapatku untuk imam dan makmum hendaklah mereka berzikir selepas selesai solat. Hendaklah mereka mensenyapkan zikir, kecuali jika imam mahu dipelajari daripadanya (bacaan-bacaan zikir-pen), maka ketika itu dijelaskan zikir. Sehingga apabila didapati telah dipelajari daripadanya. Maka selepas itu hendaklah dia perlahankan”. Adapun mengenai hadith Ibn ‘Abbas di atas al-Imam al-Syafi’e menjelaskan seperti berikut: Aku berpendapat baginda menjelaskan suara (zikir) hanya seketika. Untuk orang ramai mempelajarinya daripada baginda. Ini kerana kebanyakan riwayat yang telah kami tulis bersama ini, atau selainnya tidak menyebut selepas salam tahlil dan takbir. Kadang-kala riwayat menyebut baginda berzikir selepas solat seperti yang aku nyatakan, kadang-kala disebut baginda pergi tanpa zikir. Ummu Salamah pula menyebut duduk baginda (selepas solat) tetapi tidak menyebut baginda zikir secara terang. Aku berpendapat baginda tidak duduk melainkan untuk berzikir secara tidak terang. Jika seseorang berkata: Seperti apa? . Aku katakan: Seperti baginda pernah bersolat di atas mimbar, yang mana baginda berdiri dan rukuk di atasnya, kemudian baginda undur ke belakang untuk sujud di atas tanah. Kebanyakan umur baginda, baginda tidak solat di atasnya. Tetapi aku berpendapat baginda mahu agar sesiapa yang jauh yang tidak melihat baginda mengetahui bagaimana berdiri (dalam solat), rukuk dan bangun (dari rukuk). Baginda ingin mengajar mereka keluasan dalam itu semua. Aku suka sekiranya imam berzikir nama Allah di tempat duduknya sedikit dengan kadar yang seketika selepas kaum wanita pergi. Ini seperti apa yang Umm Salamah katakan. Kemudian imam boleh bangun. Jika dia bangun sebelum itu, atau duduk lebih lama dari itu, tidak mengapa. Makmum pula boleh pergi setelah imam selesai memberi salam, sebelum imam bangun. Jika dia lewatkan sehingga imam pergi, atau bersama imam, itu lebih aku sukai untuknya). (Al-Syafi’i,Mausu‘ah al-Imam al-Syafi’i: Al-Umm, 1/353 Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi.)

Adab Dalam Khilaf Ulamak 1

PENGERTIAN AL-FIQH Perkataan fiqh adalah dari segi bahasa Arab yang memberi erti faham atau kefahaman, iaitu kefahaman seseorang secara mutlak atau mendalam yang dapat memahami tujuan perkataan yang diucapkan dan perbuatan yang dilakukan2. Dalilnya firman Allah s.w.t , antaranya:

” واحلل عقدة من لسانى يفقهواقولي “
Ertinya: “Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengertikan perkataanku”.
(Surah Taha: 27)


” يا شعيب ما نفقه كثيرا مما تقول “
Ertinya: “Wahai Syuaib! Kami tidak faham kebanyakan dari apa yang engkau katakan itu”.
(Surah Hud: 91)

Daripada perkataan fiqh dari segi istilah telah melalui beberapa tahap perubahan secara perlahan-lahan. Pada awal istilah fiqh dimaksudkan
“Semua hukum-hukum agama yang dibawa oleh Syariat Islam, sama ada hukum-hukum ini berkaitan dengan aqidah, akhlak, ibadat dan muamalat”.
2 Dr. Wahbah al-Zuhaili, (1986) Damsyik, Dar al-Fikr “Usul al-Fiqh al-Islami”, jld : 1, hal : 8

Masyarakat Islam sekarang berpecah kepada beberapa mazhad aqidah selepas kewafatan Rasulullah SAW. Selepas itu berlaku beberapa siri perang saudara dimana ramai para Hafiz syahid di medan perang. Peristiwa itu merupakan titik hitam bagi umat islam kerana sejak itu, umat islam sudah tidak bersatu di tambahan pula terlalu taksub dengan mazhad masing2.


Mazhab-mazhab ini walaupun banyak bukanlah bermakna ianya mengecilkan Islam dalam aliran tertentu dan bukan juga suatu proses mewujudkan Syari’at baru. Namun begitu ia merupakan manhaj atau metod untuk memahami Syari’at, cara-cara menafsir nas-nas dan mengambil hukum dari sumber-sumbernya.

Mazhab-mazhab yang berkembang pada waktu itu ada yang masih berdiri teguh dan mempunyai pengikut yang ramai hingga kini dan ada di antaranya sudah lenyap ditelan zaman tanpa pengikut dan tidak diketahui adanya katakata atau fatwa mereka, melainkan apa yang disebut dalam kitab-kitab “al-Khilaf” (perbandingan Mazhab) dan kitab-kitab mazhab yang masih kekal.6

Bolehlah kita bahagikan mazhab-mazhab ini kepada tiga bahagian:

• Mazhab yang tidak berkembang lama

• Mazhab Syi’ah dan Khawarij

• Mazhab fiqh yang paling masyhur bagi imam-imam Ahli Sunnahwa al-Jama’ah

MAZHAB YANG TIDAK BERKEMBANG
Para mujtahid pada zaman ini sebenarnya cukup ramai, terdiri daripada tabi’in atau tabi’i al-tabi’in atau mereka yang berikutnya, tetapi kebanyakan mereka ini tidak ada orang yang mengumpul dan menyebarkan mazhab mereka di kalangan orang Islam dan mamfatwakannya. Akhirnya mazhab ini makin lama makin mengecil. hampir pupus dan hilang fiqhnya, kecuali pandangan mereka yang ditemui bertaburan di dalam kebanyakan kitab tafsir bil ma’thur, syarah-syarah hadith dan kitab-kitab fiqh mazhab yang kekal.

Di antara tokoh-tokoh mujtahid ini ialah seperti ‘Ata’ bin Abi Rabah, Sa’id bin al-Musayyib, Ibrahim al- Nakha’iy, Sufyan al-Thauri. al-Imamal-Auza’iy, Ibn Jarir al-Tabari, Daud
al-Zahiri dan lain-lain lagi.

Terdapat beberapa mazhab lain yang masih hidup, kekal, berkembang dan diberi perhatian. Namun begitu ijtihad pendokong-pendokongnya telah terkeluar dari lingkungan Ahli Sunnah wa al-Jama’ah dari segi Usul (prinsip) dan Furu’. Mazhab yang terpenting sekali ialah Syi’ah dan Khawarij, kemudian yang paling masyhur sekali ialah:

• Mazhab al-Ibadiyyah dari golongan al-Khawarij
• Mazhab al-Imamiyyah dari Syi’ah
• Mazhab al-Zaydiyyah dari Syi’ah juga tetapi ia lebih dikenali sebagai mazhab yang sedehana dan lebih hampir kepada Ahli al-Sunnah wa al-Jama’ah

MAZHAB-MAZHAB FIQH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMA’AH
Mazhab fiqh yang termasyhur dari kalangan imam Ahli al-Sunnah waal-Jama’ah yang masih terus menerus memberi khidmat dan mempunyai pengikut setia yang ramai mengembang, menyebar, mengajar seterusnya dipelajari ialah empat mazhab yang terkenal seperti berikut:

1. Imam Abu Hanifah (80-150H)
2. Imam Malik bin Anas (93-179H)
3. Imam al-Syafi’i (150-204H)
4. Imam Ahmad bin Hanbal (164-241H)

Bencana alam pengajaran buat yang mahu berfikir

Bersilih ganti bencana alam menimpa beberapa negara baru2 ini. Kita sangat bernasib naik kerana terlepas daripada menerimanya. Mungkin Allah masih menyayangi kita atau Allah tidak mahu menguji kita lagi agar kita terus leka dibuai keseronokan duniawi.


Yang terbaru, para Sainstis menyatakan bahawa gempa bumi besar  baru2 ini berlaku disebabkan geseran plat Indo-Australia dan plat tektonik Erusia yang bergerak menghala satu sama lain pada kadar sehingga enam sentimeter setiap tahun.

Walau apapun teori (kadang-kadangnya silap) yang dikemukakan oleh ahli saintis terhadap fenomena yang berlaku namun yang jelasnya bagi aqidah kita, semua yang berlaku berada di bawah kekuasaan dan pengetahuan Allah. Semua telah ditentukan, bumi bergoncang, angin bertiup bahkan bilakah berlaku gempa bumi, di wilayah mana, kekuatan berapa, berapa mangsa yang meninggal, berapa yang terselamat dan tercedera.

“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuz).” (al-Ana’am: 59)

Pengajaran & Iktibar

Segala peristiwa ini harus dijadikan iktibar buat kita, jangan butakan mata serta hati dengan tak ambil kisah apatah lagi ianya berlaku di tempat orang lain. Mu’min yang peka mesti mengambil i’tibar dan pengajaran ke atas semua yang berlaku, mudah-mudahan ianya memberi manfaat untuk dirinya sendiri dan juga kepada masyarakat secara umumnya.
 
1. Apabila sesuatu kadar yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t akan berlaku, ianya akan berlaku tanpa ada kuasa lain yang akan menahannya. Dengan 'Kun Fayakun' maka bergoncanglah bumi, air sungai melimpah serta bangunan jatuh menyembah bumi.

2. Supaya manusia tahu tentang hakikat dirinya sendiri, jangan tertipu dengan kehebatan ilmu yang dimiliki sehingga ada yang sombong seolah-olah boleh menguasai undang-undang alam. Dengan berlakunya beberapa siri bencana alam sepatutnya para saintis berfikir bahawa ada kuasa yang mengatasi semua ilmu manusia bahkan apa yang mereka ada hanyalah sedikit sahaja. Manusia sebenarnya makhluk lemah yang tidak dapat melakukan semua benda untuk menyelamatkan dirinya sendiri. Betullah seperti apa yang dikatakan oleh Saidina Ali: “Malang sekali nasib anak Adam, ia disakiti oleh serangan mikro, dibunuh oleh angin panas yang datang dari Afrika dan dilemahkan oleh peluhnya sendiri." “Manusia dijadikan bersifat lemah.” (an-Nisa’: 28)

3. Manusia sepatutnya lebih arif tentang nilai dunia yang menjadi rebutan. Ianya seolah lalat yang mengerumuni sampah sarap yang tidak berguna langsung. Dunia yang menjadi rebutan akan hilang dalam sekelip mata sahaja, manusia berada di dalam istana impiannya tetapi tidak mengetahui bahawa sekejap lagi istana tersebut akan dihanyutkan di dalam banjir besar yang akan datang. Manusia menjangkakan akan terselamat tetapi sebenarnya maut lebih hampir dari tengkoknya.

4. Mengingatkan tentang kedahsyatan hari Qiamat, kalaulah gegaran 5-9 skala Richter hanya beberapa saat, apa kata kalau 10-20 skala Richter dalam beberapa minit. “Maka jadilah gunung-gunung seperti kapas yang berterbangan ditiup angin.” Saat yang sangat genting dan menakutkan sekali sehingga Allah menggambarkan apabila tibanya waktu itu ibu-ibu akan meninggalkan anak yang sedang menyusu, bayi-bayi di dalam kandungan akan keguguran, mungkin tertanya oleh kita hari apakah itu? Itulah hari penghabisan dunia bila ianya berlaku maka kekuatannya berkali-kali ganda.

Bencana dan maksiat


Secara umumnya ramai di kalangan manusia yang tidak beriman menganggapkan setiap bencana alam yang melanda dunia adalah semata-mata fenomena alam, tiada kaitan secara langsung atau tidak langsung terhadap tindakan dan amalan manusia. Balasan terhadap amalan dunia hanya akan diterima di akhirat bukannya di dunia.

Sebenarnya ini adalah satu sangkaan yang salah dan bertentangan dengan nas al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Allah s.w.t telah menjelaskan di dalam al Quran bagaimana sebuah kampung akan dilanda musibah hanya disebabkan amalan maksiat yang dilakukan oleh penduduk kampung tersebut.

“Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduk)nya mengingkari nikmat-nikmat Allah; kerana itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat.” (an-Nahl: 112)

Allah telah memberi segala kesenangan dan kemewahan kepada manusia tetapi apakah balasan manusia terhadap tuhannya? Mereka semakin ganas gara-gara mengikut hawa nafsu. Lalu apakah balasan dari Allah? Lebih baik merampas kembali pemberian dengan mendatangkan bala seumpama kelaparan dan ketakutan.

Bala bukan sahaja melalui bencana alam seperti yang berlaku kepada kaum Nabi Lut a.s, bahkan ianya juga mungkin terjadi dengan ketakutan dan keresahan yang membelenggu masyarakat. Kebimbangan terhadap keselamatan nyawa, ahli keluarga, serta kehilangan harta benda sebenarnya itu adalah satu bala.

“Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit." (Taha: 124)

Menurut Syeikh Yusuf al-Qardhawi, akibat daripada manusia meninggalkan syariah yang diturunkan oleh Allah bahkan menentangnya maka Allah telah menurunkan bala ketakutan yang menyelubungi kehidupan manusia hari ini. Semuanya berpunca dari maksiat yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia sendiri.

Golongan salafussoleh yang terdahulu apabila datangnya musibah, kepayahan dan kesusahan mereka akan beristighfar memohon ampun kerana bimbang kelalaiannya yang menyebabkan turunnya musibah dari Allah s.w.t. Allah telah menceritakan tentang doa Nabi Adam ketika diperintahkan turun ke bumi.

“Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami, jika sekiranya Kamu tidak mengampuni kami maka termasuklah kami di kalangan orang-orang yang rugi.”

Oleh itu saya menyeru kepada diri saya sendiri dan juga kepada sahabat-sahabat supaya sentiasa muhasabah diri tentang kelalaian yang telah dilakukan. Hisablah diri masing-masing terhadap tanggungjawab kita kepada Allah, adakah kita telah laksanakan sebaik-baik pelaksanaan tanggungjawab hamba terhadap penciptanya? Tanggungjawab dakwah adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab sebagai da'i untuk menyelamatkan umat dari kehancuran dan kebinasaan? Kalau belum lagi kita bimbang kelalaian itulah penyebab kepada bencana yang melanda umat sekarang ini.

Mungkin dia sahabat sebenarmu

Kawan, sahabat, rakan, geng,teman, dan bermacam istilah diberikan untuk orang yang boleh berkongsi jiwa dan rasa. Begitu jugalah yang dapat memberikan 'sesuatu' pada diri sendiri. Samada berbentuk input rohani, jasmani, atau juga input buah fikiran.


Kawan amat kuat pengaruhnya pada diri individu. Tambahan pula yang baharu hendak kenal dunia, yang baharu hendak bertatih dalam alam yang selama ini 'asing' bagi dirinya. Dan begitulah siapa sahaja yang berada di sekeliling berpotensi untuk menjadi seorang kawan. Samada beliau boleh diharap atau diri sendiri yang tinggal berharap.

Cuba tanya sendiri - dalam beberapa waktu ini, masih ada atau tidak hubungan hati dengan mereka yang dipanggil kawan, teman, sahabat dan yang sewaktu dengannya itu? Atau sebenarnya perlahan-lahan ingatan terhadap mereka semakin menghilang di telan waktu? Dan jangan terkejut terkadang tiba-tiba menerima sms dari kawan yang dahulu tidak kunjung berita. Cuma kali ini tujuan menyapa adalah untuk membawa 'bisnes punya cerita'. - Sekiranya ini pernah menimpa juga - sabarkanlah dulu jiwa. Semoga ALlah menenangkan hati kita setenang-tenangnya dengan kawan seperti ini.

Untuk mencari kawan memang mudah (ini bagi yang peramah), atau sukar (bagi yang masih 'berat mulut', mungkin juga malu kerana jarang berhubungan dengan manusia) adalah dari diri sendiri juga datangnya. Malahan tentu guru di sekolah pernah berceloteh panjang bercerita tentang bagaimana cara mencari seorang kawan atau teman. Atau ibu dan ayah pernah menasihati 'cari kawan yang macam nih', jangan berkawan dengan orang yang macam itu'. Selagi nasihat dijadikan bekalan insya ALlah selamatlah diri dalam menyelusuri kehidupan. Tetapi jika perkataan yang baik itu hanya lepas di pelipis telinga, takut bahaya sedang menanti di hadapan sana.

RasuluLLah pernah bersabda yang bererti :
"Seseorang itu akan mengikuti agama sahabatnya, oleh kerana itu, setiap orang dari kamu sekalian hendaknya memperhatikan siapa yang ia jadikan sebagai teman
(Hadith riwayat At Tirmidzi, Abu Daud dan Ahmad)


Teman yang berbau wangi atau berbau besi
Telah disebutkan oleh Habib AbduLlah bin Alwi al Haddad :

Sabda RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam yang bererti :
"Permisalan teman duduk yang baik adalah seperti penjual haruman misk (wangian yang paling mahal dan harum). Boleh jadi dia memberimu, atau engkau membeli wangiannya atau engkau mencium keharuman wangiannya. Sedangkan misalan teman duduk yang buruk adalah seperti tukang besi. Boleh jadi dia membakar pakaianmu, atau engkau akan mencium aroma busuk darinya "

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim dengan matan sedikit berbeza)
Barangsiapa yang ingin mengetahui bagaimana pengaruh pergaulan dengan temannya tersebut apakah ia dapat menguatkan iman, kesedaran beragama dan amalnya, ataupun sebaliknya. Maka hendaklah bandingkan keadaannya setelah bergaul dengan orang itu dengan keadaan sebelum ia bergaul dengannya.

Jika setelah bergaul dengannya ternyata sendi iman, akhlak, niat-niat baik untuk beramal semakin kuat dan kukuh. Sedangkan keburukan dan kejahatannya semakin kecil, maka pergaulan dan persahabatannya itu bermanfaat bagi agama dan hatinya. Jika pergaulan itu diteruskan, maka Insya aLlah ia akan memperolehi manfaat yang sangat besar dan kebaikan yang sangat banyak.

Jika setelah bergaul dengannya ternyata sendi-sendi keagamaannya menjadi semakin lemah dan menurun, sedangkan kejahatan dan keburukannya semakin banyak. Maka pergaulan tersebut telah membahayakan agama dan hatinya secara nyata. Sekiranya pergaulan tersebut dilanjutkan, maka akan membawa keburukan dan bahaya besar baginya. Semoga ALlah melindungi kita darinya.

Timbanglah semua pergaulan dengan apa yang telah kami sebutkan di atas. Dan perlu diketahui, ketentuan di atas berlaku sesuai dengan mana yang lebih kuat.

Ertinya, selama kebaikan lebih kuat, maka diharapkan pergaulan tersebut mampu menarik orang-orang jahat untuk menjadi baik. Dan selama keburukan lebih kuat, maka dikhuatiri orang baik yang bergaul dengan penderhaka tersebut akan mengikutinya dan menjadi buruk.

Permasalahan ini sangat pelik, orang-orang yang memiliki mata hati yang jernih akan memahaminya. Diperlukan waktu yang banyak untuk membahaskannya secara terperinci.

Tunggulah juga, di waktu dalam kesusahan, di waktu datangnya ujian, di waktu datang kesedihan. Akan dikenal siapa kawan dan siapa lawan. Biarpun mungkin satu hari nanti bila terjadi 'kekecohan' dengan kawan. Berikan sedikit ruang di dalam hati untuk memaafkan. Masa terlalu sempit untuk berlama-lama dalam bermusuhan.

Pesanan Datuk Dr. Harun Din Al-Hafiz

Pada 18 dan 19 April 2009 ada Program Bersama Ustaz di TV 9 bersama Datuk Dr Amran Bin Kasimin ...sangat menarik dan mengupas tajuk Sihir.

Cuba renungkan pesanan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz.. 


 1) Seperti yang kita ketahui... Negara kite  nie banyak tugu.... Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya..

    Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram...? ciri-cirinya menyerupai berhala... dan melawatnya juga adalah haram...
    Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenakan kepada sesiapa yang melawat
tugu kebangsaan!
    Tetapi   sayang2... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang... Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu... Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja...tiada tindakan undang2 yang boleh diambil...
    

Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik...Beliau berkata... " bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarah pun dosa syirik, maka Allah tidak akan mengampunkan orang   itu..."
    
Dan kata beliau lagi... walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik...

2) Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa

syirik ini ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan... '  Menurut kamus dewan... indera bermaksud nama tuhan hindu
manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam... maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam... Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik...



3) Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara...Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa mana2 undang2 akan terbatal dan tidak
boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh  Allah.

    Kata beliau seterusnya.. ..

Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...

1.
Mempertahankan perlembagaan serta   undang2 ciptaan manusia dan

 
membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.

2.
Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.

3.
Mereka yang berdiam diri daripada kebenaran.


4.  Mereka yang mengatakan hukum HUDUD zalim

JIKA HUKUM HUDUD ITU ZALIM, BERMAKNA ALLAH ZALIM...





Related Posts with Thumbnails