24 Tahun Memperingati Syuhada Memali
Jika Allah memuliakan dan mengangkat tinggi martabat para syuhada dengan segala pujian dan keistimewaan. Sewajarnya mereka yang memfitnah dan memburuk-burukkan para syuhada perlu dikutuk dan dicela serta dihadapkan dengan peringatan tentang azab Allah yang keras..
Sebagaimana hidupnya roh para syuhada disisi Allah, seperti itulah hidupnya roh perjuangan Islam. Alangkah hebatnya seekor kuda yang penuh gagah berlari dengan penuh yakin hingga memercikkan api dek pukulan kuku kakinya dan bersedia untuk menyerang pada awl-awl pagi. Kuda perang itu sentiasa taat dan patuh pada arahan tuannya. Tidak ingkar... tidak takut... pantang undur menyerah kalah... berani merempuh musuh2 tuannya. Inilah sifat-sifat seekor haiwan yang diibaratkan pahlawan di medan perang.
19 November 2009, genaplah 24 tahun peristiwa berdarah Memali. Sejarah pejuang-pejuang Allah di Memali akan sentiasa membara dalam ingatan dimana 14 orang syuhada gugur kerana mempertahankan Haq(kebenaran). Dibumi Memali itulah bangkitnya semangat untuk mendaulatkan Islam sebagai ad-din yang sempurna. Jika 10 pejuang dibunuh dijalan Allah, akan ada 1000 bahkan 10000 yang akan bangkit berjuang mempertahankan agama Allah. Dalam sejarah manusia, Allah tunjuk kepada kita perjuangan Nabi-nabi yang melalui pelbagai ujian begitu banyak, hanya kerana mereka menyeru kepada 2 perkara iaitu mengajak beriman kepada Allah dan menentang taghut. Kerja-kerja menegakkan agama memang sukar. Bukan sahaja nyawa kita diancam, malahan Nabi-nabi pilihan Allah sendiri dibunuh kerana menegakkan kalimah Allah.
Sejarah Memali ini akan tetap diigati, roh syuhada akan tetap mengalir dalam jiwa anak-anak muda. Jika ada yang cuba mengaitkan As-Syahid Ustaz Ibrahim dan sahabat-sahabatnya sebagai golongan sesat, hati kita yang mengalir didalamnya semangat jihad yang ditinggalkan generasi terdahulu, tidak akan membiarkan perkara ini berlalu pergi begitu sahaja. Memali terus akan menjadi peristiwa yang membangkitkan semangat jihad untuk berjuang.
Ayuh! bangunlah berjihadlah di jalan Allah, jadilah seperti kuda perang yang gagah berani. Tidak perlu kita lakukan seperti peristiwa Memali. Banyak jalan jihad yang boleh kita lalui. Semoga amal kita diberkati Allah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment