Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Beribadat Mengharapkan Fadhilat Atau Kerana Allah?

 
Baru2 ni, heboh satu Malaysia mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mana mengatakan 'bulan Maulud tidak mempunyai sebarang fadilat dan kelebihan berbanding bulan Ramadan'. Khabarnya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengeluarkan satu kenyataan berbau wahabi yang amat "bahaya" iaitu: “Boleh jadi, orang negeri lain sambut Maulud besar-besaran. Bulan Maulud sendiri tidak ada sebarang fadilat tidak sebagaimana bulan Ramadan. Bulan Ramadan memang ada fadilat dan kelebihannya. Bulan Maulud tidak ada apa.” Tuan Guru Nik Aziz dilaporkan menambah: "Kita jangan sekali-kali terpengaruh dengan keadaan semasa. Kadang-kadang benda yang berlaku semasa ini tidak serupa dengan kehendak agama. Tetapi dengan sebab benda itu berlaku semasa bercanggah dengan agama, kadang-kadang menjadi masalah. Contohnya, Maulud Nabi." (Baca: Maulid ini konon bid'ah).- Petikan dari blog Faisal Tehrani.. 

Jadi, benarlah menyambut Maulud adalah Bid'ah? Kalau diikutkan, para sahabat Rasulullah tidak pernah ada yang menganggap amalan menyambut maulidur rasul ini merupakan amalan sunnah yang sangat2 dituntut disambut setiap tahun pada tanggal 12 Rabbiul Awwal. Malah, tidak ada langsung riwayat yang Sahih dari Nabi SAW yang menganjurkan diadakan perayaan ini. ketika di era sahabat yang diredhai, ianya juga tidak pernah wujud. Sungguh aneh sekali, Nabi SAW telah pun lama wafat, tetapi hari lahirnya tetap menjadi sambutan saban tahun dan menjadi titik tarikh kemeriahan. Ini kelihatannya tidak ubah umpama kaum Nashrani/Kristian yang menyambut hari natal (Chrismas) di setiap tanggal 25 Disember bagi meraikan kelahiran Jesus (Isa) yang mana turut tidak pernah ada anjurannya dari Isa a.s sendiri dan melalui kitab-kitab utama agama mereka (seperti Bible). 

Ada di kalangan umat Islam yang mengatakan bahawa menyambut atau meraikan apa-apa hari kebesaran Islam, sambut Maal Hijrah, Maulid Nabi s.a.w, Israk Wal Mikraj atau apa-apa yang berkaitan adalah Bid’ah, setiap Bid’ah adalah sesat dan setiap yang sesat tempatnya adalah Neraka. Ini adalah tidak benar secara mutlak(Khilaf Ulama'). Apa yang diharamkan ialah sambutan yang disertai dan bercampur dengan maksiat dan mungkar seperti yang dianjurkan oleh beberapa buah negara, tetapi jika peluang ini kita jadikan sebagai untuk mempertingkatkan lagi ingatan kepada nabi s.a.w, menjejaki peribadi nabi s.a.w yang agung dan risalah kenabian yang kekal yang menjadi rahmat ke seluruh alam, maka di manakah Bid’ah dan sesatnya? 

Sesungguhnya apabila kita mengingati perkara seperti ini, kita sebenarnya mengingati nikmat yang besar, mengingati nikmat adalah disyariatkan, dipuji dan dituntut. Allah s.w.t menggalakkan kita mengingati nikmatnya. Hendaklah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendalami ilmu pengetahuan terhadap Sunnah-sunnah beliau dan agama yang telah sempurna ini. Dengan ilmu tersebut, insyaAllah akan menjadi bekalan di dalam menegakkan syiar agama Islam yang sebenar sebagaimana yang diwariskan oleh Rasulullah SAW kepada kita. Dengan ilmu itu juga akan mengangkat darjat kita membezakan dengan kaum yang beragama tanpa ilmu. Sekaligus mampu membimbing kita sentiasa di atas jalan yang haq, mencintai Nabi sebagaimana yang selayaknya dan meninggalkan perbuatan mencintai Nabi dengan cara yang tidak selayaknya.
Hanya dengan agama yang didirikan/ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang betul, maka ia akan diberikan kejayaan dengan mendapat pertolongan Allah. Maka, hendaklah kita menegakkan agama Allah ini dengan kebenaran dan tidak menegakkannya dengan kepalsuan (bid'ah).   Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. Dan orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menyesatkan amal-amal mereka. Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (al-Quran) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka. (Surah Muhammad, 47: 7)   Wallahu'alam...      

Cuti Mid Sem Vs Valentine Day

      Alhamdulillah selepas hampir 2 bulan lebih bermujahadah di UPSI, ana sangat bersyukur kerana masih diizinkan untuk ana balik ke kelantan untuk bertemu Abi dan Ummi tercinta. Cukup seronok dapat menghirup oksigen kurnia Allah dibumi kelahiran ana. Dalam keseronokan bercuti, ana tetap berasa risau. Bagaimana sahabat2 yang berada diluar sana? semalankan Valentine Day. Tambah pula, esok cuti Tahun Baru. Lagi seronok keluar lama2 dengan si dia, betul x? kalau x, boleh temankan si dia malam ni. Ala, satu malam je. Setahun sekali jew sambut 14 Februari @ Valentine Day. Subhanallah... kalaulah semua sahabat2 kita berfikiran macam tu, ana setuju kerajaan Malaysia perlu tubuhkan satu pasukan Tentera yang terdiri daripada anak2 yang lahir melalui hubungan yang haram untuk dihantar ke negara Islam yang sedang berperang seperti Palestin. Sekurang-kurangnya, mereka boleh mengharapkan syahid dan memohon keampunan buat ibu bapa mereka.

Selepas solat subuh, ana hnya mampu berdoa kpd_nya, agar menyelamatkan sahabat2 daripada terus sesat dalam keseronokan dunia. Ana cukup terkejut melihat berita di dada akhbar. Mayat seorang bayi yang masih terlekat dengan uri dan bertali pusat ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila dibuang sebelum dibakar di dalam sebuah tong sampah di Kuala Krai, Kelantan.

Akibat dibakar, bayi lelaki cukup sifat yang dipercayai baru dilahirkan kurang 48 jam itu, rentung separuh badan sehingga menyebabkan kakinya terputus. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada bayi itu sudah mati atau dibakar hidup-hidup sebelum dibuang. Ya Allah, sudah hilangkah nilai kemanusiaan didalam diri hamba2 Allah. Sanggupkah Anda membakar darah daging sendiri??? x pe, rezeki Allah x pernah putuskan. Allah kan Maha Pemurah dan x pernah memilih untuk berikan nikmatnya x kira hambanya taat atau derhaka. Allahuakhbar!!! ayuh remaja fikrah.. kita tidak boleh duduk bersenang lenang. Banyak lagi benda yang perlu kita buat.

Semalan, ana sempat keluar ke bandar Kota Bharu untuk ambil angin. Kesempatan itu, ana masuk sekejap ke dalam KB Mall. Banyak ruang dipenuhi bantal berbentuk hati, patung beruang, atau rangkaian bunga yang didominasi dua warna iaitu pink dan biru muda. Suasana macam ni sangat disukai anak-anak remaja, terutama remaja yang sedang sibuk bercouple. Ia seoleh-olah sedang merayakan mereka yang sedang seronok bercouple.

Sejarah Valentine Day memang berasal dari tradisi Kristian Barat, namun 14 Februari masih dirayakan di hampir semua negara, tak terkecuali negeri-negeri Islam besar. Dimana Islam yang kita perjuangkan? Tidak mengapa, bukan anak2 kita yang meraikannya. Bila timbul hal2 yang boleh diselesaikan dengan mudah, masing2 mengeluarkan pendapat dengan kelincahan pemikiran tanpa merujuk dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah. Contohnya, isu Kalimah Allah heboh satu Malaysia. Namun, penyelesaiannya masih x tau kemana. Habis, tiada jalan penyelesaiannya ke? Kita patut tnya diri kita sendiri. Adakan masalah2 ini sudah tiada jalan penyelesaian? Habis, apa patut kita buat? Adakah kiamat semakin dekat? patutkah kita jaga diri kita je?

Wallahualam Bissawab...

ManisNya Iman IndahNya Ukhwah


Siapa yang tidak mengakui indahnya bunga? Dengan warna yang menarik dan bau yang harum, ia sering menjadi idaman. Kadang-kadang ia juga menjadi perhiasan. Indahnya wajah pula bergantung kepada mata yang melihatnya. Mata yang menilai pula mendapat tafsiran tentang keindahan dari akalnya. Akal yang baik dan cergas adalah akal yang dipandu oleh kasih kepada Allah dan Rasulnya. Bukankah ini yang dinamakan Iman?

            Tidak seorang pun yang dapat menafikan betapa indahnya mega petang. Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang, setiap hati yang terusik dan setiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun, lebih indah lagi sekiranya hati kecilnya berkata: "Maha Suci Allah, tidak engkau jadikan semua ini sia-sia. Maha Suci Engkau Ya Allah, lindungilah aku dari api neraka." 

Begitu juga dengan keindahan jeram-jeram di kali, dedaun gugur dihembus angin. Peristiwa-peristiwa sebegini amat meninggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan. Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia. Jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apapun pangkat dan kedudukannya.

Seorang kaya mungkin ingin merasakan bahawa keindahan itu adalah rumahnya yang tersergam indah di atas bukit dan potretnya dilukis hebat. Seorang fakir pula mungkin merasakan bahawa keindahan itu adalah riak wajah anak-anak kecilnya yang menunggu kepulangannya. Namun, tidak ramai yang mengetahuitentang wujudnya suatu keindahan hakiki. Indahnya ia membuahkan perasaan kasih sayang kepada ibu dan ayah.
Indahnya ia melahirkan rasa kasih pada sahabat dan indahnya ia, memandu akal dan jiwa kepada ketenangan, kedamaian, dan kerinduan kepada kebahagiaan. Itulah tanda kasih dan sayang pada Maha Pencipta dan Maha Pengasih. Itulah tanda kasih dan sayang pada Allah dan Rasulnya. Hatinya berbisik lagi... "Ya Allah, banyaknya nikmatMu padaku. Tapi, sedikitnya aku bersyukur. Ya Allah, hatiku tahu nafsu jahat itu musuhku, tapi banyak jalan-jalannya yang telah aku turuti. Ya Allah, besarnya pengorbanan ayah, tingginya nilai kasih dan mesra ibu, tapi aduhai.. sedikitnya doaku untuk mereka.

Marilah mencari keindahan iman ini. Milikilah ia dengan banyak merenung dan memikirkan nikmat-nikmat Allah. Mudah-mudahan dengannya keindahan yang hakiki akan kita perolehi. Tidak seperti keindahan dunia ini, yang hanya bersifat sementara…

Bingkisan Mua'lij

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi.

     Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam keatas penghulu segala nabi dan rasul, Sayyiduna Muhammad SAW dan juga kepada keluarga serta para sahabat.. Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah swt dengan pelbagai nikmat yang dikurniakan kepada diri ini agar dapat terus bertaqqarub kpd_Nya,

     Setelah agak lama menyepi diri, ini mungkin cetusan minda terbaru dari saya.. Sebelum ini masa tidak berapa mengizinkan untuk saya menulis. Selepas ditauliahkan oleh Ust Abdul Majid menjadi salah seorang mualij AKRINE, beban yang dipikul semakin berat. Kehidupan seorang mahasiswa sebenarnya cukup mencabar sampai tidak mampu untuk menguruskan masa dengan baik. Tetapi, dengan izin Allah, saya akan terus bermujahadah untuk berdakwah menyampaikan syiar Islam. Cukuplah janji Allah dalam Surah Alam Nasyrah menjadi menguat diri ini terus bermujahadah menjadi seorang Mualij.

Semalan di Surau ar-Rashidin, telah berlangsung satu sesi Bengkel Rawatan Islam yang dianjurkan oleh JMK LPS KHAR. Bengkel dimulakan dengan ceramah daripada al fadhil Ust Muhamad Shahid, salah seorang perawat AKRINE sepenuh masa dan mempunyai sebuah klinik di Slim River. Banyak perkongsian bersama al fadhil Ust yang mengkhususkan tentang ilmu perubatan Islam dan cara2 untuk membenteng diri dari ganguan makhluk halus seperti jin. Seterusnya, saudara Azman, memberi sendikit tunjuk ajar bagaimana untuk menguji samaada diri kita terdapat ganguan makhluk halus atau pun tidak. Sebelum membuat sesi scanning, saya telah diserang. Belakang badan seolah-oleh rasa diketuk. Kemudian, saya menyuruh seorang sahabat membaca rukyah dibelakang saya. Alhamdulillah, sakit itu semakin berkurangkan. Mungkin itu jin yang menumpang. Setelah dibuat sesi scanning, beberapa orang menunjukkan reaksi positif terhadap ganguan. Kemudian Ana, Azman dan Khalid meneruskan sesi rawatan untuk 2 orang pesakit. Alhamdulillah dengan izin Allah, jin dalam badan pesakit dapat ditenangkan.

     Ilmu rawatan Islam ini sememang perlu ada pada setiap individu Islam. Tiada susah untuk belajar ilmu rawatan islam. Jin dan seangkatan dengannya memang suka menganggu manusia. Jadi, tidak salah kalu kita  belajar ilmu rawatan islam. Tidak semestinya kita belajar ilmu rawatan Islam kena jadi perawat sepenuh masa. Mulakan ilmu rawatan ini untuk diri, kemudian keluarga dan seterusnya baru orang lain. Sesungguhnya, tiada yang lebih hebat daripada Allah swt baik dibumi mahupun dilangit. Wallahualam

IKLAN...
Kepada Pelajar UPSI yang berminat dengan Ilmu Rawatan Islam, anda boleh menempah buku "Berdialog Dengan Jin". Didalamnya disertakan Pengalaman merawat, Ayat2 rukyah dan Panduan Merawat, Membenteng diri dari gangguan jin&sihir.


P/s : Harga RM 30..
Tempahan terbuka untuk Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris Sahaja..

KOBANNA mengangkasa dan membumikan pemikiran Hasan Al-Banna

Konvensyen Pemikiran Hasan al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa telah mencetuskan satu anjakan baru ke arah merealisasi dan membumikan idea pemikiran Hasan al-Banna dalam realiti Nusantara khususnya bumi Malaysia. Relevansi pemikiran Imam Hasan al-Banna boleh dilihat dari ketiga-tiga pembentangan kertas kerja yang menjurus kepada analisa sosio-politik negara Mesir, sejarah pertembungan ideologi Barat yang ditunjangi oleh aliran Humanisme sehingga mencetus gerakan tajdid dan nahdah yang dipelopori oleh Hasan al-Banna.

Tempoh hidup beliau yang singkat tetapi sarat dengan idea-idea pembaharuan dan perubahan telah mengesani geo-politik Mesir dan negara-negara Arab. Bahkan gagasan dan wawasan beliau menebar ke seluruh pelusuk benua mencecah 90 buah cawangan Ikhwan Muslimun. Beliau saya ibaratkan ’satu jiwa berjuta  hikmah… episodnya dahsyat full manfaat… wawasannya holistik dan memiliki idea broadfront (jalur ke depan), merentasi zaman dan umat’. Pemikiran beliau yang merentasi zaman dan keupayaan menganalisa waqie  (realiti) adalah pra-syarat kejayaaan beliau mengemukakan projek membina peradaban. Kupasan ini boleh dilihat dari kertas kerja kedua  yang bertajuk “Pandangan Hasan al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah dan Pelaksanaannya di Malaysia” yang saya sendiri bertindak sebagai moderator.



Projek membangunkan agenda kekuatan bangsa menurut pemikiran beliau mestilah dilatari dengan qanun taghyir (undang-undang  perubahan) sebagai pilar ke arah membina satu peradaban (boleh rujuk mukasurat 55-62). Bagi mencapai objektif tersebut, Hasan al-Banna telah menggariskan 4 komponen tumpuan stategik  beliau iaitu:

1. Pelestarian dan pemerkasaan dakwah ke seluruh segmen masyarakat.

2. Memfokuskan usaha kaderisasi melalui tarbiyah yang muathirah (berkesan), muntijah (produktif) dan mubdi’ah (kreatif).

3. Penyertaan dalam institusi pembuatan dasar dan polisi negara melalui Nidhal Dusturi (perjuangan perlembagaan) samada menyertai pilihanraya, majlis-majlis kerajaan tempatan, institusi-institusi berpengaruh dan sebagainya.

4. Membina pasak kekuatan umat berorientasikan Jihad (rujuk Rukun Jihad / Risalah Muktamar Kelima / Risalah Jihad). Ikhwan menolak kaedah kekerasan bahkan menyeru kepada membina segala kekuatan yang mampu mengukuhkan sendi ketuanan umat.

Kertas kerja ketiga pula menyorot dilema politik Melayu Muslim, kemelut ketuanan bangsa selepas pasca PRU 12, isu negara bangsa, demokrasi, toleransi antara kaum dan isu wala wal bara. Kertas kerja ketiga ini cuba  menilai isu semasa politik dan isu-isu yang menjadi titik pertikaian kaum berasaskan teori Maqasid Syarak, bagaimana prinsip maqasid menjadi tema dan instrumen penyelesaian kepada isu-isu politik Melayu masa kini.

Kajian tentang al-Fiqh as-Siyasi, teori kenegaraan menurut pemikiran Hasan al-Banna telah dibicarakan panjang oleh Dr. Muhammad Abd. Qadir  Abu Faris , seorang ulama ikhwan Jordan (al-Fiqh as-Siyasi ‘inda al-Imam Hasan al-Banna). Kita boleh menelaah penulisan dan boleh dibahaskan di samping melihat tulisan Dr. Yusuf al-Qardawi dalam bukunya Fiqh ad-Daulah  yang menukilkan beberapa pandangan dan pemikiran Hasan al-Banna.

Namun setelah berlalunya KOBANNA anjuran ISMA  yang julung-julung kali diadakan ini, tugas besar terletak kepada pimpinan, ahli dan rakan ISMA untuk berfikir dan bertindak  ‘bagaimana mengangkasakan dan membumikan pemikiran dalam konteks masyarakat Melayu hari ini’. Pada hemat dan pemerhatian saya secara peribadi beberapa langkah awal perlu dilakukan agar perbahasan dan konvensyen ini lebih mencapai matlamat dan objektifnya pada masa-masa akan datang ialah:

1. Setiap pembentangan kertas kerja ini perlu diperhalusi dan dibahaskan di peringkat cawangan oleh semua ahli bagi mendapat tasawwur yang menyeluruh tentang kerangka perubahan yang dicanangkan oleh Hasan al-Banna.

2. Perlu ada satu kajian menyeluruh tentang sosio-budaya, sosio-politik, geo-politik, geo-dakwah tentang isu-isu Melayu secara akademik, berfakta dari pakar-pakar agar input yang diperolehi lebih menggarap dan menepati realiti.

3. Konvensyen ini harus menganjak setapak ke depan dengan menjemput tokoh-tokoh akademik, pakar sejarah, pemikir gerakan Islam, ahli politik agar sisi-sisi pandangan mereka boleh dijadikan landasan mengangkasakan idea pemikiran Imam Hasan al-Banna di rantau Melayu.

4. ISMA boleh memulakan langkah awal dengan menubuhkan Institut Kajian Pemikiran al-Banna agar segala idea, pemikiran, tulisan, analisis beliau dapat diadaptasikan dengan jiwa dan ruh Melayu. Ini bukan bermakna kita mencetak bulat-bulat tetapi mengambil inti dan produk pemikiran beliau yang bersifat sejagat dan diterima oleh semua Harakah Islamiah di dunia.

5. Majlis Ulama ISMA boleh menggerakkan usaha mengkaji tulisan tentang teori Maqasid oleh Imam as-Syatibi, karya Imam Ibnu ‘Asyur tentang Maqasid yang diulas Muhammad ’Alal al-Fasi serta mendiskusikannya di dalam seminar-seminar dengan menjemput pakar-pakar dari dalam dan luar negara tentang isu-isu kenegaraan, politik Melayu dan non-muslim di Malaysia. Buku Usul ‘Ifta’ wal Ijtihad at-Tatbiqi fi Nazariyyat Fiqh ad-Dakwah al-Islamiah karangan Muhammad ar-Rasyid boleh dijadikan bahan perbincangan pemula kepada memahami konsep tersebut dalam bab-bab yang berkaitan.

KOBANNA 2010 telah melabuhkan tirainya. Ribuan manusia yang datang samada sebagai sebagai JKP, YDP, tetamu jemputan, ahli ISMA, peserta (rata-rata orang muda) harus kembali menelaah dan membugar pemikiran beliau dari teori kepada praktik. Konvensyen ini tidak harus menjadi medan membugar makna ukhuwwah dan intima’ tetapi perlu disusuli dengan agenda bertindak yang solutif, komprenhensif dan realistik agar usaha mengangkasa dan membumikan pemikiran Hasan al-Banna dalam rantau Melayu punyai impak dan kesan.
Related Posts with Thumbnails