Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Beribadat Mengharapkan Fadhilat Atau Kerana Allah?

 
Baru2 ni, heboh satu Malaysia mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mana mengatakan 'bulan Maulud tidak mempunyai sebarang fadilat dan kelebihan berbanding bulan Ramadan'. Khabarnya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengeluarkan satu kenyataan berbau wahabi yang amat "bahaya" iaitu: “Boleh jadi, orang negeri lain sambut Maulud besar-besaran. Bulan Maulud sendiri tidak ada sebarang fadilat tidak sebagaimana bulan Ramadan. Bulan Ramadan memang ada fadilat dan kelebihannya. Bulan Maulud tidak ada apa.” Tuan Guru Nik Aziz dilaporkan menambah: "Kita jangan sekali-kali terpengaruh dengan keadaan semasa. Kadang-kadang benda yang berlaku semasa ini tidak serupa dengan kehendak agama. Tetapi dengan sebab benda itu berlaku semasa bercanggah dengan agama, kadang-kadang menjadi masalah. Contohnya, Maulud Nabi." (Baca: Maulid ini konon bid'ah).- Petikan dari blog Faisal Tehrani.. 

Jadi, benarlah menyambut Maulud adalah Bid'ah? Kalau diikutkan, para sahabat Rasulullah tidak pernah ada yang menganggap amalan menyambut maulidur rasul ini merupakan amalan sunnah yang sangat2 dituntut disambut setiap tahun pada tanggal 12 Rabbiul Awwal. Malah, tidak ada langsung riwayat yang Sahih dari Nabi SAW yang menganjurkan diadakan perayaan ini. ketika di era sahabat yang diredhai, ianya juga tidak pernah wujud. Sungguh aneh sekali, Nabi SAW telah pun lama wafat, tetapi hari lahirnya tetap menjadi sambutan saban tahun dan menjadi titik tarikh kemeriahan. Ini kelihatannya tidak ubah umpama kaum Nashrani/Kristian yang menyambut hari natal (Chrismas) di setiap tanggal 25 Disember bagi meraikan kelahiran Jesus (Isa) yang mana turut tidak pernah ada anjurannya dari Isa a.s sendiri dan melalui kitab-kitab utama agama mereka (seperti Bible). 

Ada di kalangan umat Islam yang mengatakan bahawa menyambut atau meraikan apa-apa hari kebesaran Islam, sambut Maal Hijrah, Maulid Nabi s.a.w, Israk Wal Mikraj atau apa-apa yang berkaitan adalah Bid’ah, setiap Bid’ah adalah sesat dan setiap yang sesat tempatnya adalah Neraka. Ini adalah tidak benar secara mutlak(Khilaf Ulama'). Apa yang diharamkan ialah sambutan yang disertai dan bercampur dengan maksiat dan mungkar seperti yang dianjurkan oleh beberapa buah negara, tetapi jika peluang ini kita jadikan sebagai untuk mempertingkatkan lagi ingatan kepada nabi s.a.w, menjejaki peribadi nabi s.a.w yang agung dan risalah kenabian yang kekal yang menjadi rahmat ke seluruh alam, maka di manakah Bid’ah dan sesatnya? 

Sesungguhnya apabila kita mengingati perkara seperti ini, kita sebenarnya mengingati nikmat yang besar, mengingati nikmat adalah disyariatkan, dipuji dan dituntut. Allah s.w.t menggalakkan kita mengingati nikmatnya. Hendaklah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendalami ilmu pengetahuan terhadap Sunnah-sunnah beliau dan agama yang telah sempurna ini. Dengan ilmu tersebut, insyaAllah akan menjadi bekalan di dalam menegakkan syiar agama Islam yang sebenar sebagaimana yang diwariskan oleh Rasulullah SAW kepada kita. Dengan ilmu itu juga akan mengangkat darjat kita membezakan dengan kaum yang beragama tanpa ilmu. Sekaligus mampu membimbing kita sentiasa di atas jalan yang haq, mencintai Nabi sebagaimana yang selayaknya dan meninggalkan perbuatan mencintai Nabi dengan cara yang tidak selayaknya.
Hanya dengan agama yang didirikan/ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang betul, maka ia akan diberikan kejayaan dengan mendapat pertolongan Allah. Maka, hendaklah kita menegakkan agama Allah ini dengan kebenaran dan tidak menegakkannya dengan kepalsuan (bid'ah).   Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. Dan orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menyesatkan amal-amal mereka. Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (al-Quran) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka. (Surah Muhammad, 47: 7)   Wallahu'alam...      

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails