Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Jangan pandang rendah kepada seorang wanita



"Pergilah kamu menenun kain. Berikan pedangmu kepadaku"
Ummu Aiman R.'Anha 

Ketika perang Uhud sedang mengila, beberapa tentera Islam melarikan diri ke belakang. Suasana dalam medan perang ketika itu tidak terkawal, ditambah lagi dengan khabar angin Rasulullah s.a.w sudah syahid.

Melihat keadaan itu, Ummu Aiman R.'Anha terus melaungkan kata-kata tersebut. Berbekalkan keberanian yang luar biasa, beliau terus meluru ke medan tempur dan membantu tentera Islam yang tercedera dan memberikan mereka minum air.

Namun, Allah telah takdirkan Ummun Aiman untuk menjadi Bidadari Syurga apabila panah Hibban bin al-'Ariqah terus merenggut nyawanya. Kesyahidan pengasuh Nabi SAW itu adalah dihadapan baginda SAW sendiri. Ini membuatkan baginda amat bersedih. Lantas baginda SAW meminta Sa'ad bin Abi Waqas r.a untuk memanah musuh Allah itu. Saad Bin Abi Waqas berjaya membunuh Hibban dengan panahannya. Rasulullah SAW ketawa sehingga menampakkan gigi geraham kerana kematian Ummu Aiman rha akhirnya terbalas.

Wanita ialah seorang insan yang sangat hebat. Sumbangan wanita dalam Islam amat besar dan tiada nilai bandingannya. Ramai wanita di dunia yang telah dilahirkan sebagai pemimpin. Khawlah al Azwar rh. pernah mengejutkan Khalid al Walid dengan semangat keperwiraannya. Zinnirah rha sebagai contoh wanita yang tahan dengan penyiksaan sehingga buta mata beliau. Aisyah rha merupakan contoh wanita ilmuan yang menjadi ensiklopedia ummah ketika itu, Ummu Salamah rha berjaya menyelesaikan masalah politik Nabi SAW selepas perjanjian Hudaibiah dan ramai lagi.

Ini menunjukkan peranan wanita dalam kerja kerja Islam tidak boleh dipandang rendah. Mereka turut mempunyai kekuatan yang mana, kekuatan yang mereka miliki adalah tidak sama bentuknya dengan kekuatan kaum Adam. Pemimpin wanita yang cemerlang tidak kira dimana peringkat sekalipun, mesti mempunyai semangat untuk tinggi untuk membantu gerakan dakwah disemua peringkat. Ramai yang mengatakan, "tangan kanan menghayun buaian, tangan kiri mengoncangkan dunia". Islam menantikan kemunculan jelmaan serikandi-serikandi yang hebat seperti mereka yang diatas


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails