Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

AHLAN WASAHLAN YAA RAMADHAN


Ramadhan bulan atau bulan Tarbiyah menjenguk lagi. Kedatangannya memang dinanti oleh orang yang betul merindui dan cinta kepadanya. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Ada juga mukmin yang memulakan sambutan puasa dengan berpuasa sunat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 

"Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang telah membiasakan diri berpuasa sunat, maka ia dibolehkan berpuasa." - HR Tujuh Ahli Hadith

Ada juga juga yang menganggap bulan puasa adalah bulan untuk berehat daripada meneruskan komitmen kepada tugas masing-masing.. Ada juga yang buat alasan penat kerana seharian berpuasa. Alangkah bodoh dan jahilnya manusia yang berfikiran sebegitu. Adakah mereka lupa sejarah telah membuktikan bulan Ramadhan adalah bulan kekuatan umat Islam dimana peristiwa 'Badar al Kubra' yang berlaku pada 17 Ramadhan 2 H dimana Tentera Islam yang dipimpin Rasulullah s.a.w hanya seramai 313 orang dengan kelengkapan 2 ekor kuda dan 70 unta manakala tentera musyirikin sekitar 1000 orang dengan kelengkapan yang cukup dengan 3oo kuda dan 700 unta dan itu adalah perang pertama bagi sejarah Islam.

Selain itu, banyak lagi peristiwa berlaku dalam bulan Ramadhan dimana umat Islam memperolehi kemenangan. Ia membuktikan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan untuk umat Islam mencari kekuatan. Tetapi, umat Islam kini semakin lemah terutama bila tiba bulan Ramadhan. Oleh itu, kita perlu muhasabah diri agar Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya. Jangan persiakan peluang yang Allah kurniakan kepada kita, sesungguhnya kita yang masih hidup hari sangat beruntung kerana sempat lagi berjumpa dan menghirup kemanisan Tarbiah Ramadhan. 

Ahlan Wasahlan Ramadhan Al Mubarak 1341 

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada                                      
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails