Assalamualaikum WBT & Salam Perjuangan...
Sebaik-baik pekerjaan adalah kitabullah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad SAW, seburuk-buruk pekerjaan adalah sengaja meninggalkan perintah Allah, meninggalkan perintah Allah itu derhaka dan derhaka itu nerakalah tempatnya... Nau'zubillah min zalik.
Alhamdulillah, pertama sekali, seinfiniti kesyukuran dipanjatkan ke-hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia dan mardhotillah-Nya yang terus menerus dinikmati oleh seluruh benda yang bernyawa. Tidak cukup dengan itu, Allah tambahkan lagi dengan nikmat islam, iman, kehidupan, kesenangan, kegembiraan dan lain-lain kepada manusia. Allah sangat sayangkan umat akhir zaman dengan mengurniakan berbagai nikmat dan kesenangan. Jika diambil 7 lautan untuk dijadikan sebagai dakwat untuk menulis nikmat2 Allah, nescaya dakwat itu akan kering sebelum habis menulis nikmat Allah kurniakan kepada kita. Dan diambil 7 lautan lagi setara dengan yang pertama tadi, nescaya dakwat itu tidak cukup untuk menulis semua nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sejak keluar dari rahim ibu sehinggalah sekarang. Hari ini, berapa kali kita mengatakan kesyukuran kepada Allah SWT?? musahabahlah diri...
Kehidupan di kampus sememangnya sangat mencabar dan menguji sejauh mana keterikatan kita dengan Khaliq. Diri yang hina ini menyeru sahabat dan sahabiah sekalian agar mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT. Kerja2 kearah kebaikan memang banyak halangan berbanding kerja kearah maksiat . Mereka membawakan dakwah Islamiyah, yang ingin meletakkan kefahaman yang betul kepada umat dipandang sebagai orang penyibuk bahkan mungkin sekali akan dilabel sebagai ‘terrorist’, pengganas, malah dilabel juga sebagai ‘extremist’. Wujudkah ekstremist dalam beragama? Andai mereka yang mahu menegakkan perintah Allah, mendukung kebenaran serta menjalankan perintah Allah itu digelar ekstrem, bukanlah patut kita gelarkan mereka yang sengaja mahu melanggar perintah Allah juga sebagai ekstremis? ‘Ekstrem’ dalam melakukan kemungkaran. Tidak layakkah begitu? lu fikir la sendiri...
Dalam kesibukan study week, ramai mula bersahabat dengan buku-buku. Sebelum ni, buku yang bersahabat dengan kita. Ana pun buzy study jugak, tapi bila da berjam-jam stdy, kejang jugak otak nie, maklum la da lama x masuk exam. Jadi, ana ambil sedikit masa untuk membina blog ni. Mula-mula ingat nk buat sem depan, tiba-tiba rasa nak buat sem ni pulak. Mungkin ia ilham daripada Allah SWT. Sebenar ana tidak minat sangat menulis, namun ana terpanggil juga untuk menjerumuskan diri dalam arena penulisan dan berkongsi segala ilmu yang tidak seberapa ini. Diharap blog ni dapat menjadi wadah untuk ana menperhebatkan lagi usaha-usaha untuk menyemai fikrah kedalam diri sahabat dan sahabiah sekalian terutamanya yang bakal2 menjadi warga pendidik kelak, moga2 kita dapat membina generasi 'qudwah' yang berpegang teguh pada al-Quran & as-Sunnah. Walaubagimanapun, diri yang dihina amat mengharapkan tunjuk ajar daripada alim dan cerdik pandai agar apa yang ana sampaikan benar dan bermanfaat. Semoga Allah terus berikan kekuatan dan idea2 yang bernas bagi memantapkan blog ini sekaligus ia dapat menambahkan lagi pembendaharan ilmu khususnya ilmu agama kepada kita. Insya Allah...
Barakallahuminkum.....
No comments:
Post a Comment